Areque menang lagi menerusi Satu Janji
Undian untuk Novel Pilihan telah tamat dan sekarang kita perlu menunggu keputusan. Terima kasih kepada mereka telah mengundi Novel HIjab Sang Pencinta dalam anugerah ini walaupun keputusannya belum tentu lagi. Marilah kita beralih perhatian sebentar kepada salah satu karya Ramlee Awang Murshid yang tidak kurang hebat iaitu Satu Janji.
Areque salah seorang ahli kelab yang aktif di laman ini berjaya sekali lagi memenangi hadiah untuk emel minggu ini di laman Alaf21. Kami ingin kongsikan apa yang menarik ditulis oleh Areque mengenai Satu Janji.
Jarang ada penulis lelaki di negara kita ini. Tetapi, sejak aku mengenal novel karya Ramlee Awang Murshid, sedikit demi sedikit aku mula sukakan novel-novel karya lelaki. Aku akui dahulu, aku selalu membenci karya Ramlee. Tetapi, kerana Pei Pan aku mulai suka menghayati novel-novel beliau. Penulis lelaki, mereka unik dan cerita mereka berbeza. Malahan, kisah dalam kisah yang dikisahkan lebih menjurus ke arah sesuatu yang bersifat kelelakian dan macho, mungkin. Salah satu lagi novel karya Ramlee yang menarik hatiku ialah Satu Janji. Bila aku baca sinopsis novel yang satu ini, wahh… kahwin paksa? Ini best ni... selalunya perempuan yang menderita bila kahwin paksa. Tapi, dalam novel SATU JANJI ada satu kelainan. Lelaki yang menderita, lain dari yang lain (monolog aku dalam hati). Terus aku ambil novel itu dan baca. SATU JANJI berkisarkan sebuah kisah tentang penderitaan seorang lelaki yang terpaksa berhadapan dengan janjinya sendiri. Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Luqman Hakim, ialah seorang anak yatim yang dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat kaya yang sangat menyayanginya. Kisahnya bermula, apabila tragedi pembunuhan ayah angkat Luqman Hakim (Dato Abdullah) telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Luqman kemudian, menggalas tanggungjawab di pejabat menggantikan ayahnya. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman sebagai salah seorang yang disyaki sebagai dalang pembunuhan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Luqman telah pun jatuh cinta padanya pada saat pertama kali dia memandang Adelia. Pertemuan dengan Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sebagai penebar roti canai untuk mendekati Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya kerana dirinya, bukan pada harta bendanya. Pelbagai cara dia gunakan untuk memikat Adelia termasuklah menjadi seorang penebar roti canai di gerai milik keluarga Adelia. Hahaha… kelakar pula bila aku teringat roti canai spiderman Luqman melekat kat dinding. Bayangkan, seorang pengurus besar syarikat belajar jadi seorang penebar roti canai? Fuhh… memang aku jatuh cintalah dengan Luqman Hakim. Malangnya, usaha untuk memikat hati Adelia sukar ditebak kerana Adelia sudah punya pilihan hati, tetapi kerana keterlanjuran janji Adelia kepada keluarga iaitu mana-mana lelaki yang masuk meminangnya dahulu, itulah calon suaminya, membuatkan pinangan Luqman terpaksa diterima Adelia tanpa rela. Kasih dan cinta yang Luqman taburkan pada isterinya itu, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Dia tidak dapat menerima Luqman malah membenci suaminya yang kacak, alim dan baik hati (memang rugilah Adelia ni, kalau akulah... tak payah kena paksa, lama dah terpikat pun… hahaha!). Namun, janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Disebabkan satu insiden, Luqman dan Adelia terpisah. Pelbagai cara yang digunakan oleh Luqman untuk menyelamatkan isteri kesayangannya itu walaupun dia tahu kehadirannya di sisi Adelia bakal menambahkan lagi derita di hati Adelia. Dan di sinilah, penculikan Adelia menjadi titik tolak permulaan segala-galanya terungkai. Akhirnya, selepas insiden ini jugalah, Adelia mula jatuh hati pada Luqman. Namun, Luqman pula yang menyepikan diri kerana janji yang dibuat bersama Adelia. Adelia mula berasa bersalah. Akhirnya, di sebalik janji seorang Luqman Hakim, ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai. Siapakah dia dan apakah janji itu? Bacalah sendiri ya! Yang mengejutkan, bila si Laila itu sebenarnya adalah anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman Hakim (wanita tua itu rupa-rupanya ibu tiri Luqman). Masa baca mula-mula tu ingatkan Makcik Munah itu ibu sebenar Luqman, tapi rupa-rupanya ibu kandungnya adalah mangsa sikap cemburu isteri pertama. Dan dari situ, terungkailah sejarah kenapa dan bagaimana Luqman telah dihantar ke rumah anak yatim. Apa pun, aku suka babak-babak antara Luqman Hakim dan Adelia. Di sini, diselitkan kisah cinta Luqman yang bertepuk sebelah tangan dan isu kahwin paksa. The twist in the tale yang dimainkan di sini memang menarik dan ada plot-plot yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya. Kalau kita baca mula-mula, kisah ini seolah-olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada kesinambungan. RAM bijak menggunakan resipi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan. Selain itu, resipi buat roti canai pun ada jugak! Menjadi pulak tu! :) Hmm… dalam Pei Pan aku jatuh cinta dengan Mustapha! Tapi, dalam SATU JANJI… hati aku jatuh dan tercabut terus kerana Luqman Hakim!
Kepada yang belum dapatkan novel ini, dapatkan sekarang untuk penuhkan koleksi anda.
Berita Kelab
Selain itu, kami juga di kelabram.com ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Nizah iaitu Wakil RAMFC negeri Johor telah selamat melahirkan cahayamata yang pertama. Di sini dipaparkan gambar bayi perempuan ini untuk tatapan semua ahli kelab.
2 Ulasan
huiks k elle..???
BalasPadamletak email rq yg menang lagi tu kat cni ker???
i maLu Lah...ahahahhahahha
huauauahuahau..nampak gaya nya dpt noveL free lagi lah rq kaLi nie..
muhkakkakakkaka..
blh anta lg .. n blh mnang lagi..yeeeeehaaaaaaaaa...
Puan Nizah...alalllalalala tomeynye baby..kiut miut comey lotey weih..poh palih la aok nyer...
jgn lupa bg nama RAMFC pd anak..
mihaihaihaihaha...
sengaL jerk..
salam,
BalasPadamehehe..seronk menang ek..yang lain cepat2 le wat ulasan..nak wat ulasan tuk rahsia sang perinsu tapi tak buat lagi..first novel yang terpaksa aku tulis kronolginyer sikit2 dan watak2 yang memeningkan kepala..huhu..tapi memang best..
Sila tinggalkan komen anda di sini.