Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid oleh Linda Amri

Alhamdulillah... itulah ungkapan yang saya lafazkan dalam hati setelah pertemuan dengan saudara Ramlee Awang Murshid pada petang 19 Mac 2009 (Khamis) yang lalu bersempena lawatan saudara Ramlee dengan kumpulan Alaf21 yang lain untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Sabah yang diadakan pada 20 hingga 23 Mac 2009.

Kebetulan saya bercuti bersama keluarga untuk ronda-ronda KK sempena cuti sekolah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengaturkan pertemuan dengan beliau khas untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid yang belum lagi bersua muka dengan beliau. Walau pun pada mulanya saya seorang sahaja yang menunggu seawal jam 7 petang kemudian disusuli oleh saudara Ramlee dan Encik Norden yang sering bersama saudara Ramlee ketika menghadiri pertemuan RAMFC, tetapi kami seterusnya sangat senang hati untuk bersua muka dengan saudari Atim tiga beradik -Atim, Qiah dan Dayang yang datang juga untuk memenuhi undangan saya (terima kasih Atim, Qiah dan Dayang).

Setibanya Atim, Qiah dan Dayang dengan perasaan yang teruja kerana tidak percaya yang mereka benar-benar bertemu dengan saudara Ramlee merupakan hadiah buat saya yang agak risau takut tiada yang datang kerana pengaturan pertemuan pada saat akhir.

Acara seterusnya, semestinya sesi taaruf dan sedikit berbasa-basi serta bertanya itu dan ini oleh saudari Atim yang pertama kali bertemu saudara Ramlee (seronok tengok riak wajah diorang ni hehe).

Sebelum mereka datang, Encik Norden sempat memberikan saya peluang untuk membelek-belek Mikhail yang kebetulan baru "masak" dan keluar dari oven. Wah! bukan main teruja saya sampai risau pula takut tak dapat Mikhail keesokannya ( yalah takut cepat habis!). Tapi Encik Norden memberikan semangat kepada saya yang mengatakan saya sempat untuk dapatkan Mikhail esok dan saya bertekad untuk menjadi yang pertama untuk membeli Mikhail esoknya (chewahhh!).

Ketika diberi peluang membelek Mikhail, saya sempat membaca laman Dedikasi pada bahagian belakang novel (dah dipesan oleh kengkawan lain termasuk Sueonn). Saya tersenyum dan terharu dengan dedikasi yang diberikan oleh saudara Ramlee kepada RAMFC (terima kasih saudara Ramlee). Semoga dengan itu, ahli RAMFC seluruh negara akan bertambah lagi hendaknya.

Saya juga sempat mengajukan soalan yang biasanya saya tanya bila karya terbaharu beliau berada di pasaran - Apakah selepas Mikhail? Dan beliau menjawab "9 Nyawa". Wah! dengar macam menarik je, sama-samalah kita nantikan kemunculan "9 Nyawa" selepas Mikhail.

Semestinya, seperti biasa untuk mengabdikan kenangan dan sebagai bukti perjumpaan, seterusnya adalah acara "klik!klik", apa lagi kalau bukan sesi bergambar. Ni lah gambar kitorang. Pada yang dah berjumpa dengan saya kat KL dulu, jangan terkejut tengok saya dah jadi macam anak gajah hahaha debab bukan main. Sebabnya, entahlah hanya saya yang tahu jawapannya hehe. Tengok lah gambar-gambar nih, jangan tak tengok tau!

Dayang

Qiah

atim

Ramlee

En.Norden

autograph Saudara Ramlee

 

signing ceremony

Saudara Ramlee-walau pun keletihan tetap "layannnn"

"Sign jangan tak sign bang!"

Dari kiri-Encik Norden, RAM, Dayang, Qiah dan Atim

Dari kiri-Encik Norden, RAM, Dayang, saya dan Qiah

Keesokannya pula, saya tak sabar-sabar lagi nak ke pesta buku untuk jadi orang pertama membeli Mikhail. Sesampainya saya dan anak-anak beberapa minit lagi jam 10.00 pagi disambut dengan ketaksiapan gerai-gerai pesta buku pula. Bukan apa, kitorang awal sangat kot. Petugas-petugas baru sibuk menyusun buku-buku. Kitorang lepak dulu lah sementara menunggu. Bila tengok penulis-penulis Alaf21 termasuk saudara Ramlee dah sampai dan dah ada dua tiga pengunjung yang membeli, saya pun mulalah memulakan misi saya mendapatkan Mikhail. Emmm... kepuasan hati tak terucap cukuplah sekadar alhamdulillah syukur kat tangan saya ada dua Mikhail - satu untuk saya, satu lagi untuk Fyena (Fyena dan pesan awal-awal) dan Meniti Maut tulisan Eyman Hykal. Memang saudara Ramlee sibuk menandatangan buku-buku sebab beberapa minit saya kat gerai Alaf21 tu memang ramai jugak yang membeli Mikhail (harap-harap terbukalah hati diorang untuk menjadi ahli RAMFC ya).

Mikhail dan Meniti Maut

Autograpgh Eyman Hykal

Apa lagi yang lebih bermakna buat peminat kalau bukan autograph penulis kegemaran mereka

 

Kepada saudara Ramlee, saya secara peribadi ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian saudara untuk bersama-sama kami dalam Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid. Apa yang saya harapkan, ini bukanlah pengakhiran tetapi merupakan titik permulaan kepada sesi-sesi pertemuan para peminat saudara Ramlee khususnya ahli-ahli kelab RAMFC. Dengan adanya Mikhail dalam pasaran, menjadi harapan saya secara peribadi agar lebih ramai lagi peminat-peminat saudara Ramlee akan mendaftar sebagai ahli RAMFC agar segala aktiviti kelab dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya.
Kepada Encik Norden - terima kasih daun keladi, lain kali datanglah lagi, datang memeriahkan pertemuan dan aktiviti RAMFC. Segala sokongan dan kerjasama yang pihak Encik Norden berikan kami di RAMFC rakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Kepada Atim, Qiah dan Dayang - terima kasih kerana sudi hadir walau pun pemberitahuan tentang sesi pertemuan ini diwar-warkan pada saat akhir.
Pada saudara Zamlan yang tak berkesempatan untuk berjumpa, insyaallah kita akan aturkan pertemuan selepas ini bersama dengan yang lain terutama sekali dengan Budakhutan yang juga tidak dapat bersama kerana kurang sihat. Kita doakan beliau cepat sembuh.
Syabas buat saudara Ramlee atas penerbitan Mikhail dan saya akan membuat ulasan tentang Mikhail dan Meniti Maut setelah saya membacanya.
Untuk maklumat sinopsis Mikhail sila klik http://www.kelabram.com/ atauhttp://www.alaf21.com.my/ .

Terima kasih dan salam ceria buat semua!

Petugas Alaf21 masih sibuk menyusun buku-buku

RAM bersama penulis-penulis Alaf21 yang lain - Lynn Dayana, Aleya Anessa dan Anis Ayuni

Entri dipetik dari blog Linda Amri, Linda Amri adalah AJK RAMFC di Sabah. Terima kasih atas laporan dan usaha anda membuat perjumpaan di Sabah menjadi pedoman bagi kami di sini.

Selain itu, berita mengenai pertemuan ini boleh di baca di laman alaf21 di sini.

Berita yang lain diterima mengenai Pesta Buku Sabah, sebanyak 15,000 ribu nashkah Mikhail berjaya di jual dalam masa tiga hari di sana. Ada juga yang kecewa tidak sempat mendapatkannya. Tahniah Alaf21 dan Ramlee Awang Murshid atas kejayaan ini. Kepada yang lain, dapatkan segera Mikhail, kini di pasaran!

Nota kaki: Cerita-cerita lain di Sabah boleh dibaca di laman alaf21.

  1. Mikhail Sudah Ada di Kota Kinabalu
  2. Pesta Buku Sabah Bermula
  3. Harga Semenanjung Di Pesta Buku
  4. Alesya Anessa Hilang Fonsel
  5. Gelagat Pengungjung di Pesta Buku

Kepada ahli kelab RAMFC yang ada mengambil gambar ketika di Pesta Buku Sabah dipelawa berkongsi gambar kenangan dengan menhantarkannya di mod.ramfc@gmail.com.

Share:

6 Ulasan

  1. Syabas kepada RAM atas kelahiran Mikhail dan dengan jualan 15,000 naskah setakat ini. Agak2 boleh sampai angka berapa Mikhail ni dapat dijual ye, sama2lah kita tunggggguuuuuuuuu

    BalasPadam
  2. hah? dah 15000 terjual!? banyak nyerk!!! SYABBAS MERE BETEH!

    BalasPadam
  3. Sy da pn baca Mikhail... Bc dlm 3 hr sb sibuk nk keje, masak n tgk tv..=) PAstu nangis pn 3 kali...hehheh..bab Mikhail jumpe Tahir...huaaaaahuaaa...sedih rrr..sb rs rugi sgt idup Mikahil jd mcm tu..

    BalasPadam
  4. Tahniah dan Syabas pada RAM kerana Mikhail serta Terima Kasih kerana turut memberikan penghargaan kepada KelabRAM serta ajk2 nya :)
    Terkilan sebab tak dapat jumpa dengan Abg RAM... ada halangan2 tak dapat dielakkan..
    MIKHAIL ... sepi itu indah

    dengar cerita... pada Ahad lalu saja Waktu pameran, stok mikhail laku macam 'pisang goreng'...

    adakah MIKHAIL ke 2 akan menyusul, rujuk m/surat 478 ,

    "Namun,kehampaan itu tidak terlalu mendukacitakan kerana masih terdapat harapan terakhir di Malaysia - seorang Mikhail baru lebih awal bertapak di sana. Bukan sebagai pembunuh tapi jauh lebih hebat daripada apa yang disangkakan."

    ia belum berakhir tapi baru bermula...

    hehehe...salam

    BalasPadam
  5. "Namun,kehampaan itu tidak terlalu mendukacitakan kerana masih terdapat harapan terakhir di Malaysia - seorang Mikhail baru lebih awal bertapak di sana. Bukan sebagai pembunuh tapi jauh lebih hebat daripada apa yang disangkakan."

    BH baca dengan fikiran 'sudah terang lagi bersuluh'....bukan sambungan tapi....Persoalannya siapa?

    BalasPadam
  6. wah.. kagum ng tulisan kak linda ni. ;)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin