En. Norden, teruskan perjuangan, kami akan terus menyokong

Tanggal 21 Ogos yang lalu merupakan hari terakhir bagi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd. Encik Norden Mohamed (foto sebelah kiri) di syarikat penerbitan itu. Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan pemergian beliau.

Beliau bersama Alaf 21 selama 12 tahun yang ternyata merakam banyak sejarah. Bermula dari sebuah syarikat kecil yang tidak dikenali, beliau telah mengatur pelbagai rancangan untuk membina nama Alaf 21 dalam dunia penerbitan buku.

Antara hasilnya ialah strategi beliau mengadakan kerjasama dengan Kuasatek bagi mengapdatasikan drama bersiri Salam Taj Mahal ke bentuk novel telah melonjakkan nama Alaf 21. Dari situlah, nama Alaf 21 mula dikenali ramai. Setiap novel terbitan syarikat ini mendapat tempat di hati peminat-peminat.

Encik Norden akan memulakan tugas baru sebagai Group Managing Editor di akhbar Sinar Harian. Akhbar harian ini adalah milik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Sebagaimana beliau berjaya menaikkan nama Alaf 21, sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk bersama-sama memacu akhbar ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya sendiri sebagai salah seorang peminat dan pembaca buku-buku terbitan Alaf21, terutamanya novel thriller saudara Ramlee Awang Murshid, mengucapkan selamat meneruskan perjuangan.

Peminat tegar novelis Ramlee ini ingin menyatakan bahawa kenangan manis bersama Tuan amat saya hargai sepanjang Tuan menerajui Alaf21. Sokongan peribadi kepada saya, serta sokongan padu kepada Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Musrhid (RAMFC) akan saya kenang. Pastinya kita akan ketemu lagi, insyaAllah.

Kami di RAMFC mengucapkan selamat maju jaya. Fikrah perjuangan Tuan lewat penulisan, bual mesra dan novel menjadi salah satu sajian pencerahan minda saya/kami, insyaAllah. Perkasakan dunia penerbitan bahasa Melayu,Tuan.

Saya menunggu Meniti Maut II. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ALLAHHU-AKHBAR!

(Web Sutera, Naib Presiden RAMFC)

Share:

8 Ulasan

  1. Syabas kepada En.Norden :)
    Semoga terus mencapai kecemerlangan...

    Abg Web , saya juag menunggu kemunculan semula Fariz dalam aksi yang lebih mencabar .. ahaks

    Salam Merdeka!

    BalasPadam
  2. Kesian kat Kak Mala kan.. hmm... Fragmen2 Meniti maut II kat sini, http://www.meniti-maut.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Semoga hari baru En. Norden di Sinar Harian juga diberkahi ALLAH selalu.. amin..

    BalasPadam
  4. Meniti Maut 2 dah ada kat pasaran ke?

    BalasPadam
  5. Sahabat Din,

    Menurut En. Norden a.k.a Ayman Haikal, Meniti Maut II dalam fasa 'godek-menggodek'. Plot demi plot digarap di blog Meniti Maut.

    BalasPadam
  6. Sdra BudakHutan... TQ kerana meminati.
    Sdra Akim... Saya pun kasihan kat Mala.
    Datomarsani... TK di atas doa. Amin.
    Sdra Din... MM2 masih dalam komputer saya, Din.
    Sdra WS... ya, godek menggodek bila ada idea. Bila x ader idea, tergolek2 carik ilham.

    Terima kasih kepada semua di KelabRAM!
    Semoga aktif. Maaf x dapat hadir futsal aritu sebab tengah kalut nak uruskan pertukaran dari Alaf ke Sinar Harian tempohari. Salam & Sleamat Berpuasa.

    BalasPadam
  7. Sdra BudakHutan... TQ kerana meminati.
    Sdra Akim... Saya pun kasihan kat Mala.
    Datomarsani... TK di atas doa. Amin.
    Sdra Din... MM2 masih dalam komputer saya, Din.
    Sdra WS... ya, godek menggodek bila ada idea. Bila x ader idea, tergolek2 carik ilham.

    Terima kasih kepada semua di KelabRAM!
    Semoga aktif. Maaf x dapat hadir futsal aritu sebab tengah kalut nak uruskan pertukaran dari Alaf ke Sinar Harian tempohari. Salam & Sleamat Berpuasa.

    BalasPadam
  8. Din , tak lama lagilah tu..
    kita tunggu sesama yeak...

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin