Ulasan Novel RAM: BANJA MANGGLA oleh D'ulatbuku

Gambar oleh D'ulatb

Nampaknya Novel Banja Manggala terus mendapat tempat di hati para pembaca setia Ramlee Awang Murshid. Walaupun ini bukanlah novel bersiri, berdasarkan maklum balas yang diterima ramai suka dengan jalan cerita berlatarkan Bosnia Hergovina ini.

Untuk pengetahuan semua, untuk memenuhi jalan cerita ini Ramlee Awang Mushid telah ke negara dengan peristiwa berdarah itu semula pada Disember 2017 setelah ke sana pada tahun 2016. Ini antara iniasintif beliau bagi memenuhi citarasa pembaca novel beliau.

Untuk minggu ini, kami berkongsi petikan ulasan dari blog D'ulatbuku yang telah memberi sedikit novel ini. 



Ulasan Novel Banja Manggala oleh D'ulatbuku


'Tuan Ramlee Awang Murshid kembali lagi dengan novel ke-29 beliau bersama Grup Buku Karangkraf. Kali ini beliau tampil dengan kisah fantasi thriller berkisar tentang mitos Banja Manggala - manusia serigala. 

Terdapat beberapa konflik yang menjadi asas kepada kisah ini. Berlatar belakangkan kisah Perang Bosnia yang terjadi sekitar tahun 1995 dan karya ini banyak menceritakan kesan perang tersebut dan pengalaman mereka yang melalui konflik berdarah itu.

Amar, Lamifa adalah antara anak-anak Bosnia yang telah dibawa ke Malaysia setelah diselamatkan semasa perang tersebut. Kanak-kanak ini mengalami trauma yang teruk dan ingatan mereka terhadap peristiwa pahit itu telah terpadam.


Cerita ini dimulakan dengan peristiwa pasukan komando Malaysia menyelamatkan Amar dari kawanan serigala. Prolog cerita telah mula mencetuskan perasaan ingin tahu tentang kenapa akhirnya serigala itu tidak menyerang mereka dan berundur secara aman. 

Kisah diteruskan pada masa kini, watak-watak utama mula muncul memperkenalkan diri. Pembaca diperkenalkan dengan Amar, Rania, Haslinda, Firdaus, Dato' Husam dan Datin Normazlina. Pengenalan watak yang bersahaja bersama karakter masing-masing. 

Terdapat beberapa konflik dalam kisah Banja Manggala ini. Penulis menyusun konflik ini dengan sangat bijak. Berdasarkan pembacaan, dibawah adalah konflik yang dapat dikenalpasti:

1) Amar dan misteri bayangan serigala salji
2) Cadangan Dato' Husam untuk menyatukan Amar dan Rania
3) Lamija yang mencari keluarga kandungnya
4) Misteri kes pembunuhan di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina
5) Penculikan Rania, Haslinda dan Firdaus
6) Amar, Vuk dan dendam Kar

Expected, unexpected. Plot twist yang tidak dijangka. Orang yang kita sangka baik, rupanya bertopengkan syaitan. Kelebihan Amar menyebabkan banyak plot suspen berjaya menipu kita sebagai pembaca. Ingatkan begitu, rupanya jadi begini. 

Cliff hanger karya ini kuat dan mampu menyebabkan pembaca tidak senang duduk selagi tidak bertemu kata penamat. Kisah cinta yang tidak berlebihan, kisah ikatan kekeluargaan yang amat kental dan persahabatan yang jitu. 

Untuk ulasan penuh layari http://dulatbuku.blogspot.com , tapi hanya sesuai untuk mereka tidak kisah akan 'spoiler'. 

Jika tidak mahu baca spoiler, jom dapatkan novel ini di www.facebook.com/RAMFStore, kini dengan ready stok dan kami pos setiap Khamis. Jom ke RAMFC Store hari ini!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota:
Berminat berkongsi ulasan novel Ramlee Awang Murshid dengan kami atau berkongsi pengalaman anda untuk disiarkan di website RAMFC? Email kami tulisan anda ke admin.ramfc@gmail.com ataupun hantarkan mesej anda ke laman Facebook Rasmi RAMFC di www.facebook.com/RAMFC

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin