Ahli RAMFC Minggu Ini - Muhammad Farhan
Assalamualaikum kepada semua sahabat seperjuangan pena tanah air(masyarakat malaysia yang mencintai karya penulisan bahasa melayu).
Alhamdulillah kerana kali ini Allah memilih saya untuk memaparkan hasil nukilan saya untuk dikongsi dengan semua peminat karya hasil Ramlee Awang Murshid. Sebelum mula,saya rasa eloklah jika saya memperkenalkan dahulu diri saya kerana kata arwah datuk saya, tak kenal maka tak cinta. Baiklah,saya diberi nama Muhammad Farhan yang bermaksud yang-terpuji dan gembira sselepas tiga hari daripada tarikh kelahiran saya iaitu pada 19/12/1994. Saya yang kini menetap di Puchong mempunyai satu hobi yang mana sebelum ini saya merasakan hobi tersebut membosankan iaitu membaca novel. Tetapi hati saya telah menafikan hal ini apbila membaca novel 9 nyawa yang di pinjam daripada kawan saya selepas tertarik dengan kulit depannya.
Selepas perkara tersebut berlaku,saya mula meminati karya RAM yang digelar novellis thriller malaysia nombor satu. Tamat sahaja membaca kesudahan novel 9 nyawa yang penuh dengan tragik dan benci kepada watak khairil yang hipokrit, saya terus mensasarkan diri saya untuk membaca novel ungu karmila. Novel tersebut telah saya beli di Popular IOI Mega Mall. Novel yang penuh suspens yang akhirnya disebabkan oleh sang bunga telah saya habiskan dalam masa 3 minggu kerana pada ketika itu saya masih kekok lagi untuk membaca dan memahami isi novel dengan cepat.
Saya mulai biasa dan mampu membaca novel dalam tempoh seminggu sahaja tatkala membaca novel karya RAM yang bertajuk mikhail. Sementara menunggu novel terbaru RAM iaitu rayyan fantasi saya bercadang membaca novel lama RAM yang tidak saya baca lagi. Ini termasuklah novel Ranggau, Tomburio, Ssemangat Hutan, Mandatori serta Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta serta Cinta Sufi.
Mulai saat itu, saya mulai mencintai bahasa melayu sehinggakan saya mensasarkan ingin mendapat markah yang tertinggi bagi setiap peperiksaan bahasa melayu dalam maktab saya. Saya juga telah bercita-cita menjadi seorang penulis novel secara kerja sambilan dan salah seorang sasterawan negara. Hal ini dikuatkan lagi tatkala saya mempelajari bahawa sejarah tanah melayu yang menggunakan karya penulisan dalam usaha membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.
Untuk merealisasikan dan memastikan pencapaian cita-cita saya yang setinggi Gunung Kalla Pattar,setiap kali musim cuti sekolah yang panjang, saya akan menyiapkan beberapa bab bagi menyiapkan novel Kasih Sang Sahabat yang bertemakan pengorbanan serta pengkhianatan yang disertakan bagi menambahkan kesedapan novel tersebut
.
Selepas saya menamatkan pembacaan novel Rayyan Fantasi,saya banyak menghabiskan masa terluang saya untuk mencari ayat-ayat tinggi dan berkualiti melalui kamus dewan bahasa edisi keempat, novel RAM dan beberapa buah novel lagi termasuklah karya Aisyah Sofea. Begitu juga dengan novel cinta medik karya Muhammad Farhan.
Kesempatan yang ada ini saya ingin memuji novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta yang memaparkan banyak unsur dakwah. Contohnya,watak Laksamana Sunan yang banyak mencontohi personaliti Rasulullah yang merupakan pemimpin umat Islam yang terulung suatu ketika dahulu. Ini membuatkan para pembaca secara tidak sengaja mengikuti dan mengamalkan sunnah dan perilaku Rasulullah yang terpuji.
Sampai di sini sahaja coretan nukilan saya yang tidak seberapa ini. Ini merupakan luahan hati saya yang merungut untuk dilepaskan segala isi hati terhadap kualiti novel karya RAM yang turut memberi inspirasi terhadap saya. Sebelum ucapan sekian terima kasih diucapkan, saya mempunyai 2 kata-kata tinggi untuk setiap pembaca iaitu:
“Aku tahu bahawa cintaku takkan pudar walaupun aku pasti aku tidak mendapat cinta darinya karena aku yakin aku mendapat cinta-Nya yang kekal abadi”
“Apa yang terbuku di hati adalah apa yang terbaik untuk kita lakukan”
Sekian terima kasih.
*Untuk menyertai ruangan ini sila hantark an profil, nukilan atau lukisan ke admin.ramfc@gmail.com untuk dipaparkan dalam ruangan ini dan kami akan pautkan ke laman sosial peribadi. Pastikan jua anda mengunakan Bahasa Melayu sepenuhnya untuk nukilan anda.
1 Ulasan
semoga cita-cita anda tercapai.
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.