Ahli RAMFC Minggu Ini: SEPAN

Minggu ini kita penyertaan dari saudari Laili berasal dari Selangor ingin berkongsi pengalaman sebagai peminat novelis Ramlee Awang Murshid dalam segmen Ahli RAMFC Minggu Ini. Mari kita baca pendapat Laili yang gunkan nick sepan dalam chatroom RAMFC.


Nama: Laili Rosli
 
Asal : Selangor
 
 
Novel Pertama: Tombiruo
 
Info Tentang RAMFC : Google
 
Harapan kepada RAMFC: Tak sabar bertemu anda semua....Bertukar2 idea dan minat. Semoga RAMFC dpt menemukan saya dgn penulis pujaan saya RAM!!!
 
Ucapan kepada RAM: U r genius!!! Lain dr yg lain. Amat mengkagumi bakat anda. Terus mnghasilkan novel2 yg lebih hebat.
 
Saya merupakan peminat novel2 Alaf 21. Tp sampai satu ketika itu,  saya dah letih nak mengadap novel2 berkisar tentang percintaan, cinta 3 segi, kahwin paksa, etc semua nih. Kadang2 ending pun dah boleh agak. Jadi saya nak ubah selera kpd novel2 yg misteri n thriller.
 



Saya pun tgk satu2 barisan buku Alaf 21 di Kinokuniya, KLCC. Mata saya akhirnya terhenti pada satu novel yang agak pelik bunyi nya...."Tombiruo". Sejak dari detik itu saya menjadi pengikut setia RAM. Saya mula membeli dan mengumpul novel2 nya yg terdahulu. Novel2 tulisan RAMFC berjaya membawa saya ke dunia yang lain. Lupa sebentar masalah di kepala.
 
Novel kegemaran saya ialah "Rahsia Perindu". Kagum dengan cara RAM mengolah cerita dalam cerita. Sampaikan saya memberi pesan pada ibu " Haaa...nak baca novel tu tak boleh skip2 tau. Nanti tak faham".....Tabik laaa!!!

Amat menggembirakan saya apabila saya bertemu pula dengan RAMFC. Semoga selepas ini saya berpeluang mengikuti semua aktiviti anjuran RAMFC. Maklumla terkadang ada halangan yang tak dapat dielakkan. Tak sabar bertemu anda semua.

Share:

2 Ulasan

  1. Salam Selamat Datang buat Sepan yang budiman.
    Terima kasih sebab menjadi salah seorang drpd ahli RAMFC ;D

    BalasPadam
  2. tq GC...eheheheheh...trharu nyee

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin