Novel yang baik menerapkan unsur budaya

Bagi saya, antara ciri sebuah novel yang baik ialah pembacanya membaca dengan asyik dan tidak melangkau, walaupun mungkin tidak berniat untuk dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja.

Ciri novel yang baik juga boleh mengajak pembaca menghayati fenomena dan panorama yang diwujudkan dalam plot-plotnya. Tidak kurang juga sebuah novel yang baik boleh membuatkan pembacanya mengenali sedikit sebanyak budaya sesebuah kehidupan, sama ada murni atau sebaliknya.


Saya sudah membaca novel Hatiku di Harajuku oleh Ramlee Awang Murshid
.

Saya senang dengan novel ini; plot-plot yang pendek dan mendebarkan, banyak aksi, banyak teladan dan saya boleh mengenali budaya samseng Jepun melalui watak-watak dan kejadian yang berlaku di persekitaran kegiatan kumpulan Yakuza, juga budaya samurai.


Sebelum saya membaca novel ini, bertahun dahulu saya telah membaca sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk “Cloud of Sparrows”. Mengapa saya menyukai Cloud of Sparrows? Pertamanya kerana penulisnya orang Jepun, Takashi Matsuoka, keduanya kerana ceritanya berkisar di Jepun.

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin