Karangkraf iktiraf Ramlee dengan anugerah Gold Club

Eksekutif pemasaran Kumpulan Karangkraf, Enna Jufry berkata, penerima anugerah dipilih berdasarkan komitmen mereka menulis bersama unit buku Karangkraf sama ada Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima dan Oasis Buku.
"Syarat utama kelayakan adalah nilai minima naskhah bahan penulisan yang dijual mestilah bernilai lebih RM300,000," katanya.
Beliau berkata, majlis itu diadakan bagi menghargai jasa novelis selain memberi galakan kepada semua penulis lama atau baru untuk terus aktif menulis bersama Kumpulan Karangkraf.
Anugerah ini akan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub pada majlis Showcase @ Karangkraf yang julung-julung kali diadakan di Hotel Singgahsana 28 April ini.
Ramee Awang Mursyid berkata, sifat seorang ayah menjadikan pendorong utama beliau untuk berjaya dalam penulisan dan amat menghargai usaha Karangkraf yang prihatin kepada penulis.
“Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada keluarga, Kelab Ramlee Awang Murshid (RAMFC) dan pembaca,” kata Ramlee dipetik oleh Sinar Harian.
Tags:
Suratkhabar
6 Ulasan
tahniah utk abg RAM....
BalasPadamSyabas dan tahniah untuk Abg Ramlee ~_^ .. semoga terus sukses dan maju jaya... selepas cinta sufi? apa lagi yeak... hehehe
BalasPadamalah dak utan, sudah gaharu cendana pula.. mestilah rayyan fantasi.. rasanya hero nama remi kot? waahh..
BalasPadamTahniah!!!
BalasPadamTahniah buat Abg RAM!
BalasPadamwah, tahniah abg RAM! chiayok! ALHAMDULILLAH!!!
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.