Ahli RAMFC Minggu Ini – Cikgu Wana
Bismillahirahmanirahim..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Kebesaran Allah yang masih memberikan peluang kepada cikgu meneruskan sisa-sisa hidup di dunia yang terlalu singkat. Jiwa cikgu dididik untuk mencintai ilmu dan minat suka membaca memang telah lama bersemi dalam jiwa cikgu. Semasa cikgu berada di Darjah 6, cikgu diperkenalkan dengan sebuah novel yang bertajuk Semangat Hutan karya seorang penulis yang langsung cikgu tidak kenali iaitu Ramlee Awang Murshid. Pertama kali membaca prolog, hati cikgu sudah mula terpaut dan membuatkan cikgu tanpa ragu-ragu mendapatkan kesemua novel karya beliau.
Peluang bertemu dengan Abang RAM di Pesta Buku, PWTC pada 18 April 2009 yang lepas merupakan satu peluang yang Allah berikan yang langsung tidak cikgu duga. Cikgu memanfaatkan peluang ini bertanya dengan lebih lanjut mengenai cara penulisan dan pengalaman beliau sepanjang menulis novel. Beliau ternyata seorang yang ramah dan bersedia berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada.
Apa yang cikgu amati dalam novel beliau adalah cara beliau mengolah sesuatu cerita dengan plot yang cukup menarik serta diselangi dengan ilmu-ilmu agama mahupun ilmiah yang banyak menyedarkan dan menambahkan pengetahuan cikgu. Banyak persepsi negatif yang cikgu terima mengenai hasil tulisan beliau yang dianggap sebagai thriller atau mentaliti masyarakat yang mempercayai novel ini berkisarkan 'hantu'. Namun, rezeki Allah itu bukan sesiapa yang mengaturnya, setelah hampir 8 tahun cikgu bergelumang dengan novel2 beliau, perubahan demi perubahan sudah mula berlaku. Semakin ramai peminat-peminat novel yang mendambakan sesuatu yang segar dan luar biasa berebut-rebut mendapatkan novel beliau. Alhamdulillah, tahniah Abang RAM. Andalah satu-satunya novelis yang berjaya membawa hati saya menelusuri setiap ruang dalam penulisan anda. Tahniah sekali lagi.
Lawati blog sy di http://cikguwana.blogspot.com
1 Ulasan
Salam kenal untuk Cikgu Wana..dan semua... Saya pun minat karya Abg RAM... best sangat!
BalasPadamSila tinggalkan komen anda di sini.