Undi Hijab Sang Pencinta sebagai Novel Paling Popular Pilihan anda!


Pengumuman: Harap maaf borang undian untuk mengundi novel HSP hanya akan keluar pada Jumaat minggu hadapan iaitu 26 JUN 2009. Maaf di atas kesilapan maklumat!

UPDATE 21/06/09.

Borang undian juga boleh didapati di kedai buku Popular dengan setiap pembelian novel di kedai buku ini. Harap maklum.

HSP 
RAMians sekalian,

Anda kini mempunyai kuasa menjadikan Ramlee Awang Murshid sebagai penulis tersohor Malaysia bagi tahun 2009 dengan mengundi novel beliau dari Trilogi Bagaikan Puteri iaitu Novel Hijab Sang Pencinta dalam akhbar Berita Harian sebagai pemenang dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009.
 
Berikut adalah petikan berita bertarikah 12 April 2009 mengenai pertandingan ini.

Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
Hantar sebanyak jumlah borang penyertaan untuk muncul sebagai pemenang
POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) bersama-sama akhbar Berita Harian memberi peluang kepada pembaca untuk memilih pengarang pujaan mereka melalui Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009 sempena BookFest @ Malaysia yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Ogos ini.

Sepuluh novel untuk Kategori Fiksyen menyenaraikan novel laris di pasaran pada tahun lalu merangkumi Kalau Ada Jodoh ... karya Mimie Afinie dengan konflik cinta tiga segi di antara Rini, Faris dan Pyan, memaksa progtagonis membuat pilihan di antara lelaki hidung belang atau tulus mencurah kasih.

Salju Sakinah karya Zaid Akhtar membawa pembaca menginsafi ketabahan gadis, Sumayyah, pelajar Malaysia di Asia Barat dengan konflik hasad dengki, fitnah dan kepercayaan khurafat yang menjadi penyakit sebahagian besar masyarakat Melayu walau di mana mereka berada.
Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea menampilkan kisah hidup Arianni yang sering kecundang dalam percintaan, tetapi kehadiran insan baru dalam hidupnya sedikit sebanyak menggoyah pintu hatinya yang sekian lama tertutup rapat sehingga menggusarkan dirinya..

Seribu Kali Sayang oleh Anis Ayuni membawa pembaca melayari kisah Nur Qazrina atau Abby yang terpaksa berdepan dengan konflik percintaan apabila bakal abang iparnya, Syed Nadjmil Faiz jatuh hati terhadapnya dan meninggalkan kakaknya, Lisa sehingga mencetuskan dendam serta kebencian tanpa tepi.

Rindu Cintaku karya Fauziah Ashari menyorot kisah Izzah yang terpaksa menggalas beban yang sering menghantuinya dalam mimpi mengenai suaminya sejak dia hilang ingatan sehingga menjadikannya dingin terhadap Hariz, lelaki yang tulus mencintainya.

Ternyata Cinta karya Damya Hanna menampilkan misi Qasdina dalam mengejar impian untuk memiliki lelaki kaya kerana tidak tahan dengan kesusahan yang dialami keluarganya, tetapi sebaik sedar bahawa hanya kerjaya mampu melengkapkan hidup keluarganya, beliau terpaksa membuat pilihan antara cinta dan kerjaya.
mainpix2

Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu sarat dengan konflik apabila jasad Saifudin berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21 dan mempertemukannya dengan Haryani, tetapi kejahatan terus mengiringi Laksamana Sunan itu.

Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah menyingkap realiti kehidupan masyarakat melalui kisah Gadis cantik, Aleya yang terpaksa mengahwini Syed Aizril, lelaki ego sehingga mengakibatkan gadis malang itu berdepan dengan layanan buruk lelaki itu setiap hari selepas bergelar isteri.
Kembalikan Cintaku garapan Norhayati Berahim mengisahkan keperitan hidup Wardina, apabila Zafrul, suami yang dicintai meninggalkannya tanpa khabar berita pada saat dia mengecapi kebahagiaan hidup.

Segalanya Untukmu karya Aleeya Aneesa membawa pembaca menyingkap kisah Jehanna Aisya yang berdendam dengan dengan kaum lelaki akibat kisah silamnya, manakala Fahem Ammar pula tidak percaya kepada perkahwinan, tetapi takdir Tuhan mempertemukan mereka sehingga membenihkan bibit rindu tanpa disedari.

Sepuluh buku untuk kategori bukan fiksyen ialah Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif garapan Tengku Asmadi membongkar panduan mendidik anak cara positif dan praktikal selain memuatkan kajian kes dan kisah kehidupan yang memberi inspirasi kepada semua ibu bapa.

Pembaca Sastera, Dunia Buku, jangan lupa mendapatkan naskhah Berita Harian terbitan 19 Jun ini bagi mendapatkan borang asal penyertaan yang akan diterbitkan pada hari terbabit bagi memberi sebanyak undian kepada pengarang pilihan anda dan perlu dikembalikan kepada penganjur selewat-lewatnya 15 Julai ini.
Jangan lupa dapatkan Berita Harian 19 Jun ini! Jadikan HIJAB SANG PENCINTA novel paling popular 2009!
P/S: Kepada semua blogger and terutamanya follower, tolong hebahkan mengenai perkara ini. Anda boleh guna banner di atas dan link semula kepada kami.

Share:

7 Ulasan

  1. hahahha...apakah ini???

    BalasPadam
  2. dear all ramfcian, jgn lupa 19/6 ni grab paper berita harian k utk mengundi.. mantoppppp..

    BalasPadam
  3. xpenah2 ku beli paper bharian..

    xpe..demi ramfc...jom beli paper bharian ramai2...

    BalasPadam
  4. mari kita undi HSP.

    BalasPadam
  5. Fuh! Nasib baik saya tidak menahan lori bawa Berita Harian pagi ini. Kalau tidak, kes naya!

    BalasPadam
  6. haha. tgu next week abg web.

    BalasPadam
  7. lor ingatkan vote online...deceit betul lah tajuk

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin