Lepasan Kelara : Memecah Kod Raja Roman?

Selain penampilan Ramlee Awang Murshid kami juga turut menampilkan penulis dari Grup Buku Karangkraf yang telah menulis Travelog berjudul Rindu Eropah Tawan Damascus iaitu Tuan Munir Ramli sebagai tetamu kami pada Sabtu ini.

Jangan lepaskan peluang bersama denagn dua penulis ini berkongsi cerita mengenai tulisan masing-masing.

13 Jun 2011

Kami mengumumkan pertukaran lokasi ke Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Untuk ke sana, anda boleh mengunakan perkhidmatan LRT ke Hentian Taman Jaya, dari hentian LRT ini anda mengambil masa kurang 5 minit untuk berjalan ke Taman ini yang berhadapan dengan Amcorp Mall.

Untuk berkenderaan sendiri, sila akses ke Lebuhraya Persekutuan kemudian susur masuk seksyen 10. Petaling Jaya. Anda akan melihat bangunan Amcorp Mall yang berwarna biru dari jauh sebelum susur masuk seksyen tersebut. Berikut adalah peta laluan ke Taman Jaya.

Map Ke Taman Jaya

Kami juga memohon anda untuk memberi nama & no telefon anda ke admin.ramfc@gmail.com kerana kami sedang cuba menyediakan sesuatu sebagai tanda kenang-kenangan untuk anda pada acara kami kali ini. Jumpa anda 18 Jun nanti!

=============================================================

Salam hormat,

Satu lagi aktiviti kelab akan diadakan dengan kehadiran yang berbahagia Tuan Ramlee Awang Murshid. RAMians & khalayak ramai di jemput hadir.

aktiviti_ram-jun2011-taman_jaya

Acara santai ini adalah ala perkelahan ‘pot luck’, tiada bayaran dikenakan, namun kepada yang hadir diminta membawa makanan untuk 4 orang.

Sila sahkan kehadiran ke acara ini dengan klik ke laman ini Aktiviti Kelab: Lepasan Kelara: Memecah Kod Raja Roman. Maklumat lanjut acara akan dipaparkan di laman acara dan di laman sesawang ini dari masa ke semasa. Datanglah sekeluarga, jumpa anda di sana nanti!

Share:

1 Ulasan

  1. bagaikan puteri
    cinta sang ratu
    hijab sang pecinta
    cinta sufi
    sutera bidadari
    lepas ni ap pulak tajuknya?

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin