Sinopsis Sutera Bidadari
Tajuk : Sutera Bidadari
Penulis : Ramlee Awang Mursyid
Harga : RM22.00
Sinopsis
Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
Dapatkan Sutera Bidadari berhampiran dengan tempat anda atau secara online melalui RAMFC. RAMFC menjual Novel dalam Pakej Sutera Bidadari bersama-sama Topi RAMFC. Dapatkan hari ini. Klik sini untuk membuat pesanan segera!
6 Ulasan
ader sambungan laksamana sunan k lps nie???
BalasPadammestila ada sang ratunya@ratna telah kembali....sebagai sang dewi...
BalasPadammestila ada sang ratunya@ratna telah kembali....sebagai sang dewi...
BalasPadamalarh masih sambung lagi ke...pe pun janji sang ratu a.k.a is back..so sweet klau this couple back 2gether..cant wait.yelah..nk sngt heroin mncul..hrap2 they r meant 2gether..cheewah
BalasPadamchaiyo..RAM!
mne nk dpt novwl ni ..
BalasPadamtak jumpe laaaaaaaaa :(
*help
yeah~ hope sang ratu kmbali!! miss betul couple ni! RAM please! lets Saifuddin have his own happiness!!
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.