Mikhail sudah ada di Pasaran

Apakah perasaan seorang bergelar “dato marsani” bila membaca nama dia di ruangan dedikasi dalam sebuah buku dari penulis kegemarannya? Kita tunggu ulasan tuan punya diri. Rasanya saya sendiri sukar mengambarkan perasaan apabila saudara Ramlee menyedari dan turut serta bila mengetahui adanya kelab peminat untuk beliau. Perasaan terharu saya rasai sampai sekarang.

Terima kasih daun keladi abang ramlee, sesungguhnya tiada minta selain ingin mengetahui perkembangan buah tangan terbaru dari abang Ramlee sendiri. Walaupun penantian menyeksaankan. Terbitnya Mikhail telah pun mengubat rindu kami yang sudah kerinduan dengan karya-karya abang Ramlee yang diingini untuk  menjadi santapan bagi minda kami.

Terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Alaf21 terutamanya pada pengurus besar Alaf21 En.Norden kerana sudi memberi informasi terbaru mengenai perkembangan novel terbaru dari Saudara Ramlee Awang Murshid.  Selain itu Alaf21 juga pernah menaja buah tangan untuk mereka yang hadir pada aktiviti Lepak Santai RAMFC:Membongkar rahsia Perindu. Saya juga bagi pihak RAMFC mengucapkan terima kasih kepada En.Alifin yang rajin meninggalkan nota-nota di ruangan borak santai kami.

Kepada anda peminat Ramlee Awang Murshid, jangan lupa di Mikhail di pasaran hari ini. Berikut adalah sinopsis Mikhail yang dipetik dari laman alaf21.

MIKHAIL 

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Kepada Sabahan, jangan lupa dapatkan Mikhail di Pesta Buku Sabah minggu ini bersama tandatangan penulisnya.

Share:

11 Ulasan

  1. uwaaaa, kiter sumer akan terharu biler bacaer nama kita kat blakang.. yg lg bangga semsetinya ATTOKZ!

    BalasPadam
  2. Salam kepada semua RAMians. Semalam 19 Mac, jam 7 malam, beberapa orang peminat abg Ramlee bersua muka dengan beliau untuk sesi santai Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid. Ucapan ribuan terima kasih juga kami rakamkan kepada Encik Norden dari Alaf21 yang turut hadir dan sentiasa memberi sokongan padu kepada RAMFC. Antara yang hadir selain saya adalah Atim, Dayang dan Kia - tiga beradik yang sama seperti kita meminati karya-karya abg Ramlee.

    Sesi yang singkat tetapi cukup bermakna itu telah memberikan beberapa input yang agak mengujakan. Antaranya adalah penerbitan Mikhail yang cukup memeranjatkan tetapi sangat mengembirakan peminat-peminat Ramlee Awang Murshid. Saya cukup teruja bila Encik Norden memberikan Mikhail untuk saya belek-belek dan saya mengambil kesempatan ini untuk membelek ruangan dedikasi di bahagain belakang novel. Dedikasi yang ringkas tetapi cukup bermakna kepada kita semua sebagai RAMFC. Ribuan terima kasih kepada abg Ramlee atas ingatan ini.

    Apabila saya bertanyakan apakah selepas Mikhail? Beliau menjawab "9 Nyawa". Apakah dan bagaimanakah "9 Nyawa"? Sama-samalah kita nantikan. Saya akui saya sukakan soalan tersebut setiap kali buku baru beliau ada di pasaran.

    Terbaru, semestinya Mikhail yang dah saya beli tetapi belum dibaca lagi. Saja lambat sikit baca sebab dah abih baca mesti nak komen, dah komen mesti orang lain melenting ye lah sebab yang lain belum baca lagi!

    Hehe, apa pun, syabas buat abg Ramlee untuk Mikhail dan semestinya kami akan menunggu "9 Nyawa" dan karya abg Ramlee seterusnya. Tahniah! Semoga abg Ramlee terus menghasilkan karya yang melatupppppppssss!!!!

    Untuk laporan bergambar tentang Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid, nantikan entri saya ya!

    BalasPadam
  3. kak elle, post yg bagus. dh grab mikhail td kt minerva, jln tar. discount 20%. kesejukan time balik basah kuyup. haha, mental kuat mental kuat.

    BalasPadam
  4. Untuk coretan Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid dan sedikit gambar sekitar Pesta Buku Sabah, sila lawati blog www.lindaamri.com

    BalasPadam
  5. wahai kengkawan RAMians, kita bacer la cepat2 MIKHAIL, kalo lambat rugi! heheh, tp kalo dh abes bacer kita senyap jer la, tunggu yg lain abes bacer k!?

    =)

    BalasPadam
  6. nanti kita discuss.. hehe..

    BalasPadam
  7. waahh..bestnye..
    bila la leh dpt ni..

    BalasPadam
  8. salam....suda brjumpe dgn RAM...d pesta buku sabah....
    x sangke!!!
    RAm sgt peramah dan guess wat kami duduk d hotel yg same!!!!

    hepiiii!!!! x saba nk abehkan buku Mikhail neh....

    BalasPadam
  9. Terima Kasih untuk novel ni & terima kasih tuk dedikasi .... teruskan usaha Abang RAM. GUD LUCK

    BalasPadam
  10. DatoMarsani,
    Dendiam suda la...hehehe!

    BalasPadam
  11. saya suka jalan carita mikhail buku ini yang saya tunggu selama ini pasal pembunuhan kejam berunsurkan politik saya harap ada lagi carita macam ini di lain waktu

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin