Sekitar Majlis Pelancaran Novel 9 Nyawa & Cinta Sufi di PBAKL-28-03-2010

Salam,

Kami di RAMFC mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli tim Majlis Pelancara Novel 9 Nyawa & Cinta Sufi yang diketuai oleh Suadara Zonan Villa. Sehingga kini. kami masih merasa kehangatan majlis tersebut yang dijalankan secara gilang gemilang.

Sebelum itu kami memaklumkan, kami berbesar hati dengan penerimaan penajaan dari pihak-pihak berikut sempena berlangsungnya Majlis berkenaan:

  1. Alaf21 yang memberi kami penajaan berupa 200 buah buku terbitan Alaf21.
  2. Dr Detox yang menaja hadiah cenderahati VIP dan pembaca bertuah
  3. Saudara Zaidan yang turut menaja hadiah untuk VIP dan pembaca bertuah.
  4. Tie Tinie yang menaja 100 penanda buku (Book thong) untuk buah tangan pada mereka hadir ke Majlis Pelancaran
  5. Lusiana Katering yang menaja makan dan minum AJK kami.
  6. PS Enterprise yang menaja tshirt AJK , VIP & Ahli ke-1000

Terima kasih tidak terhingga kepada penaja-penaja kami!

Tim RAMFC telah berkumpul dari hari Sabtu –27 March 2010 untuk mempromosikan majlis pelancaran. Selain itu kami membantu novelis kesayangan ramai ini dalam melayan peminat-peminat novel beliau yang tidak putus-putus hadir. Setiap novel  ditandatangani oleh beliau akan dicop dengan cop rasmi RAMFC yang berwarna merah.

         

Jika yang hadir tahun lepas pasti tidak akan lupa pelekat emas kami. Tahun ini kami menukarkan dengan cop mohor RAMFC. Ramai yang hadir juga tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderahati RAMFC seperti Tshirt Edisi Awan & 9 Nyawa, Mug & Mushaf. Untuk pengetahuan semua, semua stok tshirt RAMFC telah pun habis kini. Sila ikuti laman ini dari masa ke semasa untuk keluaran cenderahati terbaru dari kami.

Majlis pelancaran diadakan secara gilang gemilang di Dewan Tun Hussein Onn iaitu dimana novel-novel terbitan Alaf21 diterbitkan berjalan lancar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Akim Sensei iaitu Timbalan Presiden RAMFC dan diikuti ucapan oleh Presiden RAMFC saudara Suhaimi Long.

Saudara Ramlee Awang Murshid pula dipersilakan untuk memberi spetah dua kata. Beliau menekankan jangan menyamakan beliau dengan watak Sunan ia cuma imaginasi beliau yang datang dengan izin Allah S.W.T  dan beliau cuba terbaik mungkin untuk kita semua dengan izin yang Esa.

Majlis Diteruskan dengan segmen fragmen dari novel 9 Nyawa yang dibaca oleh saudari Illa iaitu RAMians yang datang dari Kuantan, Pahang bersama Fiza Izura yang dikenali sebagai Peguam RAMFC dilaman sesawang kami. Manakala fragmen Cinta Sufi dibaca oleh Penulis Muda iaitu Saudara Faizul Kamaruddin.

                 

Acara diteruskan dengan ucapan dari Pengurus Besar Alaf21 iaitu Pn Firdaus dan seterusnya beliau berkenan melancarkan majlis tersebut diiringi oleh En Norden iaitu bekas Pengurus Alaf21 yang kini bertugas di Akhbar Sinar Harian.

Tetamu VIP kami turut berkenaan meyampaikan hadiah untuk ahli ke-1000 yang berdaftar di laman sesawang RAMFC iaitu Saudari Sasha. Ini diikuti sesi soal jawab bersama lima peminat novel karya Ramlee Awang Murshid yang bertuah bertanya soalan kepada Novelis berkenaan.

Ahli RAMFC ke-1000

                               

                            

Gambar Peminat Novel RAM dalam Sesi Soal Jawab

Majlis telah diacarakan oleh Penasihat RAMFC sendiri iaitu saudara Attokz Dikulgai dengan mengakhiri majlis dengan ayat indah ini “ Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu”.

Kita jumpa kelak dalam program komuniti yang disokong oleh RAMFC iaitu Baca@LRT pada 25 April 2010.

Share:

2 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin