Mari Undi!

reader-Choice-online-2011

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR – Berita Harian kembali lagi untuk Tahun 2011. Jika anda mengikuti anugerah ini, novel Hijap Sang Pencinta pernah memenangi Anugerah ini dua tahun lepas di tempat kedua dalam ketegori fiksyen Bahasa Melayu. Novel Mikhail pula pernah tercalon dalam kategori sama pada tahun lepas.

Pada tahun ini, Novel Cinta Sufi menjadi taruhan. Apakata tahun ini RAMians bersama-sama menjadikan novel Cinta Sufi novel No.1 dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2011. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil oleh RAMians:-

1. Cetak borang di bawah atau dapatkan borang dari cawangan Kedai Buku Popular  berhampiran atau pun dapatkan borang dalam  akhbar Berita Harian setiap Khamis dalam seksyen sastera bermula minggu ini.

2. Isikan borang dengan menandakan  pilihan 3 karya fiksyen pilihan anda iaitu Cinta Sufi & 2 novel lagi. Wajib untuk tandakan pada CINTA SUFI!

3. Tandakan juga 3 karya non-fiksyen mengikut pilihan anda.

4. Isikan slogan dan butir peribadi anda.(Harap RAMiasn tidak rusing mengenai slogan,  slogan sama juga tidak mengapa).

5. Hantar kepada cawangan kedai buku Popular berhampiran tempat anda atau pun boleh pos kan ke alamat berikut sebelum 17 Julai 2011:

POPULAR Book Co. Sdn Bhd, Marketing Department, 8 Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Contest form - Eng

Mari kita hantar sebanyak mungkin borang  undian ini. Mari Pilih Cinta Sufi sebagai Novel Pilihan Pembaca 2011!

Share:

4 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin