BAGAIKAN PUTERI

" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "
------------------------------------------
Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
----------------------------

Salam dan Salam pada semua... , seronok juga rasanya bila kembali 'mengulangkaji' Trilogi Cinta Epik ni. Otak ligat berfikir , sekiranya RAM hendak menyambung kehebatan rantaian kisah cinta dua zaman , sudah tentunya klu atau pembayangnya berada dalam ketiga-tiga novel sebelum ini. Oleh itu , marilah kita sama - sama mengorek semula kisah cinta purbakala yang bersilang paksi dengan dimensi masa kini. Fantasi mungkin menjadi realiti...
Aku mulakan dengan Bagaikan Puteri.

Babak dimulakan dengan memperkenalkan watak-watak peneraju utama kisah pengembaraan yang hebat ini. Ketokohan
dan keperkasaan Saifudin ditonjolkan apabila dia dan Djailuh menentang Beragas. Keris Nanggroe serta Mushaf dalam tulisan jawi adalah juga merupakan elemen pembantu dalam menguatkan pertalian cerita. Haryani yang koma selepas satu kemalangan telah melangkau dimensi masa , kembali ke zaman lampau dan bertemu dengan Saifudin.

Protagonis utama dalam siri pertama ini ialah Nyi Burga Kelara. Kejahatan dan kekuasaan yang dimilikinya membuatkan jalan kisah Bagaikan Puteri bertambah menarik. Seperti buku bertemu ruas , itulah ungkapan yang sesuai untuk dipadankan dalam permulaan siri trilogi ini.

Lebih mena
rik lagi apabila , RAM menyilangkan kisah dua zaman ini dengan unsur sejarah dan hikayat Melayu. Kewujudan watak dari Kesultanan Melayu Melaka serta watak Laksamana Hang Tuah juga memberikan impak yang besar . Para pembaca akan terus terjerumus dalam 'ruang fantasi' apabila kotak minda sudah tentunya memainkan semula cerita-cerita dari filem melayu lama, kisah pendekar , kisah Hang Tuah... Pelik tapi benar , aku terbayangkan semuanya dalam versi hitam putih... klasik... RAM bijak bermain dengan emosi pembaca dengan pada awalnya seolah memberikan kemenangan pada Laksamana Sunan , watak utama cerita ini. Tetapi untuk membuatkan pendekar atau lagenda seperti Hang Tuah tewas juga merupakan satu pertaruhan yang tidak elok. Komplikasi dan reaksi umum mungkin akan sedikit terkilan. Bertolak ansur , bijak , semangat kependekaran / kepahlawanan... Seri itulah yang diberikan oleh RAM... Tidak ada yang tewas...

Penamat siri ini juga amat berkesan , apabila dikaitkan dengan peristiwa tsunami yang baru sahaja berlaku pada penghujung tahun sebelumnya. Apakah yang terjadi pada Dani ? Adakah Haryani akan kembali bertemu Saifudin? itulah soalan bagi petunjuk untuk siri seterusnya dalam Cinta Sang Ratu...

-------
pendapat -apa yang mungkin berlaku selepas Hijab Sang Pencinta ?
petikan sinopsis...
"Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati"
- sama ada kisah Haryani atau kisah Saifudin yang menjadi tunjang cerita.
-Mungkinkah juga mereka akan dipertemukan semula hanya untuk menoktahkan hubungan mereka untuk menjadi pasangan bahagia yang berkekalan atau terpaksa melepaskan serta pasrah kepada ketentuan NYA...
- atau kisah permulaan, Pengembaraan Laksamana Sunan...

sekadar pendapat dan pandangan dari hamba...




----
Walau apa pun , kita tunggu dan nantikan kesinambungan penulisan hebat RAM untuk 'Lagenda' Cinta Epik ini...

Share:

8 Ulasan

  1. Dalam trilogi ini, saya sangat sukakan Cinta Sang Ratu, kehadiran watak antogis Ratna banyak mempengaruhi jalan cerita dan membentuk kesedaran bahawasanya jalan baik selalu terbuka untuk insan yang ingin bertaubat...

    BalasPadam
  2. hoho suke gile novel yg ni. palinggggggggg best~!
    trilogi ni. dengan triologi smngat utan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama14/7/09 7:50 PG

    setuju ngn k elle..hehe..areQue ske sang ratu gaks..ahaks..

    kerna apa?
    kerna areQue lah sang ratu itu..

    oh sunan, walaupun jasadku sudah dimamah tanah...namun ketahuilah sayang..sbg isterimu, aku sgt sayang padamu..

    BalasPadam
  4. kesabaranku15/7/09 9:42 PTG

    salam...
    ade lg ke sambungan epik nie...
    sudah2 la tu...
    hahahahahahahaahahahaha

    BalasPadam
  5. hye! ada buat sedikit review about Bagaikan Puteri di blog :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Palaing suka watak 'Gagak Firestone'

    Huahahahahaha...

    BalasPadam
  7. hijab sang pencinta x smpt beli....duit ptptn da hbs..wuwuwwuwuwu

    BalasPadam
  8. antra 3 nvel ni, sy pling ske cinta sang ratu
    sy dpt mnyelami prasaan saifuddin trhdp ratna, istri trcinta
    betapa dalmnya cinta saifuddin trhadp istrinya
    nmun pe bleh buat, jodoh mreka di ats muka bumi ni x pnjg..
    sedih gler siot mse bce ending nvel ni
    mse saifuddin teringtkn ratna dkt pntai sblom blik ke tnh melayu.
    agungnya cnta mereka berdua
    huhuhu....

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin