Ahli RAMFC Minggu Ini – Dato Marsani

Aku Nama : Alias bin Mohd Padil @ Mohd Padzil.

Nickname: datomarsani.

E-mel : aliaspadzil@yahoo.com

Blog : datomarsani.blogspot.com

Kisah aku terlibat dengan Kelab Peminat RAM bermula sebegini...

Suatu hari, aku terjumpa sebuah novel bertajuk cina di rak buku rumah aku. Buku itu berhabuk dan agak usang lantaran tiada sesiapa yang membacanya. Aku membelek-belek buku tersebut.

PEI PAN? Apa punya buku la nih? Tajuk pelik camnih camna la nak ada orang baca? Ceh!

Akibat keboringan, aku bercadang untuk membaca beberapa muka surat sahaja daripada novel itu. Sambil mengutuk-ngutuk, aku habiskan membaca halaman pertama.. kedua.. ketiga.. kemudian.. erk? Aku terhabiskan seluruh novel! Tanganku menggeletar!

Perghhhh! Citer ni macam citer Hollywood beb!

Kagum dengan gaya penulisan dan jalan cerita yang aku bagi 10 bintang, hatiku melonjak-lonjak ingin mengetahui nama penulisnya. Aku kembali ke cover novel.

Ramlee Awang Murshid? Hmmm.. Siapa ya?....

Aku2

Siapa? Masa tu, aku masih belum mengenali siapa RAM. Selepas beberapa tahun membaca PEI PAN, nama Ramlee Awang Murshid mula pudar dari ingatan aku.

Sehinggalah pada suatu hari, 4 tahun selepas itu, aku menemukan TOMBIRUO TERAKHIR. Ketika itu aku berada di tahun kedua pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Setelah selesai aku membaca TOMBIRUO TERAKHIR, aku melompat macam orang gila! Entah kenapa aku gembira sangat, seolah-olah hero dalam cerita tu ialah aku! Kemudian, seperti deja-vu, aku membaca nama penulisnya –

Eh? RAMLEE AWANG MURSHID? Dia nie penulis PEI PAN yang aku baca dulu tu! Perghhhhhh! Patut la TOMBIRUO TERAKHIR nie best! Dia yang tulis rupanya!

Datomarsani Sejak dari saat itu, nama RAM bermain-main di ingatan. Takder dah lupa nama dia macam dulu. Sejak dari itu juga, aku mencari semula novel-novel RAM yang ketinggalan. Sebut apa sahaja novel RAM, semua dah dibaca termasuk terbitan tahun 90-an dulu (jasa Kak IllaKtn). Dari Azah, sahabat pengajianku, aku mula menganggotai Kelab RAM di Friendster. Dari situ, aku kemudian menganggotai Google Group RAM kendalian Kak Elle. Saban waktu berlalu, dari beberapa kerat sahaja ahli, kini Kelab RAM membesar menjadi kelab yang meningkat maju. Syabas semua!

Bila dikenang semula, kecintaanku kepada karya RAM bermula beberapa tahun dahulu, di sebuah rumah kecil, di tepi rak buku usang, di rumahku... Ini semua takdir – MAHA SUCI ALLAH!

*Kepada yang berminat menyertai ruangan ini, sila hantarkan butir-butir diri dalam format jpeg, powerpoint atau pun word ke admin.ramfc@gmail.com

Share:

13 Ulasan

  1. WOWWWWWWWW DATO' MARSANI???
    BETULLAH KATA DATO' TU DI SUATU MALAM TU..MEMANG SEJARAH KITE SAMA LAH...HUHU..

    SEMUANYA KERANA PEI PAN LAH..!!!

    HOW COME??

    TABIK SPRING LA DATO'...
    "OH mUsTaPHa..kAU tEtAp DI hAtI Ku"..

    BalasPadam
  2. ha.. ada jodoh la korang.. haha.. aq & dm.. menariks..

    BalasPadam
  3. lelong...lelong...Rq nie semua jek sama dgn dia..nie sapa yg minat leh hubungi kak illa utk maklumat lanjut...ahaksss

    BalasPadam
  4. oo, pandai2 nak keneng2kan kami yer? hehehehe...

    eh, kat atas tu lupa nk tenkiu kat Nor Haliza Shamsuddin (kak teja) sbb bg pinjam novel lama abg RAM kat kak illa... hehehe kita tumpang bacer jer! =)

    BalasPadam
  5. ehem... adik sape ni ek
    lalalala cpt2 blh call kakak dia skrg gak

    BalasPadam
  6. huaaaaaa .... alhamdulillah (sambil sujud syukur) terlepas beban ~ okie Dani, i serahkan RQ kat kau ... larixxxxx!!!! suratan atau kebetulan ~ "Ditepi rak usang" huaaaaaa simbolik nyew!!! xoxoxoxoox


    UIkkk, siapakah uncle tarbus ittew? hohohohoo, ahmad albab kew??? "Harta itu, Ahmad Albab yang punya" ... RQ saper yg punya pulak? Dato Marsani kew? Baiklah ....


    Larixxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    BalasPadam
  7. HAHAHA! Nain, ko jgn nk lari ke mana2.. sampai lubang cacing pown RQ bleh jumpa ko la! hehehe..

    lepas ni Nain bleh ucapkan ayat yg Nain slalu ucap tu kat dia, ayat ape yer? haaa, ayat nie: "Jadilah yg halal buatku..."

    hehehe, lari la ko jauh-jauh, ko x sedar ada org dah letak alat pengesan kt badan ko tuh... ha ha ha!

    BalasPadam
  8. inilah rupanya dato marsani...

    dan RQ selaku pontianak harum sundal malam...

    welcome to the club!

    BalasPadam
  9. nain....
    mmg kecik pun rmh ktorg
    yg ada rak buku usang
    semua usang....

    so kasihanilah ktorg ek
    hehehehehe

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...

    Salam pekenalan sekali...

    Dah kenal 4 beradik BETUL Kak Illa (adik beradik x betul dah x terkenal dah)

    Tima Kasih sanggup tima beban Nain tu...

    Papa Ibad dah leh wat drama baru nanti.

    BalasPadam
  11. a'ah, kecik jer umah.. umah biasa2 je.. hehehe

    Nain jom la berjalan ke Jerantut, bleh g Taman Negara, jumpa memember Nain kat Taman Negara... hehehe

    salam perkenalan gak Zonan.. siapa ni yerk? adik bradik baru ke?

    BalasPadam
  12. zonan aka papa ibad. jgn lupa terjah blog zonan, menarik, penuh dgn penceritaan..

    BalasPadam
  13. salam,
    hehehe..memang brsejarah prkenalan ngan RAM.akak yang tunjukkan buku pei pan..tak minat mulenyer..pening..jumpe plak ngan smngat hutan, mandatori...macam2 lagi..cume skarang ni tengah prlahan dgn novel2..nanti cari masa lagi..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin