Sekitar Pelancaran Album - Society

278998_2210987444224_1533630276_32460254_3655604_oDemam Sunan semakin parah, kini dalam bentuk sebuah lagu. Siapa yang sudah menonton trailer Sutera Bidadari akan mengenali lagu ini. Kini lagu tersebut sudah dipakej dalam bentuk album. Lagu diIMG_4601maksudkan adalah bertajuk ‘Sutera Bidadari’ itu yang juga mengambil dari tajuk yang sama dari siri novel Laksamana Sunan.

Lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Society yang diketuai Meor Yusof Aziddin. Kumpulan yang berasal dari pemuzik jalanan atau ‘busker’ telah memuatkan lagu Sutera Bidadari dalam album pertama mereka berjudul ‘Jalan’.

Dipetik dari portal hiburan Gua - Society hari ini dianggotai oleh Meor selaku penerbit, penyanyi dan gitar utama, Amin Iskandar selaku pemain gitar akustik dan penyanyi manakala penyanyi utama mereka Daiyan Trisha.

RAMFC telah dijemput menhadiri majlis pelancaran album tersebut di  ASWARA, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berikut adalah gambar sekitar Majlis Pelancaran yang dirasmikan oleh yang berbahagia Dato’ Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa. Turut memeriahkan beberapa barisan artis undangan.

IMG_4574 IMG_4577

IMG_4587 IMG_4583

IMG_4584 IMG_4585

Suasana ketika persembahan di Majlis Pelancaran Album Jalan – Society.

IMG_4602 IMG_4611

Ketika sesi tandatangan album, gambar kanan adalah penyanyi utama iaitu Daiyan Trisha & gambar sebelah kiri adalah Meor iatu penyanyi lagu Sutera Bidadari.

IMG_4616 IMG_4615

Sempat beramah mesra dengan penulis lirik lagu Sutera Bidadari iaitu Tuan Ramlee Awang Murshid serta cahaya mata beliau Aizuddin.

      IMG_4614                         IMG_4599

Album Jalan memuatkan 10 buah lagu. Sebuah album berharga RM25. Untuk mendapatkan album ini anda boleh menhantarkan email ke alamat admin.ramfc@gmail.com dengan tajuk ‘beli album’.  Caj pos akan dikenakan.

IMG_4600

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin