SUKA DUKA KELUARGA RAMFC 2013

Arakian, takwim RAMFC 2013 melabuhkan tirainya dengan pelbagai coretan kisah suka duka dalam keluarga besar Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC). Jalinan ukhuwah atas minat yang sama jua semakin kukuh.

Memulakan kalendar tahun 2013, seawal 1 Januari kami telah berkumpul di rumah tuan Web Sutera untuk menemani beliau dalam sesi temuramah bersama akhbar Kosmo. Temuramah khusus meraikan beliau dan Sempoii Morok sebagai antara peminat tegar yang berjaya mengumpulkan karya-karya tuan Ramlee seawal Igauan Maut edisi pertama 1995. Temuramah di rumah beliau turut diserikan dengan kehadiran tuan Ramlee dan isteri. Selain membawa 'pot luck' sendiri, kami turut dijamu dengan juadah lazat yang disediakan oleh isteri kesayangan tuan Web Sutera; Chef Lusiana Adnin.

Selain kosmo, baru-baru sekali lagi Sempoii Morrok menjadi perhatian ramai RAMians kerana kisah beliau terpampang di akhbar Harian Metro.

 

Dan akhbar-akhbar perdana dan majalah tempatan terus menyiarkan pelbagai kisah mengenai tuan Ramlee Awang Murshid sepanjang tahun 2013.

 clip_image002

Tanggal 19 Januari, aktiviti keluarga RAMFC diteruskan lagi dengan program Baca@LRT bermula dari terminal LRT Gombak hingga ke terminal LRT Taman Jaya (Amcorp Mall). Peminat-peminat tuan Ramlee Awang Murshid memilih satu novel beliau untuk dibaca sepanjang perjalanan itu. Destinasi penamat, Taman Jaya dijadikan tempat berkumpul dan pemberian sijil kepada para peserta dilakukan oleh tuan Ramlee sendiri.

clip_image004clip_image006

Aktiviti wajib dibulan Februari adalah Karnival Karangkarf. Memulakan Karnival Karangkraf tahun ini, 5 orang hardcore RAMFC iaitu Elle Syeila, Noorhafiza Izura, Noni Zainuddin, Siti Zadatun Naziah dan Cik Hani telah melibatkan diri dengan program bersama Ilham pada hari Jumaat 1 Februari. Selain RAMFC, grup buku lain yang sama memeriahkan majlis adalah Geng Gila Novel, Geng Hantu Novel Alamaya dan banyak lagi.

Khemah ‘Aku Bercerita’ yang unik juga sentiasa dipenuhi peminat yang mahu bergambar dan mendapatkan tandatangan tuan Ramlee Awang Murshid.

Tuan RAM juga sudi memenuhi jemputan pihak Institusi Pendidikan dalam forum-forum berkaitan dunia penulisan. Antara forum di Politeknik Shah Alam pada 20 Mac 2013.

MT RAMFC juga tidak  serik menemai penulis kesayangan ramai dalam beberapa sesi temui mesra sepanjang tahun ini antaranya di  Kolej Uniti, PD pada 2 Mac (Sabtu) bersempena dengan Karnival Uniti dan Karangkraf. Beberapa orang hardcore dari KL dan Johor yang berkelapangan juga telah sanggup turun padang untuk menemani tuan Ramlee dan berjumpa dengan peminat Kelab RAM di negeri itu.

Berikut adalah catatan bergambar tidak berkronologi:

20130224_111335    Tuan RAM melancarkan kad mykarangkraf di eskpo buku Islam.

IMG_0019 Penasihat RAMFC Attok Dikulgai mendeklamasi sajak sempena Sambutan Ulangtahun Buku Jalanan Titi di Taman Tasik Titiwangsa

Raya Haji di Rumah Pemerhati Tetap RAMFC-Tuan Web Sutera

Sesi temu mesra di Kuantan, Pahang

Menyertai carbook sales di Perpustakaan Negara.

Novel-novel terbitan tahun 2013

Igauan Maut Cetakan Ke-2. Dijual hanya di RAMFC dan laris habis.  

 

Aku Bercerita Novel ke –25 karya Tuan RAM

Magis novel Ke-26

PBAKL 2013

 

Sekali lagi, bersempena dengan PBAKL, tuan Ramlee dan MT RAMFC buat julung kalinya, bekerjasama dengan Kota Buku, PTS & Baca@LRT menganjurkan Forum bertajuk Menjadi Penulis Sepenuh Masa pada 27 April dan berlanjutan dengan sesi temu mesra pada 4 Mei. Walaupun tiada buku baru bersempena pesta buku kali ini namun peminat yang mahu bertemu mesra dengan beliau masih setia menunggu seawal jam 11 pagi.

clip_image008

Tanggal 18 Ramadan bersamaan 27 Julai, Iftar bersama tuan Ramlee Awang Murshid di Bangi Golf Resort Restaurant telah dilaksanakan. Sesi ramah mesra dan juga esklusif preview novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul 'Magis' telah dibongkar pada Majlis Iftar kali ini.

Sehari sebelum majlis iftar, beberapa wakil RAMFC telah melibatkan diri dalam aktiviti Sahur di Jalanan anjuran bersama Kelab Sosial Marcomm UPM dan Geng Jurnal.

sampul raya

Bersempena dengan Ramadan tahun ini juga, MT RAMFC telah mengeluarkan sampul duit raya khas dengan logo kelab dan dijual secara online. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan. Baru beberapa jam iklan jualan sampul dinaikkan di Pages, inbox admin telah dipenuhi dengan tempahan sehinggakan iklan jualan terpaksa ditutup. Insya Allah, untuk tahun hadapan, kami akan cuba mengeluarkan lebih lagi sampul untuk kalian semua. Selain sampul duit raya, kami meneruskan keluaran edisi terhad tshirt-tshirt RAMFC bersempena keluaran novel seperti Aku Bercerita dan yang terbaru Magis selain dari cenderahati Button Badge, Fridge Magnet, Mug dan banyak lagi.

Bersempena dengan Syawal pula, jalinan ukhwah antara peminat diteruskan dengan BBQ Aidilfitri di kediaman ibu pengasas kelab RAMFC, Cik Elle Syeila. Pelbagai juadah yang lazat telah disediakan dan pastinya dengan menu utama: BBQ ayam & daging!

clip_image010

7 September, hardcore mengambil kesempatan bersarapan bersama tuan Ramlee Awang Murshid di Bangi sempena meraikan siri 1 novel bersiri MITOS yang diterbitkan setiap Sabtu di dalam sisipan Inspirasi Berita Harian..

clip_image012clip_image014

 

 

Tagline novel terbaru “Yang tak masuk akal boleh berlaku disini” telah mengubat kerinduan peminat tuan Ramlee. Majlis pelancaran novel ke 26 beliau telah disempurnakan dengan meriahnya pada 5 Oktober di perkarangan Karangkraf bersempena dengan Jualan gudang. Kemunculan 5 watak utama telah mencetuskan keterujaan di kalangan peminat watak-watak itu sendiri. Jutaan terima kasih kepada murid tahun 6 Sek Keb Kampung Jawa 2 kerana telah berjaya menjiwai watak-watak hero itu. Terima kasih jua kepada peminat-peminat yang turut sama bekerjasama dengan kami yang digelar ‘cheerio’ .

clip_image016

Novel ‘Resepi Dari Kubur’ karya novelis Ahadiat Akashah telah menjadi pilihan tuan Ramlee untuk program ‘Borak Buku Bersama Ramlee Awang Murshid’ anjuran Biro Penulis Muda PENA & Alumni MPR dengan kerjasama RAMFC pada 20 Oktober di Coffee Bean, KL Sentral. Ia membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Dijalankan secara santai, kami hanya borak-borak tentang buku  Tuan Ahadiat dan juga sedikit cerita terkini dari Tuan Ramlee sendiri sambil minum kopi. Acara terbuka dan percuma ini telah diserikan dengan kehadiran Pn Norhayati Fauzi, isteri tuan Ahadiat.

Pada 24 November, beberapa orang MT RAMFC telah menyertai secara berkumpulan acara ‘Batik Fun Walk’ di Matic, Jalan Ampang. Kami berpeluang bergambar mesra bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin. Azam kami pada 2014 untuk membawa lebih penyertaan dari RAMFC bagi memberi sokongan kepada program kebudayaan dan kemasyarakatan seperti ini.

WP_20131129_017 WP_20131129_030 WP_20131129_034 Camera360_2013_11_29_125447  6tag_021213-195008

Kemuncak aktiviti RAMFC pada tahun ini dan menjadi antara kenangan terindah dalam keluarga besar ini adalah semasa program ‘Kembara Menjejak Ejim’. Kembara kami ke bumi kelahiran tuan Ramlee dari 29Nov-2Dis telah memberi peluang kepada kami untuk mengenali keluarga beliau. Seawal bumi bertuah itu kami jejaki, kami disambut oleh beliau sendiri di Terminal 2, Kota Kinabalu. Terus kami di bawa ke Teruntum dan Papar, melihat kawasan di mana beliau dilahirkan dan dibesarkan. Kami juga telah berkesempatan bertemu dengan keluarga beliau di Kampung Air Mempagut dan sambutan yang telah diberikan oleh tuan Awang Murshid selaku tuan rumah sangatlah dihargai. Pelbagai juadah hidupan laut yang sangat segar telah dihidangkan kepada kami. Terima kasih buat keluarga tuan Awang Murshid kerana sudi menerima kehadiran kami. Budi tuan dan keluarga, hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

clip_image018

Keesokan harinya, sesi temu mesra bersama peminat di Popular Centre Point telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Betapa terujanya peminat beliau yang sudah lama menunggu sesi temu mesra sebegitu diadakan di sana.

clip_image020clip_image022

Kembara bersama tuan Ramlee bersambung lagi..kali ini ke bumi Hang Li Po. 2 orang ahli KELABRAM telah mengembara bersama beliau iaitu saudara Attokz Dikulgai dan Noni Zainuddin. Sepanjang pengembaraan bersama beliau dan keluarga, banyak cerita yang telah dikongsikan. Antaranya pengalaman beliau semasa bertugas di RTM, kehidupan beliau semasa membesar dan pertemuan awal beliau dan isteri. Sememangnya, kenangan pengembaraan di Beijing akan menjadi kenangan terindah buat kami di tahun 2013 ini.

Kemuncak aktiviti RAMFC di tahun 2013 adalah ‘Book Swap’. Dianjurkan buat pertama kalinya di Taman Tasik Jaya PJ, program ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Kami berazam untuk meneruskan program ini pada masa hadapan sebagai sumbangan kami kepada khalayak pengemar buku.

Kami mengucapkan terima kasih kepada sokongan rakan-rakan yang juga adalah para peminat Ramlee Awang Murshid kepada beliau dan juga RAMFC. Tanpa sokongan padu anda, tidak mampu untuk kami meneruskan pengurusan kelab ini. Semoga kita dapat berjumpa di aktiviti akan datang.

Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Grup Buku Karangkraf terutamanya dari Tim penerbit Alaf21 kerana kepercayaan, kerjasama dan sumbangan yang telah kami terima mahupun telah kami berikan sepanjang 2013. Juga tidak lupa kepada Pengurusan Kota Buku, Biro Penulis Muda PENA, Buku Jalanan Titi, Geng Giler Novel, Baca@LRT , Grup Gerakan Membaca Sambil Menunggu dan lain-lain atas kerjasama atau timbal balik dalam aktiviti-aktiviti kita sertai bersama-sama. Semoga kita bekerjasama di tahun 2014.

Nantikan Sunan Prolog & Raudah tahun 2014.

Disediakan oleh: Noni ‘Raudah’ Zainuddin

Share:

1 Ulasan

  1. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti RAMFC. Semoga tahun 2014 akan lebih kemeriahan nya

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin