Jemputan menyertai ‘Pameran Illustrasi Maya/'Online' Adaptasi Ramlee Awang Murshid'

Salam,

Kami ingin mempamerkan bakat anda dalam menadaptasi karya Ramlee Awang Murshid dalam medium seni yang lain. Selain mencungkil bakat-bakat terpendam dari kalangan pengemar karya beliau, kami juga ingin melihat pemahaman dari sudut visual kaku mengenai karya beliau.

sutera bidadari

Adakah anda akan mengunakan mata sebagai fokus dalam karya anda atau pun dari sudut tidak terfikir dalam hati mana-mana RAMians. Atau pun mengambarkan bagaimana Bangsa Polip mahupun gambaran susuk dan muka Tombiruo. Semuanya terpulang kepada kretiviti anda, mungkin pedang samurai boleh nampak di tangan Ryu Watanabe jika ada yang mahu merealisasikannya. Semua terpulang, janji ia karya anda sendiri.

Sila hantarkan ke admin.ramfc@gmail sebelum 8 April 2012. Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan:


Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada umum kecuali kepada Anggota Majlis Tertinggi Kelab Ramlee Awang Murshid Sesi 2012.


Cara penyertaan:
Hantarkan hasil karya anda ke alamat email berikut admin.ramfc@gmail.com. Fail dalam Jpeg & Png. Karya dalam bentuk lukisan, grafik dll yang boleh dipaparkan secara online di laman web ramfc dan facebook RAMFC. Sila 'watermark'kan karya anda. Sertakan maklumat seperti berikut:

1) Nama
2) No Tel
3) Id FB

Anda boleh menhantar seberapa banyak Illustrasi yang anda mahu!

Tarikh Tutup: 8 April 2012   12 April 2012 (dilanjutkan!)


Hadiah
Hadiah diberikan kepada illustrasi yang mendapat klik 'suka' tertinggi di Fanpages RAMFC. Antara hadiahnya:
1) Buku Akan Datang 'Sunan Musafir' bertandatangan penulis sendiri.
2) CD 'Jalan' dari kumpulan 'Society' yang mengandungi lagu Sunan Musafir.
3) dan banyak lagi yang akan diumumkan kemudian.


Info Pameran
Karya anda akan dipaparkan secara online di laman web RAMFC di www.kelabram.com dan di Fanpages Facebook RAMFC dari 15 hingga 22 April 2012.


Objektif Pertandingan
Melihat interprestasi peminat karya Ramlee Awang Murshid dalam medium seni yang lain. Memberi ruang kepada RAMians khususnya untuk mempamerkan bakat mereka.

Hantarkan penyertaan anda hari ini jua!

Share:

3 Ulasan

  1. Alaa... tak pandai melukis... tau imaginasikan je... huhuhu...
    seni pun tau menulis je...

    Semoga berjaya kepada yang menyertai...

    BalasPadam
  2. Cik Ain Nadhirah,

    Watermark tu cam Trademark atau tanda nama.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin