INFO RINGKAS – KUNJUNGAN MUHIBBAH MAJLIS TERTINGGI RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB (RAMFC) SESI 2012/2013


12 April 2012 –Majlis Tertinggi Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) sesi 2012/2013 telah berkunjung ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf (GBK) bertempat di Seksyen 15, Shah Alam.

Majlis Tertinggi RAMFC diwakili oleh saudari Noorhafiza Izura (Presiden), saudara Khairul Azmi (Naib Presiden), saudari Junaidatul Al-Fatiah (Setiausaha), saudari Ezzaidah (Naib Setiausaha), saudara Khairul Azhar (Bendahari), saudari Dina Din (AJK Induk) dan saudara Abg Long (wakil jualan Novel RAMFC). Kunjungan disambung mesra oleh wakil GBK iaitu saudara Muhammad Asyraf Yahya selaku, Eksekutif Promosi.

Kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru Kelab RAMFC di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada terjalin.

Setibanya sampai di Kumpulan Media Karangkraf, wakil RAMFC telah diberi taklimat berkenaan Grup buku oleh En Shamil. Sesi taklimat turut dihadiri oleh Dato' Hussamuddin bin Hj. Yaacub, Pengarah Urusan (CEO) Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd bersama-sama dengan wakil dari Kementeriaan Dalam Negeri. Selesai taklimat, wakil RAMFC telah dibawa untuk melawat ke sekitar kilang percetakan dan penerbitan novel dan majalah, serta surat khabar Sinar Harian. Wakil RAMFC yang hadir sangat berbesar hati kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan serta operasi penerbitan dan percetakan sesebuah novel atau majalah dengan lebih terperinci. Penerangan turut diberi berkaitan dengan proses penerbitan dan beberapa pembikinan majalah lain di sepanjang lawatan tersebut.

Turut diselitkan satu (1) sesi perbincangan dan jamuan ringan bersama wakil Kumpulan Media Karangkraf iaitu Tuan RJ. Shahfaizal Khairudin, Senior Manager, Brand Marketing dan Puan Sa’adiah Mohamad, Editorial Alaf 21 yang membincangkan mengenai hala tuju antara Kelab RAMFC dengan Kumpulan Media Karangkraf, sekaligus memperkukuhkan lagi kerjasama serta mencapai persepakatan dalam setiap aktiviti dan program yang bakal melibatkan kedua-dua pihak kelak.

*Majlis Tertinggi RAMFC sesi 2012/2013 merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kumpulan Media Karangkraf atas kesudian menerima kunjungan yang julung-julung kali ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Sinar Harian yang sudi menerima kunjungan wakil MTRAMFC kali ini. Kerjasama diperolehi antara MTRAMFC yang komited diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang aktiviti yang diaturkan di masa hadapan akan diwar-warkan untuk perhatian bersama. TERPAHAT DIMINDA...

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin