[#KajunAjakSembang] - Bicara Emas Yang Mengesankan
Salam sejahtera RAMians semua.
Kajun harap semuanya berada dalam keadaan terbaik dan gembira.
Maaf tak dapat berkongsi rasa dengan kalian minggu lepas.
Kajun terlebih masa untuk kerja-kerja yang memerlukan perhatian utama Kajun.
Dua minggu lepas, Kajun bersama kawan-kawan berkesempatan bertemu dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) dan sahabat beliau, Encik Abid bagi membincangkan pengisian Malam Gala Sedekad RAMFC pada 6 Mei ini.
Walaupun terlibat sebagai JK Induk, Kajun pula yang tak sabar-sabar nak tunggu segala program malam tu.
Harap-harap JK pun dibenarkan untuk sertai, kalau tak nanti melopong ajelah.
Jangan lupa sertai kami tau?
Masih sempat lagi ni.
Semasa bersembang dengan Tuan RAM, Kajun lebih suka menjadi pendengar.
Mendengar segala perkongsian yang dituturkan, sama ada berkenaan buku-buku beliau mahupun kehidupan; amat memberi makna dan mengesankan.
Nasihat serta pesanan yang diberikan akan diingati selagi terdaya, dengan izin-Nya.
Paling mengujakan pabila Tuan RAM masih ingat kisah kali pertama Kajun jumpa beliau.
Aduhai, terharu pula rasanya.
Hehehe.
Tapi begitulah.
Betapa putaran masa serta aturan Tuhan kepada kita sememangnya tidak terduga.
Kajun sehingga sekarang tidak menyangka dapat mengenali secara dekat peri budi seorang ikon seperti beliau.
Mula mengagumi karya beliau semasa masih menuntut dan beralamat tetap di Terengganu, tidak pernah Kajun impikan betapa Tuhan menjadikan suatu yang tidak pernah tersangka, menjadi kenyataan pabila Kajun direzekikan-Nya di bumi Selangor ini.
Tuhan itu sangat baik dan banyak dalam memberi, terasa amat segan kerana tidak sebegitu pula yang dibalasi.
Andai kalian diberi peluang berjumpa dengan Tuan RAM, apakah pesanan/kata-kata yang akan disampaikan kepada beliau?
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.