Ulasan Pembaca: Banja Manggala oleh siqahiqa.com

Banja Manggala telah menemui peminat setia Ramlee Awang Murshid pada PBAKL yang lalu. Sekaligus meletakkan novel sebagai novel paling laris di Pavilion Karangkraf baru baru ini.


RAMFC Store juga telah membuka pre order novel bersama tandatangan penulis serta merchadise istimewa. Semua tempahan telah pun selamat dihantar. Kami telah menerima maklum balas dari RAMians yang sukakan jalan cerita novel ini. Salah seorang dari mereka telah membuat ulasan novel ini untuk tatapan bersama. Berikut adalah petikan dari ulasan dari blog http://www.siqahiqa.com



Seperti biasa, RAM masih mengekalkan cerita membanteras sihir dan manusia yang bersandarkan pada ajaran syaitan laknatullah. Aku suka karya RAM kerana konsep cerita yang dibawa. 

Plot cerita dan konflik yang ada dalam novel ini disampaikan dengan begitu kemas. Dengan itu, pembaca boleh faham keseluruhan jalan cerita dengan baik. 

Permulaan novel ini agak perlahan. Banyak berkisar mengenai kisah Amar dan Rania (adik angkat Amar) yang hendak disatukan tetapi mendapat tentangan daripada Rania. Sedangkan Amar sudah mencintai Rania dan hanya mengikut apa yang tertulis buat dirinya. 


Amar dibesarkan dalam keluarga Dato' Husam setelah diselamatkan daripada perang Bosnia. Selepas 23 tahun, dia sering didatangi mimpi mengenai seekor serigala. Kadang kala dia bermimpi ke satu tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana.

Oleh kerana Amar sering didatangi mimpi begini, Amar memilih untuk ke wilayah Balkan untuk mencari jawapan kepada mimpi-mimpi tersebut. Cerita menjadi semakin menarik dan pace reading meningkat selepas pemergian Amar ke Bosnia. Tak sabar nak tahu kisah di sebalik mimpi serigala, Armel, dan Banja Manggala.

Selain daripada kisah Amar dan serigala, terdapat juga kisah lain dalam novel ini seperti kisah Lamija dan polis veteran Hasanovic. Nak tahu kisah mereka? Boleh baca novel ini ye. Hihi. 
Dalam setiap novel, bab ending adalah perkara yang turut penting sama dengan plot cerita. Sebab dengan membaca ending, pembaca akan memilih sama ada karya ini best atau tidak. Dan aku suka akan ending novel ni. Comel 😍 Dah kenapa pula comel ek? Hihi. 


Jadi macam mana? Tertarik dengan jalan ceritanya. Banja Manggala masih boleh ditempah melalui RAMFC Store, layari www.facebook.com/RAMFCStore atau whatsapp 0164356366

Mahu baca ulasan penuh nove, klik link berikut http://www.siqahiqa.com/2018/06/review-novel-banja-manggala-by-ramlee.html

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin