Rahsia Perindu di Besut, bersama hujan lebat

Seperti biasa saudara Ramlee cerdik memainkan dan memberi warna kepada watak dan persekitaran. Ada ketika bila saya rasa itu realiti, tetapi ternyata fantasi atau persekitaran dalam dunia halusinasi, dan sebaliknya. Watak utama Maria dan Amylia yang memiliki dua dunia, menjadi tunjang kisah di sebalik cerita. Penulis amat berjaya mencorakkan ‘dunia’ dalam Rahsia Perindu.
Sinopsis begini:
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan proses psikoanalisis.Adakah kisah di atas realiti atau sekadar cerita di dunia halusinasi? Ternyata bahawa ia adalah dunia di dalam minda bawah sedar watak utama. Jadi apakah cerita sebenarnya? Saudara harus baca untuk mengetahui kisah di sebalik cerita.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia bernama Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Ramlee bermain psikologi, bermain dengan dunia di bawah minda sedar, juga menyelongkar sutera cinta dan kasih sayang. Rahsia Perindu menyingkap rindu, menelusuri dendam dan hasad dengki serta menyentuh isu ketuhanan.
Saya selesai membaca Rahsia Perindu saat-saat hujan mencurah-curah di perkampungan di mana saya dilahirkan. Kampung terpencil di Besut itulah tempat saya bermain di baruh, bersilat bersama pacat dan lintah, berselut bersama kerbau. Di kampung itulah saya bersekolah di sekolah rendah sehingga darjah 3 dan besekolah menengah sehingga selesai Sijil Rendah Pelajaran (SRP), sebelum bermastautin di Jerantut, Pahang. Di sini juga saya mengenal cinta dan kasih.
Di baruh ini kupetik memori
di tengah-tengah lambaian padi menguning
meliuk lintuk ditiup angin
di sini aku mengenal cinta;
di bawah sang mentari kering
dan batas-batas berumput kuning
mengajar aku erti rindu;
bersama sang kerbau setia
mengheret waluku tajam
menghiris tanah basah
di sini aku mengumpul kasih;
di sudut ain dan hati
air mata melimpah lagi
Tags:
Ulasan novel
10 Ulasan
5 Bintang untuk 'Rahsia Perindu'
BalasPadamSalam,
GC
saya setuju 5 bintang utk Rahsia Perindu. ceritanya mmg best walau berbelit2.
BalasPadamRahsia Perindu..
BalasPadamtension bila baca tp bila dah abis seronok...
wlupun mula2 rasa tertipu...tp mmg ade kelass lah novel ni..
novel yang paling best.....
BalasPadamfor me, 5 bintang utk rahsia perindu. kalau ikut ranking den, no 4 la slps trilogi bp, trilogi tombiruo dan ADAM.
BalasPadamhmmm... bg sy, sy kasik "sejuta bintang di langit" utk Rahsia Perindu & sume hasil karya abg RAM...
BalasPadam[die-hard-fan lah katakn... huhuhuhu~]...
p/s: klu abg RAM dpt publish 10 buah novel setahun dgn tahap quality+++ spt yg abg RAM maintain skrg, sy sudi beli sume nyew...
lalalalalalalala~ :)>-
wawawawa fecca..sejuta bintang tu..
BalasPadamrahsia perindu 5 bintang dr 5 bintanglah ..sbb ada mcm2 rasa..org yg tengok kita membaca pun geleng pala dibuatnya..mana taknya, berkerut dahi bila membaca tapi satu citer yg menguji tahap pemahaman seseoranglah. pada yg baru cuba berjinak2 dgn karya abg Ram rasanya lebih baik mula dgn novel yg simple2 dulu seperti Adam atau trilogi tombiruo lepas tu baca mandatori baru baca yang ini. Anda akan faham cara penulisan Abg Ramlee. Byk sgt yg misteri novel nie..ahakssss
ku cagarkan seluruh isi alam dan cakerawala sbgi pghrgaan kpd karya Abg RAM ni ..... (w/pun x baca lagik) lalalallalallalala ...
BalasPadamGud luck abang besar!!!
Yang Benar sebenar Benarnya
~Perindu Yg slu Berahsia~
confirm kalau ulang baca sekali lagi pun still pening nak faham...tapi itu yg BEST dan SPECIAL tentang karya 'abg besar'. terfikir gak macam mana laaa 'abg besar' dapat idea nak tulis 'rahsia perindu'. hhmmmm, agak2 ada lagik tak karya yang 'berkonsep' sama macam RP nieh? buleh buat hilang kan tension.
BalasPadamRahsia Perindu...
BalasPadammembuatkan kita berfikir ketika sedang dan selepas membaca..
seronok sgt... :)
Sila tinggalkan komen anda di sini.