Selamat Menyambut Aidiladha
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
RAMFC mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua RAMians yang menyambut perayaan ini. Pihak kelab juga mengucapkan Selamat Hari Korban kepada Ramlee Awang Murshid & keluarga, Keluarga Alaf21 Sdn Bhd, Alaf21FC dan pengiat sastera dan seni tanah air. Semoga semua pengorbanan anda diberkati oleh Allah S.W.T. Kepada rakan-rakan yang lain Selamat Bercuti dan berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa dapatkan 9 Nyawa yang kini sudah berada di pasaran.
Berikut adalah petikan surat pembaca di Berita Harian hari ini, kami di RAMFC menyokong pendapat saudara Ikmal Hijaz Suhaimi dan penuh sabar menanti perkara ini direalisasikan penuh kesabaran:
Penggiat filem perlu adaptasi novel bermutu ke layar perak.
TERLEBIH dulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon dan karyawan filem yang berjaya dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22. Sesungguhnya semua finalis yang tersenarai adalah berkualiti dan bermutu tinggi. Tahniah saya ucapkan.
Bagaimanapun, saya sebenarnya agak kecewa dengan mutu filem Melayu yang ditayangkan dewasa ini kerana kekurangan kepelbagaian. Apabila kita melihat tiket kutipan wayang sesebuah filem dikeluarkan, sudah tentu filem antarabangsa akan mengatasi kutipan filem Melayu.
Apabila ditimbang semula, bagaimana mereka boleh menghasilkan filem berkualiti mengatasi filem Malaysia? Hal ini terjadi kerana kurangnya pengadaptasian novel berkualiti untuk dijadikan filem di Malaysia .
Siapa yang tidak tahu filem Harry Potter yang diadaptasi daripada karya tulisan JK Rowling. Novel hasil nukilan J R R Tolkien, Lord Of The Ring turut menjadi sebuah filem yang berjaya memecah kutipan box-office.
Turut menjadi kegilaan remaja pada hari ini ialah filem Twilight yang diadaptasi daripada karya Stephenie Meyer. Jika dibandingkan pada peringkat nusantara pula, filem Ayat-Ayat Cinta yang diadaptasi daripada novel Habiburrahman El Shirazy yang diterbitkan kali pertama pada 2004 melalui penerbit Basmala dan Republika turut menjadi fenomena di negara kita.
Di manakah kekurangan mutu penulis tanah air? Ramlee Awang Murshid misalnya adalah penulis tersohor yang menghasilkan idea kreatif melalui penulisannya yang mempunyai elemen ketuhanan, percintaan, thriller, dan misteri.
Karya beliau seperti Bagai Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta adalah antara novel terbaik yang berjaya dihasilkan. Nisah Haron, penulis novel Annyss Sophilea, Selamat Datang Annyss Sophilea dan Fata Morgana Akhir Musim Yuda turut berjaya menghasilkan novel menarik.
Secara umumnya, masih ramai penulis Malaysia menghasilkan novel bermutu tinggi dan boleh bersaing dengan novel antarabangsa. Tidak mustahil untuk filem Malaysia diangkat sebagai pemenang peringkat antarabangsa sekiranya novel ini diberi peluang untuk diadaptasi ke layar perak .
Justeru, Finas sebagai agensi yang menerajui bidang perfileman di negara ini dapat menjadi pemangkin dalam menjurus kepada penghasilan filem yang diadaptasi daripada novel yang sesuai dengan cita rasa generasi masa kini iaitu generasi Y.
IKMAL HIJAZ SUHAIMI,
Pelajar Foundation Programme,
Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya.
Sumber: Berita Harian
2 Ulasan
YEAH!!!!!!!!!!!! Aku stuju sangat!!!!!
BalasPadamAku pn mau novel2 keluaran RAM d adaptasikn! Trutamanay trilogi Bagaikn Puteri!! Msti hebat tu! Klu efek n lakonannya berkesan, ia boleh menandingi Lord Of The Ring ataupn Harry Potter!
Aku suggest,KRU production and Kabir Baktiar bgabung tenaga dlm mghasilkn karya trilogi Bagaikan Puteri ni... Klu kita sehati sejiwa, mesti boleh jadi punyaa..
smemangnya untuk mhasilkan karya ini akan menelan pbelanjaan yg banyak, tapi utk mhasilkn karya yg terbaik, pengorbanan harus dilakukan. Setakat ni Movie Puteri Gunung Ledang la yg memuaskan ati. Yg lain2 msih ada kaku n kekeringan idea. (meremang bulu roma jg la time tgok Puteri Gunung Ledang tu!)
suggestion bg watak2 dlm Bagaikan Puteri tu...aku bg korang la yg suggest! heheh...I just suggest pelakon REMI ISYAK sbg Dani koott...Em, Fasha Sandha sbg Haryani? SUNAN?? whoahhh..sapa yg layak pegang watak diaaa? Ratna?emm..Umie Aida kot..
Salam Makmur :)
BalasPadamAku angkat kedua belah tangan sebagai tanda yang teramat setuju dan menyokong ulasan / kenyataan Ikmal... kita seharusnya menghargai hasil penulisan pengkarya tempatan dan memartabatkan hasil seni kita sehingga berjaya mendapat tempat di peringkat global
Seperti Finie Ramos , aku juga mahukan KRU dan Kabir (dan krewnya) bergabung tenaga untuk mengadaptasi Trilogi Tombiruo dan Trilogi Bagaikan Puteri Ke layar perak.. hasilnya pasti mengujakan
Sila tinggalkan komen anda di sini.