Selamat Hari Lahir ke 44
Tuan Ramlee mengajak makan di sebuah hotel di Johor Bahru selesai kami pulang bersama isterinya dari makan angin 1 hari di Singapura. Dengan muka selamba kami hanya mengiakan sahaja pelawaan beliau walaupun perancangan awal nampaknya kurang menjadi.
Nasib baik saudara Attokz Dikulgai masih gigih mendapatkan apa yang perlu untuk meneruskan perancangan mengunakan pelan B. Maka di lobi hotel, saya dan Aizuddin bertemu Attokz untuk menguruskan sebuah kek bagi menyalakan lilin. Insiden tidak dilupakan saya apabila lilin sudah dinyalakan, api di batang mancis mahu dipadam oleh Aizuddin tapi terpadam sekali dengan lilin-lilin yang sudah dinyalakan. Nasib baik agenda kami tidak pula diperasankan oleh tuan punya diri.
Maka Aizuddin, anak kepada Tuan Ramlee sendiri membawa sebuah kek dipersembahkan kepada Ayahanda beliau bagi mewakili RAMFC. Tiada apalah dapat kami berikan selain kek yang sederhana ini selain sokongan yang tidak berbelah bahagi. Selamat Hari Lahir, moga panjang umur dan murah rezeki dari kami di RAMFC. Semoga idea-idea akan terus mekar berbunga-bunga dan menjadi lagenda yang pasti dalam hati kami peminat-peminat karya tuan.
Saya di sini juga mengambil kesempatan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjadi AJK semasa Mini Karnival Karangkraf di Johor Bahru dan juga kepada ‘Hardcore Hardcore’ yang sanggup turun padang. Sokongan dan sumbangan anda amatlah dihargai dan akan disimpan dalam ingatan ini. Gambar-gambar di Johor Bahru boleh dilihat melalui laman sekutu RAMFC di Facebook –> https://www.facebook.com/RAMFC
Tunggu kami di lokasi seterusnya.
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.