[#KajunAjakSembang] - #kisah10tahun
Salam malam yang indah buat semua RAMians.
Permulaan April yang sangat bagus dan cemerlang Kajun rasakan.
Di sana sini ada program seni, dan buku adalah antara seni terindah juga amat mengesankan.
Permulaan April juga membawa erti yang tersendiri juga buat Kajun.
Sudah sepuluh tahun, Kajun berkelana dari kampung halaman membajak rezeki di tempat orang.
Dan hampir sepuluh tahun jua, April akan menjadi satu bulan yang penting bukan sahaja buat Kajun, malahan kepada semua pencinta juga penggila buku di seluruh Malaysia.
Tidak keterlaluan kalau diibaratkan, kami amat teruja menunggu Hari Lebaran yang diadakan di ibu negara.
Kenapa?
Kerana dalam Aprillah, akan diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Pesta yang menghimpunkan jutaan pencandu karya-karya tempatan mahupun antarabangsa.
Dan di pesta ini jugalah yang menemukan Kajun dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) buat kali pertama.
Dan bermula detik itu, PBAKL merupakan event wajib Kajun hadiri serta masa untuk berkampung di PWTC setiap tahun.
Bagi 2017, PBAKL akan diadakan pada 28 April - 7 Mei di PWTC.
Semua peminat buku sangat tidak sabar menunggu tarikh keramat tersebut.
Apatah lagi RAMians kan?
Sebab selain daripada bau buku yang asyik memanggil-manggil, Malam Gala Sedekad RAMFC juga akan diadakan.
Jadi, di mana pula kalian berkampung pada tarikh tersebut?
Kalau tidak ke mana-mana, marilah sertai kami.
Penyertaan dah ditutup, tapi cubalah tanyakan admin RAMFC yang bertugas.
Manalah tahu ada rezeki kalian untuk bersama kami pada ketika itu.
Baiklah, itu sahaja daripada Kajun untuk minggu ini.
Perkongsian tentang #kisah10tahun Kajun yang amat indah dan bererti.
Apa pula #kisah10tahun kalian?
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.