Laporan Kedua- Majlis Berbuka Puasa RAMFC dari kacamata moderator RAMFC

Sebenarnya saya memang suka membuat kejutan kerana saya tidak percaya pada perancangan . Itulah kelemahan saya, jadi saya harap ahli-ahli kelab yang terkilan tidak dapat hadir, jangan bersedih, mungkin kita dapat berjumpa pada hari Isnin kerana kedatangan -illaktn- ke Kuala Lumpur. Namun perjumpaan kali ini tanpa novelis kesayangan kita. Ia dikira perjumpaan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli, jadi pada sesiapa yang ada kelapangan Isnin ini, 22 Sept, dalam masa pkl 6-8malam marilah sertai kami di Kenny Roger, Kota Raya. Tapi kalau ada yang mempunyai tempat yang lebih baik sila cadangkan kepada kami. Marilah bersama-sama berkongsi pandangan.
 
 
Baiklah teruskan dengan laporan kedua Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung pada hari Rabu, 17 Sept 2008 di KFC, Pasar Budaya. Terima kasih kepada pengurus KFC sementara pada hari itu En. Attok kerana meng'reserve'kan tempat.
 
  
  
 
Pada hari itu, saya yang datang terus dari tempat keje dan bersesak dengan lalulintas Kuala Lumpur walaupun harga minyak masih dikira mahal, meletak kereta di belakang bangunan mahkamah, saya berjalan tergesa-gesa ke Pasar Budaya bertemu dengan rakan karib saya Anim yang sudi jadi jurugambar majlis itu. Setelah itu, saya menelefon lindaamri untuk bertentang pertama kali selain sebelum ini asyik berforum di laman group RAMFC sahaja. Mudah sahaja saya mengenali beliau dari gaya beg besar, saya sudah tahu, inilah linda amri yang selalu memberi pendapat bernas dalam topik-topik yang diutarakan dalam group dan blog RAMFC.
Kedatangan beliau punca segala perjumpaan ini, jadi lindaamri diraikan oleh kami seadanya. Dari Pasar Budaya kami terus ke KFC yang terletak luar dari pasar budaya ini. Pasar Budaya adalah tempat saya tawaf 10 kali lepas balik sekolah sebelum balik ke rumah. Memang penuh nostalgia, saya dengan anim tersengih sendiri terkenang zaman persekolahan kami dahulu. Sampai di KFC kami mencari attok yang sebenarnya sudah pun kami ternampak beliau di pintu masuk tadi. Saya ini ada firasat sikit melihat orang, boleh kenali orang sebelum pertama kali bersua. Setelah bertemu attok dan isteri, saya membuat panggilan pada Hakim, ahli RAMFC yang muncul saat terakhir. Wah semangat jadinya, bertambah lagi geng kami. Attokz pulak cakap pada saya jangan risau kerana beliau ada membawa sahabat-sahabat dari Melayu.com.
 
  
  
 
Selepas iu sorang-sorang muncul web sutera, mie long, geng melayu.com dan abang ramlee, kak dayang (isteri abag ramlee) dan En.Norden, En Norden adalah Pengurus Besar Alaf21. Maka riuhlah KFC dengan hilai tawa kami. Memanglah seronok walau pun pertama kali berjumpa. Terima kasih banyak-banyak semua yang hadir. Saya rasa terharulah dengan sambutan majlis ini. Harap kita melakukan sekali lagi di masa hadapan. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada En. Norden yang sanggup turun padang. Terima kasih daun keladi pada abang Ramlee yang sudi belanja kami pada hari itu.

Share:

3 Ulasan

  1. terujanya membaca post ni.. nanti if ada gathering lg, nk gi lg la kalu xkeje.. org keje shift mcm saya ni susah sket, tp saya akan usahakan la jugak.. thanks to all.. xlupa kepada yg sponsor keychain (kak linda amri kn?) thanks a lot.. smlm lupa nk mention, mention yg blnja makan ng yg hadir je.. pas raya xde yg buat open house ke? hehe ;)

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah untuk semua,
    Pada ruang yang terhad ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada elle, Atokz & isteri, web sutera & isteri, Suhaimi Long & isteri, Akim, Anim, rakan-rakan lain yang tidak dapat disebutkan nama kerana tidak sempat untuk berkenalan dan semestinya kepada saudara Ramlee dan Encik Norden yang sudi berbuka puasa dengan saya yang datang dari 'oversea'. Terima kasih di atas perencanaan majlis yang agak 'last minute' tetapi berjaya direalisasikan dengan cara yang sederhana tetapi cukup bermakna. Saya harapkan ini bukanlah pengakhiran tetapi adalah satu permulaan kepada rentetan sesi perjumpaan pada masa akan datang. Saya juga berharap ahli-ahli RAMFC di Sabah/Sarawak sudi melapangkan masa untuk perjumpaan kita pada hujung bulan Disember nanti kerana InsyaAllah saudara Ramlee akan bersama-sama kita di Sabah. Begitu juga kepada ahli RAMFC di Pantai Timur, sekiranya berhajat ingin membuat perjumpaan sesama kita sendiri, bolehlah kita aturkan satu perjumpaan di Terengganu pada Hari Raya Haji kerana saya akan berada di sana untuk menyambut raya bersama keluarga mertua. Salam.

    BalasPadam
  3. Semoga Lebaran Kali Ini Membawa Seribu Rahmat & Diberikan Hidayah Buat Kita Semua.

    Ampun Maaf Dipinta Semoga Silaturrahim Ini Berkekalan Selamanya,Amin.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin