Fiksyen bermutu dari Ramlee

Saya pun tidak ingat bahawa saya begitu tekun menelaah buku-buku teks sekolah, sebagaimana diceritakan oleh emak saudara saya itu. Menurut beliau, saya begitu tekun membaca dengan hanya bertemankan pelita minyak tanah sahaja, tanpa menghiraukan siapa pun yang datang ke rumah pada waktu itu.
Sungguh, memang keluarga saya minat membaca dan menimba ilmu. Emak saya sampai sekarang masih meneruskan minat membacanya, dan antara buku-buku atau novel yang emak amat suka ialah novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid.
Jangan terkejut, emak saya yang berumur lebih 55 tahun pun meminati novel Ramlee, kerana manurut beliau, tulisan Ramlee lain dari yang lain. Dan itu saya akui kerana emak saya membaca novel Ramlee yang saya miliki, kesemuanya. Setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya di
Jangan terkejut jika saya nyatakan bahawa adik saya, seorang ustaz, juga meminati novel Ramlee. Pastinya setiap kali beliau berkunjung ke rumah saya, bila beliau lihat ada novel Ramlee terbaharu dalam rak buku saya, dia akan segera ke kedai buku untuk membelinya.
Tags:
Coretan
Ramlee Awang Murshid
2 Ulasan
adam ni, kita baca time kt utm dulu. kalu nk ikut ranking, kita letak adam ni kt post no3 lps bagaikan puteri the trilogy and tombiruo the trilogy. masyuk la baca citer adam ni. kita yg minat tentera ni, terus promote kt kawan2 palapes kita. smpi ramai la yg layan novel ni. haha.
BalasPadamAssalamualaikum sahabat,
BalasPadamSaya memang suka novel Aku Darah Anak Malaysia ini. Dan saya berharap sdr RAM dapat menghasilkan novel seumpama ini lagi, ataupun mungkin boleh disambung A.D.A.M ini?
Sila tinggalkan komen anda di sini.