Siapa Panglima RAMFC pilihan anda?
*Pertandingan ditangguh sehingga diberitahu kelak.
Panglima RAMFC? Apakah ini?
Pencarian personaliti-personaliti baru dikalangan peminat novelis Ramlee Awang Murshid dalam usaha meneruskan kebelangsungan dan legasi, Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC), kini sedang dibuka. Personaliti-personaliti ini nanti akan dapat meneruskan usaha menyatukan peminat-peminat novelis Ramlee Awang Murshid di bawah satu payung. Selain memberi info terkini, personaliti-personaliti ini akan melayan pertanyaan peminat bagi pihak novelis Ramlee Awang Murshid dan turut terlibat dalam perancangan aktiviti RAMFC.
Justeru, untuk meneruskan usaha murni ini, Majlis Tertinggi RAMFC ingin mencari moderator-moderator baru bagi RAMFC untuk mengendalikan :
b) Pages sekutu RAMFC dirangkaian Facebook
c) Kemaskini artikel dilaman web rasmi RAMFC
Calon-calon moderator ini akan bergelar Panglima RAMFC. Pencarian moderator ini berformat pertandingan. Pemenang pertandingan selaku juara akan menjadi ‘Laksamana RAMFC’ dan layak untuk menjadi moderator. Calon moderator yang lain juga akan turut berpeluang dipilih menjadi moderator mengikut populariti, efisyen & komitmen (tanpa melibatkan sebab peribadi) mengikut keputusan juri.
Pertandingan akan diadili dengan 60% juri profesional yang terdiri dari ‘hardcore RAMFC’ & juri jemputan. Selebihnya melalui undian umum secara ‘poll’ di Fan Pages rasmi dirangkaian sosial Facebook.
Berikut adalah maklumat mengenai pertandingan:
Nama Pertandingan : Gerangan Siapakah Panglima Pilihan RAMFC?Syarat-syarat Pertandingan:
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Julai 2011
Tarikh Pertandingan : 1 Ogos – 14 Ogos 2011
- Berusia 18 tahun ke atas
- Lelaki atau perempuan
- Warganegara Malaysia
- Merupakan peminat karya Ramlee Awang Murshid
- Mempunyai akses internet tanpa had
- Menetap di Malaysia
- Boleh menulis mengunakan Bahasa Melayu dengan baik (dalam penggunaan Bahasa Melayu Standard – BMT)
- Tidakdigalakkan untuk mencampur aduk Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris/Bahasa lain/Bahasa Slanga/Bahasa SMS.
- Berupaya mengarang artikel dengan baik
- Mengikut undang-undang negara dan hukum syariat (bagi calon moderator beragama islam)
- Mengikut syarat-syarat lain yang akan tertakluk kepada sebarang perubahan
1. Maksimum 10 orang calon moderator akan dipilih berdasarkan kepada penyertaan
2. Calon moderator akan diminta :
2.1 Membuka topik baru dalam Fan Pages RAMFC dan pages sekutu RAMFC
dirangkaian sosial Facebook
2.1.1 Terhad kepada 1 (SATU) topik sehari untuk seorang calon moderator
2.1.2 Idea utama kepada topik tidak berulang dengan topik calon moderator
yang lain atau pun topik-topik yang sudah klise/kerap di utarakan
2.1.3 Menggunakan Bahasa Melayu Standard – BMT
2.1.4 Tidak digalakkan untuk membuat pautan terhadap laman/blog lain
2.2 Memberi respon kepada semua pertanyaan, penyataan dan diskusi dalam Fan Pages
RAMFC dan pages sekutu RAMFC dirangkaian sosial Facebook.
2.2.1 Tiada had dalam memberi respon
2.2.2 Elakkan memberi jawapan/respon yang sama seperti calon moderator lain
yang telah terlebih dahulu memberikan respon. Jika keadaan ini berlaku,
sila padam respon anda.
2.2.3 Memberi respon dengan matang, sopan dan tidak melibatkan emosi
2.2.4 Setiap respon mestilah tidak menyentuh sensitiviti individu lain, agama,
fahaman politik dan negara
2.2.5 Sentiasa menjaga keharmonian antara ahli
2.3 Menulis resensi karya Ramlee Awang Murshid mengikut tajuk novel yang akan
dimaklumkan kelak
3. Markah akan dikira pada hujung pertandingan.
Hadiah
Hadiah-hadiah yang menanti anda.
Tempat Pertama
- Baucar Buku bernilai RM50
- Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM30
- Sebuah Buku ‘Buat Duit Dengan Katering’ yang ditulis oleh ‘Web Sutera’ yang merupakan Naib Presiden RAMFC
- Album ‘Jalan’ dari Kumpulan Society yang mengandungi lagu ‘Sutera Bidadari’
- Menjadi Moderator tetap RAMFC
Tempat Kedua
- Baucar Buku bernilai RM30
- Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM20
- Sebuah Buku ‘Buat Duit Dengan Katering’ yang ditulis oleh ‘Web Sutera’ yang merupakan Naib Presiden RAMFC
- Album ‘Jalan’ dari Kumpulan Society yang mengandungi lagu ‘Sutera Bidadari’
- Menjadi Moderator tetap RAMFC
Tempat Kedua
- Baucar Buku bernilai RM20
- Hamper Buku Sumbangan RAMFC bernilai RM10
- Sebuah Buku ‘Buat Duit Dengan Katering’ yang ditulis oleh ‘Web Sutera’ yang merupakan Naib Presiden RAMFC
- Album ‘Jalan’ dari Kumpulan Society yang mengandungi lagu ‘Sutera Bidadari’
- Menjadi Moderator tetap RAMFC
* Untuk maklumat semua, menjadi moderator di kelab ini adalah sebuah kerja sukarela. Namun keistemewaan yang akan dengan sendiri selain pengalaman berharga.
Cara Penyertaan.
Kepada berminat menyertai, sila hantarkan maklumat berikut :
=============================================================
Maklumat Peserta
Nama penuh :
No Telefon :
Alamat :
ID Facebook :
Tempat Asal:
Hobi :
Pekerjaan :
Meminati RAM sejak bila (tahun):
Buku RAM yang mula dibaca :
Kenapa meminati novel karya Ramlee Awang Murshid:
Gambar anda untuk rujukan kami.
=============================================================
(sila copy bahagian ini ke dalam email anda)
Hantarkan ke admin.ramfc@gmail.com dengan tajuk ‘Saya Mahu Jadi Panglima RAMFC’ . Kami menanti penyertaan anda.
1 Ulasan
menarik. nk jd pengundi (^_^)v
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.