Kebenaran Suatu Hijab

assalamulaikum... pertama kali mendengar nama ram adalah bulan lepas bila mana kawan-kawan dan  guru berebut novel RAM yang dijual oleh pakcik penjual buku. Timbul rasa pelik kenapa novel RAM menjadi rebutan. Sebenarnya saya bukan pengikut novel hasil karya pengarang melayu sebab pada asalnya bagi saya plot penceritaan pengarang novel bahasa melayu ini tidak mengujakan. Tiada info yang boleh dicerna dan maklumat yang ditulis mengundang keraguan. Tapi RAM telah menarik minat untuk saya mengenali gaya penceritaan seorang penulis novel bahasa melayu dengan adanya peminat yang fanatik. Lalu saya ke kedai buku dan buku pertama yang dimiliki adalah bagaikan puteri. Percaya atau tidak saya bersekang mata sehingga pukul 3 pagi untuk menghabiskan pembacaan! Dan wow! Setiap sudut yang dipandang, setiap kawasan rumah yang saya lalui saya turut merasakan kehadiran Laksamana Sunan bersama! Hebat penceritaan pengarang melayu Ramlee Awang Murshid ini rupanya. Tidak seperti novel melayu lain yang isi sama gaya penulisan yang boleh diagak plotnya. Esoknya saya membeli pelengkap trilogi bersama dengan buku bertajuk ‘Hatiku di Harajuku’ dan ‘Rahsia Perindu’.  Selama 7 hari bercuti saya menghabiskan 5 buku dan sekarang saya teruskan pencarian melengkapkan koleksi karya RAM. Tahniah!

Terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai trilogi bagaikan puteri.  Saya yakin saudara RAM membuat kajian yang mendalam untuk menghasilkan karya tersebut.  Ingin saya kongsi bersama. Kejadian Haryanie berada di hijab lain pernah saya alami dahulu. Mungkin itu membuatkan saya rasa dekat dengan trilogi tersebut.  Untuk pengetahuan saudara RAM. Saya pernah sakit. Sakit yang disebut sakit kampung yang kononnya seorang manusia telah terpilih untuk mewarisi ilmu perubatan dari makhluk halus bunian.  Sakit yang dialami bukanlah seperti orang terkena histeria atau rasukan hantu.  Ianya bermula dengan kepala saya yang terasa berdengung dan membesar dan seluruh urat saraf sakit. Tubuh menjadi lemah.  Selama berbulan benda yang sama di alami sehinggalah suatu hari saya sudah tidak punya perasan untuk berkomunikasi kerana yang berlaku hanyalah tiba-tiba saya tahu bercakap arab, hafaz Al-Quran dan boleh nampak alam ghaib. Lebih dari itu saya boleh nampak apa-apa kesakitan orang lain seolah mata mempunyai 3 Dimensi dan yang pelik sekali saya nampak bayangan apa yang bakal berlaku keesokkan hari.  Keadaan ini membuatkan saya tidak keruan sehingga seorang ustaz di panggil untuk mengubati saya dan dia telah membacakan zikir-zikir sehingga saya tertidur.  Bukan sahaja tertidur seperti tidur biasa, rupanya roh saya telah keluar dari badan sehingga saya boleh nampak jazad saya terbaring dan keluarga merayu saya kembali.  Dalam saya tertidur saya telah berkomunikasi dan berjumpa dengan Sheikh Abdul Jabbar (salah seorang wali allah), bidan 7, hang jebat dan hang tuah.  mereka ini dikatakan berdamping dengan saya dari kecil lagi. Wallahuallam. Tapi peristiwa tersebut masih terpahat sehingga sekarang.  Dan keluarga saya semua bercerita bagaimana saya bertukar menjadi sorang yang brcahaya mukanya bila saja tersedar dari tidur yang selama 14 hari itu.  jadi bila saudara Ramlee bercerita mengenai hijab pelayaran roh semasa koma memang ia berlaku.  Saudara Ramlee tidak menipu pembaca dan saya juga tidak merekacipta peristiwa ini.  Sekian.

*Dari email dari dikirim oleh Siti Zuraida Hashim

Share:

20 Ulasan

  1. assalamualaikum. sy seorang dr peminat novel RAM. mmg sokong dengan kenyataan anda. RAM membawa para pembaca 'mengembara' bersama2 dlm cerita tersebut. terpikir juga dri ini adakah Laksamana Sunan benar2 wujud? barangkali! siapa tahu. sedangkan sejarah melayu kita tidak dterangkan secara detail. lebih2 lagi Laksaman Sunan tinggal di Aceh. sy turut tidak ketinggalan utk melengkapkan pencarian koleksi RAM. setakat ini bru ada 9 buah buku beliau. syabas utk RAM! :)

    BalasPadam
  2. saya suka cerita sang puteri. tak sabar nak tunggu jadi filem :)

    BalasPadam
  3. Hanya insan terpilih yg mampu merasai pengembaraan alam roh...

    cmne pn... Abg RAM memang besssttttt!!!

    bessstttt!!! (44x)

    Superb~~

    lalalalalalalalalala~

    BalasPadam
  4. alam ini penuh dgn misteri...dlm quran jg ada dnyatakan mengenai jin dan malaikat & org bunian...malah kisah Nabi Sulaiaman AS juga ada dnyatakan dlm quran mengenai interaksi baginda besama makhluk2 lain ciptaan allah ini...jd tidak ada mustahilnya d dunia ini...

    BalasPadam
  5. saya dan hubby pun suka. sampaikan 'gaduh' ngan kawan berebut si sarifudin..
    memula tertarik ngan Mandatori. dan skrg kami ada semua koleksi RAM... the best part Ungu Karmila dpt signature RAM.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum sdr. Elle,

    Sorry for this. This is too much! Mengapa tidak disunting emel yang dihantar? Banyak kesalahan tanda bacaan; Di mana titik? Di mana huruf besar di permulaan ayat? Huruf besar bagi kata khas? Perkataan pendek pun ada!

    Sekali lagi saya nyatakan bahawa jika bukan kita yang mendaulatkan bahasa Melayu, siapa lagi?

    BalasPadam
  7. Maaf abang web, saya terlepas pandang perkara ini, nanti saya betulkan...terima kasih atas ingatan...

    BalasPadam
  8. Salam.

    Elle, macam mana saya nak kenal dengan Siti Zuraida ni ye? Sebab saya tertarik dengan kisah silam hidup dia tu. Tak sangka kisah macam tu betul2 berlaku. Saya agak teruja dengan perkara2 seperti itu. Besar sungguh kuasa Allah SWT. Mungkin dengan berhubung dengan Siti Zuraida ni saya dapat tahu kisah silam dia dengan lebih mendalam dan terperinci?
    Harap Elle dapat membantu.

    Ridhwan (ridhwan_tas@yahoo.com)
    Salam

    BalasPadam
  9. abg ram mmg best...orgnye pn x sombong.novel sy ade 4 dia signature,perghh!!!best gile ms jumpe dia.9 nyawa lg terperinci,org yg x d sangka rupe2nye musuh dlm selimut..skrg ni sy sdg menghabiskan trilogi tombiruo...

    BalasPadam
  10. Wah, cerita ini dah macam kombinasi dengan 9 Nyawa. Hebat!

    BalasPadam
  11. salam..inilah nmenye..
    kelebihan mnusia..
    kelebihan abg ram..menulis..maka,hasilnya..mcmni la..alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. Kalo kak zuraida tu baca 9 Nyawa laginye la mcm citer dia tu kan?

    BalasPadam
  13. merepek la

    BalasPadam
  14. Salam...

    Saya ahli baru dalam kelab ni.

    Selamat berkarya buat RAM. Saya akan terus menyokong karya anda. Tahiah.

    BalasPadam
  15. SELAMAT DATANG HAFRIZ MBJ DAN SELAMT THN BARU 2010.

    BalasPadam
  16. Salam, aye ada cadangan untuk pakcik RAM..kan lagi gempak kalau Laksamana Sunan ada geng2 yang lain. Mungkin ada satu lagi hero sampingan ....ha...lebih mengancam tu! mana tau pakcik RAM bole pikir2kan untuk musim novel ni yg seterusnya!
    atau pun..saje je aye nak cadangkan...kalau dalam sambungan ni...buat crossover antara watak yang lain yang pernah muncul dalam novel RAM yang lain..mesti lagi gempak! hehe..

    BalasPadam
  17. teruskan menulis saudara RAM..karya anda akan terus diminati

    BalasPadam
  18. novel pertama yang saye baca ialah trilogi bagaikan puteri. sejak dari ari 2, sy berazam utk mengumpul semua novel2 karya RAM (walaupon ade diantaranye sy dh bace ) sbb bagi sy, hasil kerja RAM sgt unik & memberi impak dlm diri sy. memang sy akui, sy jugak terbawak2 watak Laksamana sunan smpaikan sy mencari sama ada wujud kah sunan tu??? kata mak sy, sunan 2 memang ade.. sunan adalah golongan wali.. sy sgt2 obses dengan watak sunan. setiap jalan cerita yg di tulis akan sy bayangkan dan itulah menguatkan lg 'ketaksuban' sy pada watak sunan.. RAM tidak same dgn penulis2 lain, dimana kalo kite lihat beliau bnyak membuat rujukan. sy sgt kagum dengan bakat yg telah dianugerahkan sy doakan agar beliau tidak akan kering idea dan sentiasa menghasilkan novel2 yang lebih baik

    BalasPadam
  19. Assalamualaikom skalian insan yg drahmati Allah..Laksmana Sunan msih ad waris..Knp x dlanjutkan kesah Sunan Musafir..Hrp abg RAM dkurniakn ilham utk trus bjihad dijalan Allah..InsyaAllah..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin