Dari Blog DaeNieAel – Prapapar Sutera Bidadari

Atas kiriman saudara Danial Razak , berikut petikan preview beliau mengenai novel akan datang Ramlee Awang Murshid iaitu Sutera Bidadari yang sudah dipaparkan dalam blog beliau sendiri iaitu blog daenieael.

Salam.

       Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini. Entri-entri sebelum ini pun hanya penuh dengan gambar-gambar sahaja. Mungkin ada aku menulis sebelum ini tapi mungkin mukaddimah kepada gambar-gambar sahaja. Sungguh bosan bukan. Malam ini setelah sekian lama tidak menulis, tergerak pula aku untuk prapapar sebuah novel karya Ramlee Awang Murshid bertajuk Sutera Bidadari. Mungkin penulis ini tidak asing lagi kepada peminat novel-novel thriller. Apa? Tak kenal. Sesiapa yang tak kenal boleh melayari laman web kelab peminat Ramlee Awang Murshid di sini.

       Berbalik kepada sutera bidadari, novel ini merupakan sambungan daripada tetralogi bagaikan puteri. Ya. Sambungan daripada empat buah novel iaitu bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta dan cinta sufi. Dengan adanya sambungan sutera bidadari lengkaplah perjalanan Laksamana Sunan ataupun Saifuddin. Jika empat buah novel dipanggil tetralogi, dengan adanya sutera bidadari mungkin boleh dipanggil pentalogi agaknya.

      Tidak perlulah aku menceritakan satu-persatu tentang tetralogi bagaikan puteri ini. Mungkin sampai ke pagi esok pun tidak akan habis aku menulis. Yang pasti tetralogi ini amat menarik. Sesiapa yang tidak pernah membaca karya Ramlee Awang Murshid, aku sarankan mungkin anda semua boleh bermula dengan novel bagaikan puteri. Gerenti aku jamin anda semua akan tertarik dengan gaya penulisan Ramlee Awang Murshid. Yang menariknya tentang novel Ramlee Awang Murshid ialah beliau mengakhiri penulisan novelnya dengan sebuah permulaan. Faham tak apa aku cakap. Maksudnya beliau meninggalkan pembacanya di akhir novel dengan penuh tanda tanya dan persoalan.

       Untuk membaca sinopsis sutera bidadari anda semua bolehlah ke laman web ini. Novel ini dijangka akan menemui pembaca pada April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Sama-samalah kita memeriahkan pesta buku pada tahun ini yer.

Nampaknya ada RAMians sudah mula membara apinya untuk mendapatkan Sutera Bidadari. Harap kita dapat berjumpa dengan lagi dengan Laksaman Sunan April ini.

Nota:

Sebarang artikel yang ingin dikongsi bersama boleh di hantar kepada alamat email berikut admin.ramfc@gmail.com . Kami akan memaparkan di dalam laman RAMFC untuk berkongsi bersama-sama. Sekian, terima kasih.

Share:

2 Ulasan

  1. tidak sabar menunggu kehadiran sutera bidadari

    BalasPadam
  2. i already read this book...first class...you r the best...i cant wait 4 the next chapter ...so xcited,,hope this trilogy will be continued....i love sunsn...perfect man...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin