Halaman: 512 PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. |
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
12 Ulasan
mau baca!! mau baca!! mau baca!! jadi last last sunan dgn sapa??luna atau Catalina?? haryani??
BalasPadamWaaa...nak beli..nak beli...tgh nih nk gi popular lah..
BalasPadamtak boel baca lagik coz saye belom habis bace lagi Hijab Sang Pencinta.. hilang bukunye.. huuhuh
BalasPadamdah baca dah, sangat menarik!!!!
BalasPadamalhamdulillah dah abeskan bace buku cinta sufi....tapi rasenye akan ade sambungan lagi kot....huhuhu byk yg belum terugkai....
BalasPadamdah baca.cuma ending macam tak habis lagi ni. banyak lagi persoalan yang belum terjawab.hm, next novel mesti lama lagi.
BalasPadamsekrang mau habiskan rahsia perindu dengan ranggau dulu.
mmg best..xrugi beli...
BalasPadamtp mmg ade sambungan r..
baru beli and excited sangat nak baca satg. ada buat sikit review dekat blog.huhu
BalasPadamSaya merujuk kepada halaman 264 perenggan yang terbawah ..."ketika sedang sujud kedua-dua kepaknya terangkat, merentang antara kanan dan kiri. Tangisannya mengesak pilu. Kedengaran sampai ke luar binaan. Sehingga dapat didengari seluruh penghuni di banjaran ini."
BalasPadamsaya tak pasti sama ada Luna sedang bersujud semasa solat atau sahaja sujud seperti sujud tilawah. Ini kerana dalam solat walaupun diharuskan menangis, tangisan itu hendaklah tanpa bunyi. Cukup hanya air mata yang mengalir. Andainya tangisan itu sampai ke luar suara yang sudah jatuh luar dari bacaan dalam solat, maka batallah solatnya. Oleh itu jika dalam perenggan ini tangisan Luna yang kuat ya amat sehingga di dengari satu banjaran berlaku semsa dia solat, maka batallah solat itu sekaligus menampakkan tidaklah Luna itu dalam pengetahuan agamanya.
WalLahu aalam.
Maaf sekiranya saya sendiri yang tidak faham kandungan perenggan itu. RAM mungkin ada penjelasan sendiri.
ada x sambungan nya lagi...sbb mcm tergantung keris 2 hilang..dan siapa elizabeth
BalasPadamsudah baca...
BalasPadammandatori, adam & harajuku still the best
waaaaahhhhh!!!! bestnya dah setahun aku tak baca buku RAM... ini sambungan trilogi bagaikan puteri ke?? best2!! mesti beli!!! tak sabar nk gi MPH balik nih!!
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.