RAMFC DE' FUTSAL 2009
Assalamualaikum
Laporan Penuh RAMFC De' Futsal
Lokasi : Samba De' Futsal
Masa : 1400
Tarikh : 8 Ogos 2009
Alhamdulillah aktiviti futsal yang dirancangkan tidak sampai sebulan, berjaya dilangsungkan dalam suasana ringkas tapi meriah. Setiap peserta dialu-alukan dengan cenderahati yang ditaja oleh Alaf 21 & pihak penganjur. Cenderahati yang menceriakan para peserta itu adalah senaskah novel sumbangan daripada Alaf 21 dan 'plak' yang comel pula sumbangan daripada RAMFC yang mengambil nukilan mushaf Laksamana Sunan.
Walaupun tanpa kehadiran Abang Ramlee Awang Murshid, aktiviti futsal pada petang sabtu tetap berlangsung mengikut jadual. Selain daripada itu, para peserta jugak dijamu dengan makanan ringan seperti puding roti, karipap dan juga air sirap berperisa 'sarsi' yang telah disumbangkan oleh ahli-ahli RAMFC. Setinggi terima kasih diucapan budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.
Aksi permainan futsal dimulakan dengan pembahagian pasukan oleh Papa Ibad (merangkap pengadil yang adil lagi saksama). 2 pasukan akhirnya terbentuk. Pasukan diketuai oleh Abang Web menentang pasukan yang diketuai oleh pasukan Abang Long. Perlawanan berlangsung dengan suasana ceria & penuh gelak ketawa. Pelbagai aksi dipertontonkan pada hari itu, ada yang berlanggar sesama sendiri, ada yang hampir pitam, ade bersorak sahaja, ada yang bermain secara ganas manja dan banyak lagi.
Setelah berhempas pulas menghadapi perlawanan yang sengit bagaikan pertarungan hidup dan mati, seumpama melangsaikan dendam kesumat yang sudah bertahun terbuku dihati, akhirnya pertarungan sengit itu ditamatkan dengan kemenangan mutlak berpihak kepada pasukan Abang Web. Pasukan Abang Web menang dengan jaringan 12 berbalas 10.
Seterusnya, upacara penyampaian hadiah & sijil-sijil untuk para peserta dan juga amanat-amanat daripada dua penasihat, Abang Long mewakili Alaf21 FC dan Attoks selaku penasihat bagi RAMFC. Ucapan terima kasih jugak untuk Cik Osh kerana sudi menjadi pengacara majlis pada petang tu. Seterusnya kami menghabiskan masa dengan bersuai kenal disebuah restoran. Kemesraan dan uhkhuwah jelas terbayang dalam pertemuan singkat itu.
Namun setiap yang bermula akan tetap berakhir, pertemuan selama 5 jam pada petang itu berlalu bersama terbinanya sebuah kenangan yang terindah buat kami semua. Yang pernah berjumpa sudah terubat kerinduan, yang baru berjumpa kerinduan pasti menjelma apabila semuanya hilang daripada mata.
Lantas gamitan rindu terubat dengan mengimbau kenangan terindah pada petang itu dengan warna warni aksi kami yang terhidang pada hamparan dibawah ini dan laporan diakhiri dengan pantun dibawah.

Intai Padi Antara Nampak,
Esok Jangan Layu-Layuan,
Intailah Gambar Ini Antara Nampak,
Supaya Hilang Rindu-Rinduan..
Esok Jangan Layu-Layuan,
Intailah Gambar Ini Antara Nampak,
Supaya Hilang Rindu-Rinduan..
Tags:
aktiviti kelab
futsal
14 Ulasan
(merangkap pengadil yang adil lagi saksama)<---Adil, adakah adil, hahahhaha....hanya tuhan yang tahu....pengsan jea
BalasPadammuahhahahahhaha ... knpkah gamba aku ngan ibad tu besoo sgt.. chop!
BalasPadam(merangkap pengadil yg adil & saksama) >>>> aku x pecaya!!!
terima kasih buat mereka yg hadir bg memeriahkan aktiviti pd hari tersebut. kami di RAMFC mengalu-alukan kehadiran yg lebih ramai utk aktiviti2 yg akan datang..
glamer lagi i minggu ni.. buat sesiapa yg x dpt dtg & atau cuma anto roh jee.. lihatlah betapa seronoknya kamii.. larikkkkkkkk
adil sangat pengadil tu kan... pengadil yg sibuk nak main sama. tak pernah dibuat org pengadil tiba2 nak bermain jugak. layan kan jelah..sian lak tgk muka dia beria-ia nak main...ahaaksss
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamMengikut undang-undang FIFA, para pemain tidak dibenarkan mengkritik pengadil.
Nasib baik pengadil ini hati kering...
Pengadil pilih kasih macam rosyam nor....mari2 demo...
BalasPadammuahhahahhaa.. ayat kak sue.. adoiii boleh sentap org neh.. tmbh lagi klu berjiwa pink.. boleh nanis..
BalasPadampapa ibad ade wat muke beria2 nak main kew??? larikkkkk
pengadil pilih kasih!!!!
BalasPadampengadil pilih kasih!!!!!!!!
pengadil pilih keasih!!!!!!!!!
(pantang ajak demo... muahhahahhaha)
papa ibad.. jgn mara aaaa...
hahaha dah jd macam rosyam nor kat pilih kasih lak ..nak wat camne elle..dia dah bersuara..anda bukan yang saya cari..ahaksss
BalasPadamWah.. ada hadiah Novel Plak tu... Saga horizon? best! alamaks ada pengadil kena komplen ker? hehehe
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamTang mana yang pilih kasih pun tak tau la..
Team pengadil kalah la... Itu menunjukkan pengadil tak pilih kasih..
Inilah nasib pengadil yang adil lagi saksama...
Huhuhuhuhuhuhuhu...
Aku nak cakap apa huh?! Well done to all. Pengadil? Memang tiada KeadiLan (eh, eh..beginikah ejaannya?)
BalasPadamSelamat pagi semua. Ha, ha, ha..aku baru bangun, terus merayau dari blog ke blog. Tapi aku bukan goblog!..
apesal ade pemain yg sama kat dua2 belah pasukan. lihat : kak sue & Razi.
BalasPadamwei, ada pemain atas pagar ke?
wah wah korg hehehe eh nak bg nasik tmbh gak ke kat pengadil tu ye... tp cam x blh je coz pengadil tu team i occay....
BalasPadamjom kiter berfutsal lg nak.... meriah ooooo
wah... terkedu jap.. havoc2..
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.