Ramlee Awang Murshid – Penulis Thriller No.1 Malaysia
Anda sering membaca novel beliau tentu ingin mendengar bagaimana beliau mendapat ilham menulis novel-novel beliau. Disini RAMFC memaparkan serba sedikit latar belakang penulis kesayangan ramai ini.
Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).
Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu
Karya pertama beliau berjudul. IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995. Pada tahun 2010, Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik daripada Alaf 21.
Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta. Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu. Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini. Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel. Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No.1 Malaysia.
Memetik kata Pengerusi PTS, Ainon Mohamad melalui laman UNIKA PTS “RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.”
Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menhasilkan novel terlaris di pasaran tapi juga novel bersiri yang digilai ramai. Contohnya novel dari Siri Tombiruo dan Laksaman Sunan, epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya sentiasa dinanti sambunganya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru.
Melalui pendapatan beliau dalam bidang penulisan, ini diakui oleh Ramlee sendiri beliau telah dapat membeli sebuah rumah dan kereta idaman untuk keluarga beliau. Beliau dan keluarga dapat menikmati hidup senang hasil daripada kejayaan novel-novel beliau.
Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan 23 buah novel. Kini beliau sedang menyiapkan novel pycho thriller terbarunya beliau berjudul Fiksyen 302. Ia dijangka terbit dalam penhujung tahun 2011. Sambungan siri novel epik thriller Laksamana Sunan pula dijangka akan dimulakan penulisannya selepas Fiksyen 302 diterbitkan. Berikut adalah senarai novel karangan beliau:
1. Igauan Maut - 1995,DBP
2. Tombiruo - 1998,Alaf21
3. Ranggau - 1999,Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000,CESB
5. Mandatori - 2000,Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001,Alaf21
7. Pei Pan - 2002,UPDSB
8. ADAM - 2002, Alaf21
9. Satu Janji - 2003,Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004,Alaf21
11. Rahsia Perindu - 2005,Alaf21
12. Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21
13. Hatiku Diharajuku - 2006,Alaf21
14. Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21
15. Ungu Karmila - 2008,Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08)
17. Personal Justice - 2008,Alaf21
18. Mikhail - 2009,Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010,Alaf21 (dipasaran Nov 09)
20. Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10)
21. Rayyan Fantasi - 2011,Alaf21 (dipasaran Dis 10)
22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
23. Fiksyen 302 (Akan Datang Disember 2011)
Kini Ramlee Awang Murshid ingin berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan anda. Ramlee telah membuka jalan dalam penulisan novel thriller kini ingin menurunkan ilmu dan membimbing generasi baru dalam dunia penulisan. Bengkel yang berkonsepkan keusahawanan dalam penulisan ini akan membimbing anda dalam gaya, teknik dan cara penulisana yang diterapkan oleh Ramlee Awang Murshid dalam novel-novel beliau. Beliau akan berkongsi rahsia kejayaan novel-novel beliau kepada peserta yang akan menyertai bengkel tersebut. Marilah menyertai bengkel Seni Pertukangan Ramlee Awang Murshid hari ini jua!
Maklumat bengkel :
Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Tempat : Hotel Puri Pujangga UKM, Bangi (Peta)
Bayaran : RM300/seorang RM250 (untuk 25 peserta terawal)
*Juga harga menarik untuk ahli RAMFC hanya RM200
*tawaran ini hanya sah untuk ahli yang pernah mendaftar melalui laman sesawang RAMFC dan mempunyai no ahli RAMFC, membeli cenderahati RAMFC & pernah menyertai aktiviti RAMFC.
Jangan lepaskan peluang ini.Cara untuk mendaftar sila klik di sini!
1 Ulasan
baru lepas abes baca pei pan..best sangat
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.