Sutera Bidadari ‘Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang’ – Sebuah Prapapar Khas dari Ramlee Awang Murshid
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akan menjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.
Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.
Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.
Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.
Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!
Nota:
Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
54 Ulasan
Yes~ Pertama yg komen! Xsabar mau baca!
BalasPadamwahaaaa...bulan 4 nnti...ape kate bg dulu manuskrip tu kat kami tgk dulu..ngah2..tahniah2..
BalasPadamyes ! kedua komen. hahaha insyAllah crita dy byk beri kesan dan pgjrn :)
BalasPadamx sabarnya.....
BalasPadami have to buy this one also ! like gilegile kt karya RAM ! go RAM !
BalasPadamsetiap yang bermula pasti akan berakhir..huhu
BalasPadamx sabar nk tggu last epik laksamana sunan
huhui bulan 4 kuar, ala camtuh x sempat la nak beli sebab bulan 3 ni kene sambung study..
BalasPadamkene tunggu cuti bulan 7 la nmpak gayanyer.
watak utama akan dimatikan? Sunan akan matikah? atau orang lain? oh tidak!!!
BalasPadamHaryani walaupun menjadi watak undangan, tetap tak suka! huhuhuhuhuhu...
tahniah RAM! tak sabar nak baca!
tahniah...xsabar sy menunggu...~!
BalasPadamx sabarrnye na bce :)
BalasPadamxsbar rsenye nk tggu kmunculan Laksamana Sunan...
BalasPadam:)
tak sabar tunggu april!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamLAKSAMANA SUNAN dah jadi produk RAM yang paling mengujakan.
BalasPadamcan't wait!!!
thanks to RAM yang tak jemu2 menghasilkan karya2 yg terbaik.. semoga Allah sentiasa menganugerahkan ilham buat RAM..
tahniah yea ... tak sabar nak tunggu...:)
BalasPadamtahniah RAM..
BalasPadamnukilan yang sangat2 membanggakan..
can't wait for another Sunan's chapter..
hope kita semua mendapat iktibar from the journey of Sunan's..
See u on this April, "Sutera Bidadari"..
yg ni last epik ke???
BalasPadammenerjah pengakhiran laksamana sunan.. RAM novel d'bezz arr..
BalasPadamxsbaq nak bc nie...!! -peminat setia-
abg ram (uwaaaaa sedih dah x leh nak bermesra cam dulu kwang3).... tahniah coz SB akan kuar gak.
BalasPadamramians....kpd sesapa yg nak g PBAKL tu tlg hello akak ek coz nak kirim (ada lg ke org ingat kat diri ini)
ok tqvm...babai
SUTERA BIDADARI-saya sentiasa sabar dalam kekalutan menunggu setiap novel baru RAM....sabar deem...sabar...mesti beli punya.
BalasPadamYES!!!!!! AKHIRNYA LAKSAMANA SUNAN HEROKU MUNCUL SEMULA... TAHNIAH RAM.. U'RE THE BEST. U REALLY MAKE PEOPLE IN SABAH PROUD OF YOU.. SEMUA NOVEL RAM MEMNG THE BEST DAN TIADA TANDINGAN LANGSUNG.. MASA BACA EPIK LAKSAMANA SUNAN NIE, SY PERNAH NANGIS, SEDIH, TERUJA, EXCITED DAN INSAF.. THANKS RAM, U REALLY GREAT WRITER. HOPE ON THE FUTURE, RAM WILL CONTINUE TO MAKE AND CREATE A VERY GREAT, WONDERFUL, FABOULOUS AND BEAUTIFUL ART.. I LOVE U RAM.. HIDUP ORG SABAH.. :-)
BalasPadamlaksamana sunan xde tulis mushaf lg ke??? sy rindu dgn nukilan indah nye....
BalasPadamYa ALLAH...xsabarnya....cepat la april datang menjelma...
BalasPadamsaya nak copy n post dalam blog boleh yer.. akan dilink balik ke sini.. x sabar nak jumpa laksamana sunan semula.. hehe
BalasPadamTak sabar tunggu Sutera Bidadari keluar..april tu macam lama lagi ja..haha..
BalasPadamkalau watak sunan dimatikan, sedihnye...sang ratu mati je da sedih nikan pulak abg sunan:(
BalasPadamyeay!!! nak menjerit nih!! WOWWW!! saya tak sabar tunggu Sunan! must buy!
BalasPadamyiihhaa...
BalasPadamsgt rindu lksmn sunan... huhu...
ermmm...haryani just watak sampingan jer ker.....lau haryani n laksmana sunan disatukan msti sweet sangat....rasa xsabar sangat nak tgu sutera bidadari....
BalasPadamkalau cerita bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta, cinta sufi dan sutera bidadari di movie kan.. mesti gempak seyhh..hehe..
BalasPadamaku cam rs nk propose je kat KRU studio suh wat filem Bagaikan puteri ni, wat cm Harry Potter tu, ade siri2 nya..mesti laku neh..huh! semangat!
BalasPadamsaya dh jatuh cinta dengan laksamana sunan.. rindu kisah dia.. x sabar nak tunggu.
BalasPadampergh... mmg x sabar2 nk baca... sya follow every books tht u r writing... tp ada 1 buku yg xsmpt nk bc... buku bahasa inggeris tuh... msa first2 dikluarkan... da cari merata2 tp xjumpa... kalu sapa2 ada...
BalasPadamtajuk : Personal Justice
saya x tahu nak cakap apa lagi..tapi setiap karya memang mengagumkan.saya jatuh cinta pada epik thriller ne.sangat menyentuh hati..
BalasPadamadakah ini penamat kepada kisah laksamana sunan? rasa masih xpuas dgn ending sunan dgn ratna.. :(
BalasPadampunye la cari sutera bidadari kat kedai buku yg besar... xde.. last2 dpt beli kat kedai cikai jer.... Alhamdulilah dah baca... memg best.. ada lagi sambungan x dr sutera bidadari ni..........
BalasPadammemg best la sutera bidadari ni... pegi kedai buku yg besar xde.... pegi kedai buku yg cikai jer dah ada... terus beli.... ada sambungan lagi x?
BalasPadamsy setuju kalau perjalanan cite laksamana sunan ni di filemkan....mesti box office beb!
BalasPadampendapat korg siapa yg sesuai jd sunan?
SYABAS N TAHNIAH UNTUK RAM..BUKU-BUKUMU SUNGGUH MENYENTUH PERASAAN DAN MAMPU MEMBAWA KU KE SATU DUNIA YANG LAIN...TERUSKAN USAHA DAN MOGA2 PERJALANAN MU INI DIRESTUI OLEHNYA...INSYAALLAH...
BalasPadamMemang best sgt..tgh bc yang ke 5...tak tau betapa bersyukurnya ada RAM di dunia ni
BalasPadamAlhamdulillah..dh habis bace.
BalasPadamsgt2 menyentuh hati.. masa baca tu perasaan bercampur baur- ada sedih, gembira..yg paling penting best laaa!!
wpun agak terkilan dgn nasib sang dewi, yang pasti sy akan tertunggu2 lagi utk sambungan..bila tu RAM? :)
salam,saya pun dh habis baca,mmg best dan menginsafkan tapi saya agak terkilan sebab saya tak tahu apa laksamana sunan akan buat bila jumpa sang dewi,hopefully ada sambungan psl tu sbb saya minat sgt dgn kisah laksamana sunan ni,nak tahu sgt what will happen to sang dewi,congrats:)
BalasPadamnasib baik terbaca dlm forum psl sutera bidadari nie.. x perasan dah kuar..
BalasPadamdah abes bace.. mmg best!
dah abis baca tapi x fahamlah..takkan ratna Sang Ratu hidup?Apa jadi sebenarnya.Kalau betul Sang Dewi tu Ratna,kenapa Maharani nak kurung dya dalam hutan tu?...Nak kena ada sambungan lagi ke lepas ni?
BalasPadamhuhu....ye ke. . .Xsbr plak nak bca, kat tawau nie blum ada lh lgi novel nie. . .Haizz
BalasPadammaharani tu maybe ada letak sumpahan atas sang ratu kot... tapi harap ada lgi perjalanan sambungan sutera bidadari.. nak tahu sgt ape yg terjadi apabila sunan jumpe gan sang dewi iaitu isteri nyer..........
BalasPadamkan bgs si sunan jumpa isteri tercinta..kan ibu pengasuh tu guna ilmu hitam utk hidupkan kembali sang ratu..bila la sambungan novel di keluarkan??
BalasPadamtahniah A-Ramlee!! dh bac dh Nvel Kali ni..even late nk komen, tapi still nk ckp jg! Fantastic story! x sabar rsnya nk tggu Saifuddin bertemu Ratna Sang ratu! apa yg dh jdi sbnrnya? percintaan keduanya amat mengusik hati! harap akn ada smbungannyer!! Sunan n Ratna Forever! rindu hati ini nk dengar musyaf dr Saifuddin lg buat istri tercintanya!!
BalasPadamdh baca dh SB nih. mmg best! tahniah ABG RAM! Sang Dewi adlh Ratna? adakah kerinduan hati ini terhadap Ratna Ratu Hati Sunan ni akan berakhir di novel akn dtg?!!! hopefully sgt Sunan dpt bersatu dgn Ratna! now tggu fiksyen 302.. x sbr jap.
BalasPadamp/s : Ratna Sang Ratu adlh Heroin Abg Ram yg paling baik diantara semua heroin. smnjk sy kenal Ratna, ssungguhnya, Smbhyg sy x tggal dah! tahniah Abg Ram! mmpu berdakwah melalui penulisan!
Apa sudah jadi dengan Ratna Sang Ratu. Dah mati boleh hidup balik? sebelum ni Saifuddin asik bermimpi arwah isteri dan ibunya seolah2 "di alam syurga" tapi di keluaran kali ini ratna sang ratu seolah2 terseksa...
BalasPadamAssalamualaikum semua.. Nak bagi satu idea.. cite neh baik utk dibuat movie. Tapi mitak kabhir bakhtiart or KRU yg buat.. insyaAllah.. melotop..
BalasPadamKlau ramai2 wt surat n tndatangan anta kt KRU mgkin drg akn tertnye2 nvel pe yg hbt sgt smpai menarik minat beribu2 org membcenye..stju x?
BalasPadamKlau ramai2 wt surat n tndatangan anta kt KRU mgkin drg akn tertnye2 nvel pe yg hbt sgt smpai menarik minat beribu2 org membcenye..stju x?
BalasPadamBest
BalasPadamsangat2 jatuh hati ngan watak laksamana sunan...harap2 ada sambungan lagi selepas sunan musafir..sangat2 merindui sunan....
BalasPadamtahniah ramlee awang murshid.!
Sila tinggalkan komen anda di sini.