Pelancaran Sutera Bidadari – 30 April 2011

Salam semua,

Sutera Bidadari kini sudah boleh dimiliki mulai 22 April yang lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sehingga 1 Mei 2011  di Karangkraf Mall, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC dengan diskaun 15 peratus. Hanya akan diedarkan di seluruh Malaysia setelah PBAKL berakhir.

Bersempena dengan itu, Majlis Pelancaran Novel Sutera Bidadari akan diadakan pada 30 April 2011. Anda semua di jemput hadir.

promosi-sutera bidadari2

Edisi Terhad

Buat pertama kalinya, Grup Buku Karangkraf menawarkan Edisi Terhad Sutera Bidadari  dalam versi Kulit Keras. Versi hanya boleh didapati pada hari pelancaran Sutera Bidadari. Ini adalah peluang keemasan kepada pengemar Novel Laksamana Sunan ini. Jadilah antara 300 yang bertuah memilikinya.

56348_473644554470_561074470_5918929_6518494_oSesi Autograph

Selain hari pada masa pelancaran, anda juga boleh mendapatkan autograph Ramlee Awang Murshid seawal jam 10 pagi pada 30 April & 1 Mei 2011 nanti. Dapatkan tandatangan beliau bersama chop rasmi RAMFC.

Cenderahati RAMFC

Kepada yang memiliki 350 tshirt RAMFC Edisi Awan & 9 Nyawa, jangan lupa mengayakannya pada hari Sabtu ini ketika pelancaran. Kami inginmelihat penyokong-penyokong kuat Ramlee Awang Murshid menyerlah antara ribuan yang akan datang.

RAM-FAN-CLUBKepada yang terlepas memiliki cenderahati RAMFC, RAMFC juga menawarkan cenderahati baru iaitu topi RAMFC pada harga RM20 pada 30 April & 1 Mei sahaja dengan tawaran ‘selagi stok masih ada’.  Dapatkan ia melalui AJK RAMFC yang berkemeja oren.

Tshirt Sutera Bidadari

Selain topi, pihak Grup Buku juga ada menjual cenderahati istimewa Tshirt Sutera Bidadari pada harga RM30.oo. Cenderahati ini boleh didapati di booth cenderahati Karangkraf Mall sepanjang berlangsungnya PBAKL.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Sutera Bidadari & kami ingin menyampaikan pesan Laksamana Sunan ‘ Sudikah Kau Menerima Tawaranku?’

Share:

8 Ulasan

  1. Alaaa...nak buku edisi terhad..tapi sy kat kelantan sekarang ni..ruginya..sob sob

    BalasPadam
  2. bestnyaaa....hujung minggu ni kena terjah nih...sure ramainya umat nanti.

    BalasPadam
  3. tau xpe..sy kat ganuu..cmne nak dapatkan novel limited edition tuh..waaa

    BalasPadam
  4. great!yeay.lame da tggu.haha x sbar da ni nak bli.

    BalasPadam
  5. Salam. Saya baru usai membaca Sutera Bidadari. Sangat mengasyikkan. Terima kasih kerana memberikan garapan yang sangat baik bagi 5 buah novel berkisar Laksamana Sunan ini. Mengajar saya erti kasih pada-Nya mengatasi segalanya.

    Prahara cinta Sunan

    Berpuput bayu Selat Melaka

    Bersandar munajat Ilahi

    Bersulam tawakal pada-Nya

    Sungguh mengasyikkan

    Musyaf cinta ini

    Bersama kenderai kasih

    Aku berikan pada-Mu

    Sungguh aku kerdil

    Amat....

    BalasPadam
  6. x sbar tunggu novel ni keluar kat pasaran.

    BalasPadam
  7. waaahhh...dh pegi dh hari tu..skali jumpa Ramlee kat luar, terus amik sign dia..sgt exclusive dn personal bg saya..best2!

    BalasPadam
  8. bila lg bley jmpa RAM nie??huhu sdeynyerr.....nk jmpa...bila lg ada pameran buku cmnie nie???

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin