BENGKEL SENI PERTUKANGAN NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID
Anda berminat menjadi penulis?
Anda mahu menjadi penulis novel bestseller?
Kini Ramlee Awang Murshid akan memberikan tip, membongkar rahsia beliau dan berkongsi ilmu sebagai Novelis Thriller No.1 Malaysia.
Ramlee Awang Murshid akan menjelajah dari negeri ke negeri dalam siri bengkel penulisan beliau untuk mendedahkan dan berkongsi rahsia sebagai novelis terkenal di Malaysia. Anda akan belajar mengenai tip-tip penulisan, rahsia menjadi penulis bestseller dan juga terpenting sekali berkongsi ilmunya dengan anda semua. Jadi jangan tunggu lagi, daftarlah segera.
Bengkel pertama akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)
Tempat : Hotel Puri Pujangga UKM, Bangi (Peta)
Bayaran : RM300/seorang RM250 (untuk 25 peserta terawal)
*Juga harga menarik untuk ahli RAMFC hanya RM200
*tawaran ini hanya sah untuk ahli yang pernah mendaftar melalui laman sesawang RAMFC dan mempunyai no ahli RAMFC, membeli cenderahati RAMFC & pernah menyertai aktiviti RAMFC.
Selain Ramlee Awang Murshid, novelis aksi ‘Meniti Maut’ iaitu saudara Eyman Hykal sebagai pembimbing jemputan untuk memberi anda tips dalam bidang penulisan dan pemasaran novel di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar hari juga!
Cara mendaftar:
1. Hantarkan email ke senipertukangannovel@gmail.com berikut dengan butir-butir seperti berikut:
1. Nama Penuh :
2. No. KP :
3. No. Tel :
4. Alamat :
5. Nama Waris :
6. Hubungan Dengan Waris :
7. No. Tel Waris :
8. No ahli RAMFC/Nama Cenderahati/Nama Aktiviti :
Emelkan kepada senipertukangannovel@gmail.com dengan subjek 'DAFTAR (Nama Penuh)'.
2. Membuat pembayaran dalam masa (3) tiga hari bekerja setelah menerima email pengesahan dari admin ke akaun berikut :
BANK CIMB - ARTEM PIRE STUDIOS SDN BHD - 1434 00009 70102
3. Sila maklumkan dengan segera selepas pembayaran dilakukan untuk semakan dan pengesahan. Slip@bukti transaksi perlulah disimpan untuk ditunjukkan sewaktu pendaftaran.
BERITA BAIK!
Pendaftaran juga akan dibuka semasa Mini Karnival Karangkraf berlangsun di Johor Bahru sewaktu sesi tandatangan bersama Ramlee Awang Murshid pada tarikh berikut:
Tarikh : 28 & 29 Oktober 2011
Waktu : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru
Orang-orang Johor boleh mendaftar dan membuat pembayaran pada harga RM250.00. Tawaran sah hanya untuk sesi ini.
************************************************************************************************************Bengkel-bengkel akan datang (maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa):
AKAN DATANG DI SABAH!
Tarikh : 10 – 11 Disember 2011 (Sabtu & Ahad) – 2 hari
Tempat : Tang Dynasty, Kota Kinabalu (Peta)
Bayaran : RM345/seorang RM295 (untuk 25 peserta terawal)
*Juga harga menarik untuk ahli RAMFC
AKAN DATANG DI KEDAH!
Tarikh : 17 Disember 2011 (Sabtu )
Tempat : Hotel Bustani, Jitra, Kedah (Peta)
Bayaran : RM350/seorang RM290 (untuk 25 peserta terawal)
*Juga harga menarik untuk ahli RAMFC
Untuk pendaftaran sila ikut langkah-langkah pendaftaran di atas dengan meletakkan subjek ' Negeri DAFTAR (Nama Penuh)'. Contoh Sabah DAFTAR Elle Syeila.
Daftar AWAL untuk mendapatkan harga istimewa!
*tawaran ini hanya sah untuk ahli yang pernah mendaftar melalui laman sesawang RAMFC dan mempunyai no ahli RAMFC, membeli cenderahati RAMFC & pernah menyertai aktiviti RAMFC.
************************************************************************************************************
Juga tawaran menarik dari pihak pengurusan bengkel!
TAWARAN UNTUK MENULIS NOVEL DIBAWAH
ARTEM PIRE STUDIOS SDN BHD
- Menulis secara kumpulan untuk sebuah naskhah novel.
- Minimum 5 hingga 6 orang bagi setiap kumpulan.(sila berbincang dengan pihak Artem Pire Studios Sdn Bhd bagi mereka yang inginkan kurang dari 5-6 orang bagi naskhah yang pertama)
- Tema bebas bagi setiap individu.
- Panjang penulisan antara 90 muka surat hingga 100 muka surat MS Word, Font 12 jenis Arial dengan langkau 2 baris - mengikut format rasmi bagi penulisan novel.
- Tempoh 6 bulan diberikan untuk menyiapkan karya.
- Karya yang siap hendaklah diemelkan kepada artempirestudios@gmail.com dalam bentuk ‘soft copy’
- Semua kos penyuntingan dan reka bentuk kulit akan ditanggung oleh Artem Pire Studios Sdn Bhd.
- Kata pengantar penulisan naskhah ini akan dibuat oleh Saudara Ramlee Awang Murshid.
- Artem Pire Studios Sdn Bhd tidak menggunakan sistem royati bagi setiap novel yang telah dijual.
- Bayaran akan dibuat melalui Sistem Pembahagian Jualan
- Pembahagian keuntungan bagi jualan novel adalah 60% (penerbit) 40% (penulis).
- Hak cipta karya penulis tidak akan dipegang oleh Artem Pire Studios Sdn Bhd.
- Penulis berhak untuk menuntut hakcipta karya pada bila-bila masa, dengan cara bertulis secara rasmi.
- Selagi hakcipta tidak dituntut oleh penulis maka Artem Pire Studios Sdn Bhd berhak untuk membuat cetak ulang pada bila-bila masa tanpa kebenaran penulis. Pembahagian keuntungan tetap sama (sila rujuk no 11).
- Artem Pire Studios Sdn Bhd akan memaklumkan terlebih dahulu pada penulis bila cetak ulang akan dilakukan.
- Untuk cetakkan pertama Artem Pire Studios Sdn Bhd akan mencetak sebanyak 500 naskhah.
- Setiap penulis akan menerima 3 naskhah secara percuma.
- Penulis digalakkan menjualnya secara sendiri. Selain itu Artem Pire Studios Sdn Bhd juga akan memasarkannya.
- Bagi setiap penulis yang ingin memasarkan sendiri novel berkenaan hendaklah membuat bayaran secara tunai dari harga yang akan dipasarkan iaitu 60% dari harga buku.
- Setiap naskhah akan dijual dengan harga RM 20.00. Tidak termasuk kos penghantaran.
- Setelah naskhah pertama diterbitkan, Kumpulan penulis akan dikecilkan lagi pada 4 atau 3 orang bagi satu-satu naskhah, seterusnya dikecilkan kepada 2 orang dan tawaran menulis secara individu akan ditawarkan pada penulis yang telah melepasi peringkat berkarya secara berkumpulan tersebut.
- Tiada apa-apa bayaran dikenakan pada peserta yang ingin menyertai tawaran ini.
- Artem Pire Studios Sdn Bhd berhak membatalkan mana-mana bahagian di atas mengikut kesesuai semasa.
Objektif tawaran ini dibuat, adalah sebagai skim pengalak kepada perserta ‘Seni Pertukangan Novel Ramlee Awang Murshid’ untuk melahirkan karya masing-masing setelah tamat sesi ini. Artem Pire Studio adalah syarikat ditubuhkan oleh Ramlee Awang Murshid untuk membentuk generasi penulis baru dibawah tunjuk ajar beliau,
Daftar hari ini, jangan berlengah lagi! Peluang anda untuk memenuhi impian. Jadikan impian anda satu realiti!
2 Ulasan
salam..nama saya Ayu...selepas baca entry ni, rasa tertarik nak join tu ada..cuma Ayu rasa tak tahu nak daftar bagaimana ya..boleh tolong jelaskan tak sikit..tq kerana sudi balas komen Ayu ni..tq..
BalasPadamSalam Ayu,
BalasPadamAnda perlu email dahulu butir-butir diperlukan seperti dalam link berikut:
http://www.kelabram.com/2011/10/pendaftaran-bengkel-spnram.html
ke alamat ini senipertukangannovel@gmail.com
Sila tinggalkan komen anda di sini.