INFO RINGKAS – PORT DICKSON (KARNIVAL UNITI & KARANGKRAF DAN PROGRAM RAMFC bersama RAMIANS)

31 Mac 2012 -Bertempat di Kolej Uniti Kolej Uniti, Tanjung Agas, Port Dickson sekali lagi slot Novelis Turun Padang : Sesi Temu Mesra bersama Penulis GBK bagi peminat novelis thriller No. 1 Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) telah diadakan. Karnival buku yang bermula 30 Mac hingga 01 April 2012 ini dianjurkan oleh Kolej Uniti, Port Dickson bersama-sama pihak Kumpulan Media Karangkraf.

Warga Port Dickson sangat bertuah kerana sesi yang dijadualkan berlangsung selama empat (4) jam bermula dari 11.00 hingga 02.00 petang telah dipanjangkan sehingga jam 04.00 petang. Peminat yang hadir tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergambar bersama RAM sebagai kenangan.

Sesi Temu Mesra ini turut dihadiri bersama lima (5) lagi novelis tanah air iaitu saudari Haiza Najwa, saudari Alyea Aneesa, saudara Haleem Dayam, saudara Eyman Hykal dengan novel terbarunya Detik Debar dan saudara Zaifuzaman dengan Bilik 616.

Di sebelah malam, bertempat di Pantai Seri Purnama, Port Dickson, RAMFC bersama saudari Nor Anida (seorang peminat tegar RAM) telah bersama-sama mengaturkan sedikit jamuan barbeque. Aktiviti yang diadakan merupakan salah satu aktiviti bersama peminat yang ingin direalisasikan dalam kalendar tahunan RAMFC bagi tahun ini. Lebih melakar kenangan bagi peminat tegar ini, apabila saudara Ramlee Awang Murshid turut hadir bersama keluarga. Aktiviti seumpama ini merupakan satu (1) titik permulaan bagi aktiviti-aktiviti yang bakal diaturkan kelak.

Jamuan ringkas ini turut dihadiri krew Kumpulan Media Karangkraf dan krew Alaf21 yang turut sudi meluangkan masa setelah bertungkus lumus menjayakan karnival yang berlangsung di siang hari. Pihak RAMFC juga sangat berbesar hati, apabila 2 novelis seangkatan dengan RAM iaitu saudara Eyman Hykal dan saudara Zaifuzaman turut dapat meluangkan masa untuk bersama memeriahkan aktiviti kali ini.

*Pihak RAMFC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew RAMFC, RAMIANS dan krew Kumpulan Media Karangkraf yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan aktiviti tersebut. Tidak dilupakan juga, ucapan setiggi-tinggi terima kasih kepada saudari Nor Anida Anuar yang sudi menerima kunjungan kami di sana dan saudara Basri Sulaiman yang membantu RAM dan wakil RAMFC mendapatkan penginapan sepanjang berada disana. Sehingga ketemu lagi di lain masa. Sebarang aktiviti yang diaturkan di masa hadapan akan diwar-warkan untuk perhatian bersama. JANGAN BILANG TIDAK!!!!!

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin