28 Februari 2009 - Lepak Santai RAMFC: Membongkar Rahsia Perindu di Taman Warisan, Putrajaya.-Update 13/02/09


Tuan-tuan, puan-puan, cik-cik dan orang ramai sekalian, Kelab RAM akan mengadakan satu aktiviti pada 28 februari ini, sila lihat baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui butir-butir mengenai aktiviti tersebut:-

Acara         : 
Lepak Santai RAMFC: Membongkar Rahsia Perindu
Tarikh : 28 Februari 2009, Sabtu
Masa : Dari 8.00 Pagi hingga program tamat.
Lokasi : Taman Warisan, Putrajaya 
                         (lihat bahagian Info Taman Warisan dalam entri ini)
Kod Baju : Kasual dalam Hijau (Contoh: Jeans/Slack/Kemeja/T-shirt berwarna Hijau)

Aktiviti yang bakal diadakan:
1. Mencari Harta Karun
2. Sukaneka
3. Lepak Santai dengan penulis kegemaran anda
4. Acara makan tengahari guna duit sendiri*
5. dll

Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM10 (sepuluh ringgit sahaja) seorang. Yuran dikenakan untuk orang dewasa sahaja. Yuran akan dikutip pada hari Program dijalankan. Yuran ini hanya untuk tujuan penyelengaran aktiviti, harap maklum. Hadiah untuk pemenang akan disediakan.

Semua penyertaan mesti disahkan kepada pihak AJK Kelab RAM sebelum 25 februari 2009 untuk memudahkan urusan program pada hari tersebut. Sila hubungi email/sms saudari elle di mod.ramfc@gmail.com /012-3069604dengan sertakan butir-butir berikut Nama/No Ahli RAMFC (Jika Ada)/Email/No.tel.

Jangan ketinggalan kerana saudara Ramlee Awang Murshid akan turut bersama kita pada ahri tersebut. Penyertaan anda sangat dialu-alukan, marilah bersama merapatkan ukhwah.

Senarai Nama Peserta (sehingga 13 Februari 2009):

1.      Ramlee Awang Murshid
2.      Attokz
3.      Faizzah
4.      Elle
5.      Anim
6.      Web Sutera
7.      Chef Hana
8.      GC
9.      K.illa
10.  Sab88
11.  Sue Onn
12.  Osh 
13.  K.lily
14.  Ratu Sulaman (singapura)
15.  Gus
16.  Jiji
17.  Laksaman Sunan
18.  Izura
19.  Muntaz
20.  Nuraiha
21.  Ajami Hashim
22.  Hajar
23.  Mimie
      24. Caun
      25. KP
      26. Laila D'Cun dan Keluarga
      27. Fasha
      28. Ayu
      29. Ina
      30. Aswad
      31. Nisha
      

* Perhatian: Kami hanya akan menanggung minuman dan makanan ringan sepanjang aktiviti dijalankan,
   sarapan/makan tengahari/minum petang atas tanggungan sendiri.
Info Taman Warisan, Putrajaya



Taman Warisan Putrajaya Terletak di kawasan Precinct 16, Putrajaya, Taman Warisan Pertanian ini memberi tumpuan kepada produk pertanian yang boleh dikomersialkan. Terdapat pelbagai tanaman menarik di taman ini termasuk pokok getah, kelapa sawit, kopi, koko, buah-buahan lain, serta tumbuhan herba. Taman ini turut menawarkan pelbagai jenis produk agro untuk dijual, selain mengadakan pameran dan aktiviti agro untuk pengunjung sepanjang tahun. (Info dari laman Tourism Malaysia). Untuk maklumat tambahan layari laman Putrajaya. 

Peta Ke Putrajaya

Untuk peta yang lebih interaktif sila layari laman ini
Peta Ke Taman Warisan


Pengangkutan Awam




Harap maklumat dapat membantu ini dapat membantu anda menyertai kami, sebarang penyertaan emailkan kepada mod.ramfc@gmail.com. Harap berjumpa nanti di Taman Warisan, kami tunggu respon anda!


Share:

11 Ulasan

  1. Salam,
    'makan ringan' tu agak2 nyer aper yekkk...?

    -GC-

    BalasPadam
  2. ada lg satu...telupa lak td.
    bayaran Rm10 nak bagi bila (date) atau collect on 28hb tu?

    -GC-

    BalasPadam
  3. yang baju tema tuu.. laki dan perempuan wajib kena pakai jeans dan t-shirt ijau ke?

    BalasPadam
  4. Silence, Jeans contohnya jea, jadi ada warna hijau2,

    GC bayar pada hari tersebut

    BalasPadam
  5. owhh oke2 thanks elle..saya konfemkan kehadiran b4 25 oke.. saya nak sgt join..tp xley nak konfem skrg.. thanks 4 d invitation n info~

    lagi satu..saya rasa..kwn2 RAMFC yg lain kat Facebook masih belom jelas kat mana Taman Warisan ni..saya ada bgtau utk jenguk website ni..tp tak tau la diorg bukak ke tak..

    BalasPadam
  6. RAMians,

    Bersediakah anda utk bermain dengan "MANGGALA MENGGANAS"?

    Pastikan kehadiran anda 28hb ini, utk merasai pengalaman ini.

    Hehehehe!

    Silence,
    mcm kenal je..hehehe! Nani, bwk hubby x nnt?

    BalasPadam
  7. mak aih tajuk games yg ganas dr attokz.........

    kalau dah pegi tu nnt mmg le nak masuk semua xtvt tu encik penasihat oit.... konon2nye kalau larat la he3

    BalasPadam
  8. tak ajak reporter ker?
    eh! salaam perkenalan all ;-)

    BalasPadam
  9. Gua mcm kenal je mamat Ajami nie la..hehehe!

    Illa,
    Pastikan kesihatan ditahap optimum ya..

    Dewanua,
    Kalo awek yg ramai..ko dtg la menambahkan umat ADAM. Hehehe!

    BalasPadam
  10. salam....xtvt "menggala menganas"....mmmmm, ingatkan xtvt "membongkar rahsia perinduu"...("_)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin