Sinopsis: Sunan-Nanggroe Sang Kembara
Sinopsis
DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.
Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.
Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.
Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.
Akan berada di pasaran tidak lama lagi.
11 Ulasan
oh yeah!!!
BalasPadamAla bg tau la ble buku ni nak kua da x sbar ni
BalasPadamBile bleh dapatkn dipasaran ye. Dlm bulan berape ye...
BalasPadamNak tanyalah, novel yang ini cetakan semula novel Laksamana Sunan yg dulu2 ke?
BalasPadambersambung ke?aduh..
BalasPadamsaya nak tahu adakah novel ini sambungan drpd novel sblm ni sang ratu??
BalasPadamAlhamdulillah ,dah 13 buah buku koleksi Ramlee AWANG Murshid! Yeahhh ,tak sabar nak kumpul lagi 10 .SUKA SUKA SUKA
BalasPadamBile nk kluar smbongannya..tak sabar nk bce lgy nie..huhu..
BalasPadamNovel ni sambungan ke atu penceritaan semula atau episod awal sebelum bagaikan puteri?? Ramlee Awang Murshid!! Jangan nokhtahkan perjalanan saifudin dalam novel Sunan Musafir
BalasPadamDah tak sabar menunggu sambungannya...
BalasPadamKnp bukunya ade sambungan...ke ad sunan II ke???da BCE tp bersambung..best...alhamdulillah thriller novel sunan sume da BCE kcuali magis
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.