Sekitar Pelancaran Sutera Bidadari

ha ha hum….itulah zikir nafas yang dilakukan oleh sekumpulan Drakul, watak antagonis dalam sekuel terbaru dalam kisah hero klasik seorang Laksamana. Laksamana yang sudah menjadi igauan & pujaan ramai anak dara dan tidak kurang juga mak si dara. Si lelaki pula mengidolakan kepahlawanannya dan keperibadiannya.

Watak yang dicipta mencontohi akhlak dan sifat Rasulallah S.A.W dan kependekarannya pahlawan melayu dahu kala berjaya menambat hati puluhan ribu rakyat Malaysia. Boleh dikatakan sebuah fenomena dalam dunia buku, ia turut menyebab penulis novel ini yang sepatutnya mengakhirkan novel pada sekuel ketiga lantas menyambungnya jua hingga buku ke lima atas desakan peminat-peminatnya. Mungkin laksamana inilah ‘superhero’ Malaysia yang kita cari-cari selama ini. Mampu hidup dalam dua zaman dengan izin dari Allah S.W.T. Tidak kebaratan dan penuh islamik. Tidak angkuh mahupun tamak. Tidak futuritik tapi tidak juga makan dek zaman. Paling penting sangat dekat di hati peminatnya.

Saifudin Jalis atau digelar Laksamana Sunan muncul kembali dalam novel yang ditunggu-tunggu; Sutera Bidadari.  Babak yang dilakon oleh sukarelawan RAMFC dalam Majlis Pelancaran Sutera Bidadari sebenarnya tidak ada. Hanya interpritasi dari sekumpulan peminat Epik Laksaman ini. Mungkin ada kekurangan dari segi audio atau persembahan visual, tapi yang nyata mereka puas kerana mereka kini antara yang berada dalam ceritera itu.

       

Gambar dipetik dari laman Alaf21

Majlis yang ditonton sepatutnya diadakan secara sponton rupanya dinanti-nanti oleh para peminat atau lebih tepat para ahli kelab peminat Ramlee Awang Murshid seawal jam 11 pagi lagi. Walaupun sepatutnya majlis bermula pada pukul 12 tengahari. Ini membuat banyak rancangan berubah di akhir masa. Kami redha dan bersyukur dengan atas perhatian di berikan.

Terima kasih kepada Faizal Yahya yang sudi membawakan watak seorang Laksamana, susuk dan wajah beliau nampak dekat kepada watak tersebut. Dengan langkah pada mulanya serba tidak kena akhirnya menjadi jua.

Walaupun kami tidak menawarkan imbuhan yang tinggi cuma sekadar sarapan dan makan tengahari namun berjaya menarik lebih 30 orang sukarelawan untuk menyertai sesi persembahan sempena pelancaran Sutera Bidadari. Kami sangat terharu atas keringat yang dicurahkan. Penat dan lelah anda semua tidak dapat dibalas.

Syabas juga kepada AJK pelancaran Sutera Bidadari kali ini yang diketuai oleh Saudari Fiza Izura. Kerja keras akhir terbayar apabila acara menerima tepukan gemuruh. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Grup Buku Karangkraf Pn Firdaus dengan diiringi Puan Sri Diah

Selain persembahan sukarelawan, anda juga ditayangkan dengan trailer Sutera Bidadari dengan iringan lagu yang didendangkan secara langsung oleh penyanyinya iaitu Meor Yusuf Aziddin. Lagu dicipta penyanyi sendiri dan lirik oleh Ramlee Awang Murshid bakal direkod pada penghujung bulan Mei ini. Trailer ini pula dibikin oleh artEM pire Studio dikhabarkan dalam proses pembincangan menerbitkan salah satu daripada novel tulisan Ramlee Awang Murshid.

Gambar Pembaca Pertama Yang Mendapatkan Edisi Khas Sutera Bidadari

RAMFC sekali lagi ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja kami seperti berikut:

  1. Grup Buku Karangkraf selaku Penaja Acara
  2. Barangan berjenama Jane Holli iaitu Penaja Hadiah VIP & Pembaca Bertuah.
  3. Hotel Concorde Kuala Lumpur - penaja hadiah pembaca bertuah
  4. Inner Secrets Detox Centre Pavillion – penaja voucher rawatan detox secara percuma untuk sukarelawan
  5. Din’s Taekwondo – Penaja Makan Tengahari & Sarapan untuk Sukarelawan RAMFC
  6. Puan Linda Amri –  Penaja Makan Tengahari & Sarapan untuk Sukarelawan RAMFC
  7. Beliamuda.com – Penaja Makan Tengahari & Sarapan untuk Sukarelawan RAMFC
  8. Lusiana Catering – Penaja Kek Pelancaran Sutera Bidadari

Dengan ini kami juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada individu berikut yang mendapatkan penajaan untuk kami iaitu Pn Lina, Pn Sabby Zain, Pn Julini Yusof, Pn Mazlina & Encik Muhammad Hanifi. Kami berharap sokongan para penaja dapat membuka ruang luas untuk RAMFC terus beraktiviti.

Selain nama-nama di atas, kami mengucapkan terima kasih kepada Grup Buku Karangkraf yang terus memberi kepercayaan kepada RAMFC terutamanya kepada:

  1. Pn Firdaus – Penerbit Eksekutif Grup Buku
  2. Puan Sri Diah Sharuddin – Pengurus Kanan Penerbitan

  3. Puan Sharah Ibrahim – Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran

  4. Tuan Raja Shaifizal – Pengurus Promosi Penjenamaan

  5. Puan Saadiah Mohamed – Ketua Editor Alaf21

dan juga rakan-rakan dari Grup Buku sendiri. Semoga kerjasama dapat diteruskan pada masa-masa akan datang selain dapat membantu mempromosi buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf kepada umum.

Memetik kata-kata penulis Tuan Ramlee Awang Murshid, “jika di dalam laman sesawang kelab dinyatakan bahawa ‘akhirnya menemui jalan pulang’ sebenarnya Sunan tidak pulang kemana-mana pun, cuma bergantung pada sambutan novel kali ini, jika sambutan terus mengalakkan sunan akan bermusafir” .

Jadi bagi yang belum mendapatkan Sutera Bidadari, sila dapatkan sekarang di kedai buku berhampiran anda. Kini di pasaran seluruh Malaysia. Selamat mengembara kembali bersama Laksamana Sunan.

Share:

2 Ulasan

  1. huhu malang sungguh saya terlewat sampai setelah tersekat lama dipintu masuk sebab terlalu ramai org tup2 sampai kat dewan majlis dah berakhir lg haru sy selisih dgn RAM dipintu masuk dewan,beliau nak keluar sy pulak nak masuk..sgt kecewa punyala mmg niat nk sgt join huhu nak buat cemana takde rezeki apa2 pun ttp enjoy dpt baca sutera bidadari.

    BalasPadam
  2. 30 April 2011...
    genap umur 19...
    da sampai PWTC pukul 11.45am cam tu..
    tp....T_T
    xdapat masuk... parking xder langsung...
    raser cam nk nangis je waktu tu...
    hadiah birthday yang paling menyedihkan...
    hurm.... xder rezeki... ap boleh buat...dengan RAM pown xdpt jumper...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin