9 NYAWA DI PASARAN KINI!-24 NOVEMBER 09

 

 

 

Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau pesanan secara pos melalui Alaf21 Sdn Bhd. Rujuk iklan ini dan untuk pesanan klik sini.

Fragmen 9 NYAWA

DALAM setahun ada 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8,760 jam dan 525,600 minit. Hidup ini memerlukan nyawa yang kental... yang terhasil daripada pacuan semangat dalam menempuhi kehidupan sehari-hari. Dan sehari-hari itu jugalah kita bernafas selama bertahun-tahun sehingga kematian mendatangi kita dalam pelbagai cara.  Aku hidup atas tunjangan nyawa menempuhi banyak rencah kehidupan. Namun, hidupku berubah semenjak mengalami tragedi berdarah 19 tahun lalu. Duniaku menjadi gelap gelita. Dengan kuasa ALLAH... aku terdengar suara-suara asing melegari kehidupanku. Bukan suara manusia... tetapi suara-suara halus yang membingitkan. Pada mulanya aku ketakutan. Lama-kelamaan, ‘mereka’ menjadi sebahagian daripada kehidupanku.  ‘Mereka’ kuanggap seperti suara-suara manusia biasa.

Saban waktu kudengari seiring rentak nafasku menunjangi nyawa dalam jasadku. Sehingga sukar sekali aku membezakan mana suara yang hidup dan mana pula suara yang mati. Hidup dan mati seolah-olah terus bernyawa tanpa mengelirukan fikiranku. ‘Mereka’ adalah kehidupan yang beransur-ansur ‘mati’. 

Mujurlah duniaku gelap gelita. Kalau tidak, sudah pasti aku tidak sanggup melihat ‘mereka’ berkeliaran dalam bentuk yang sukar diterima akal. Ternyata, akal itu terbatas ruang lingkupnya. Igauan itu tidak pernah berhenti di alam mimpi. Ia terus mendatangi membatasi sempadan kehidupan; tempat peralihan orang hidup dan mati. Mereka seolah-olah bersatu. 

Mujur jugalah mata hati itu tidak pernah berdusta. Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa. Kerana lidah pasti berbohong untuk menyembunyikan kejahatan. 

Lebih lanjut…sila klik di sini.

Share:

11 Ulasan

  1. merah hitam..sekali pandang macam hatiku di harajuku..

    BalasPadam
  2. merata bookshop kat penang semalam i cari 9 nyawa...tapi tak sampai lagi...Insyaallah hari ni i nak cari kat ipoh...baca sinopsis macam ada aura laksamana sunan...hehe

    BalasPadam
  3. Wah...! aku mengamek kesempatan ntuk me surf tenet..hehehe..woooo...tak sabar tunggu 9 nyawa di pasaran... :) syabas ntuk Abg RAM

    BalasPadam
  4. Popular AEON Seb. Perai still xda.

    BalasPadam
  5. sama gak.. dah cari kat kl ari khamis ari tu pun tak jumpa.. adeh.. sabar menunggu pameran buku kat alaf.

    BalasPadam
  6. most kedai buku yg suezety masuk lom ada buku ni.. uuuwwaaa

    BalasPadam
  7. 9 Nyawa sdh ada dlm genggaman saya. baru sampai semalam dr alaf21. belum start baca lagik. tp ada sedikit terkilan bila membaca ruangan dedikasi oleh abg RAM. hmmm... apsal abg RAM tak sebut pasal KELABRAM ye? ----->> yg musykil & terkilan

    BalasPadam
  8. wah, akak, bestnya.. akim sok baru nk gi grab.. laa, yeke.. hmmm.. siapalah diri ini.. mesti akak mengulit dari kulit depan ke kulit belakang cari perkataan kelabram kan.. huhu..

    BalasPadam
  9. siapalah diri ini akim. mmg akak dah mengulit dari kulit depan, belakang, atas & bawah... mmg takdek... sangsi my heart akim, uwaaaaa adakah diri ini dilupakannnnn uwaaaaaaa ((belum sampai tahap meroyan lagi nih))----->> yg perasan jadik pelakon fofular kuangkuangkuang

    BalasPadam
  10. haha.. ok lah tu kak, dlm mikhail dh ada skali. but, kene muhasabah diri maybe kita yg xcukup cemerlang lagi. huhu.

    BalasPadam
  11. crik dh kt gombak...x de pun..huhuhu..kempunan nih

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin