Makan Malam Bersama Abg RAM dan Keluarga

Hasil Nukilan: AJK Pahang, Illaktn http://akuhanyaseorangperempuan.blogspot.com/

Alhamdulillah, selama beberapa tahun kebelakangan ini aku telah menjadi peminat hasil karya novelis thriller No.1 Malaysia iaitu Abg Ramlee Awang Murshid. Banyak novel karyanya yang telah kubaca, samada beli sendiri ataupun pinjam dari adik-adik. Emmm membaca, memikir dan cuba menyelami setiap watak yg ada di dalamnya tapi kalau ditanya yang mana paling berkesan, aku akan cakap watak Laksamana Sunan yang paling best. Dan jangan marah, bahawa aku sangat jeles dengan Sang Ratu dan Haryani kerana mereka berkesempatan untuk mendampingi lelaki pujaanku itu. Uwaaaaaaa jelesnye. Memang trilogi BP, CSR & HSP yg digarap oleh Abg RAM amat berkesan di hati semua orang termasuklah aku. Dan dari adikku jugalah iaitu Alias, aku mengenali google RAMFC dan blog tersebut.

Bermula dari situlah aku mula melayari blog yang memudahkan aku untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai penulisan Abg RAM. Disamping itu, jalinan ukhwah telah terjalin sesama ahli walaupun hanya bertemu di alam maya sahaja. Dan setakat hari ni hanya beberapa orang aku telah temui seperti Cik Pengasas RAMFC iaitu Elle, Anim, Sueonn dan org Kuantan sendiri iaitu Tunteja.

Dan kemuncaknya ialah pada 29.11.2008, AJK Phg dpt berjumpa sendiri dgn Abg RAM. Aku, Kak Lily dan Teja telah menunggu Abg RAM dan family di lobi Hotel Vistana pd pukul 8pm. Dan kami telah berkonvoi ke Restoran Phuket utk menikmati makan malam yang relax dan santai. Tempat yang dipilih ini pun kerana sebelum tu Abg RAM telah menelefonku untuk mencari tempat makan yang berkonsep macam tu dan ikan bakar adalah menu utama. Terkejut dengan panggilan telefon tersebut, aku pun terus mberitahu kepada Tunteja yang Abg RAM sekeluarga akan berada di Kuantan........ Rupanya Tunteja lagilah terkejut dan kami nervous sebenarnya. Hehehe. Ye lah siapa tak terkejut, kalau penulisnya dah berada di depan mata kan. Emmm, kalian semua tatapilah gambar-gambar yang sempat ditangkap. Oh tak lupa jugak, makan malam tersebut turut disertai oleh Timbalan Presiden kita iaitu Akimsensei yang kebetulan berada di Kuantan kerana menghadiri reunion PALAPESnya.


Inilah Abang RAM dan Kak Dayang, isteri tercinta beliau yg sangat cantik. Peramah sangat. Maaf ye Abg RAM dan Kak Dayang kalau pada mulanya aku ingatkan kalian berdua tidak dapat menerima kehadiran kami...... Ye lah kami ni siapakan...... hanyalah peminat hasil karya beliau. Sungguh tak sangka yang mereka berdua boleh duduk bergurau senda dan berbincang macam dah lama kenal.



Yang kecik ni ialah permata hati Abg RAM dan Kak Dayang iaitu Aizuddin dan yang seorang lagi tu ialah adik kepada Abg RAM yang bernama Azlan.



Mcm biasa....... bila dah ada penulis emmm mestilah ada sesi autograf kat novel yg menjadi milik kami. Aku hanya membawa novel terkini (wlpun novel terkini Personal Justice belum beli lagi dan tak sampai lagi kat Popular Book Kuantan) seperti HSP kepunyaanku, Ali dan adik iparku. Yang tak disangka ialah Tun Teja membawa kesemua novel Abg RAM...... Eeeeeee jelesnya, kalau tau aku bawak semua uwaaaa.



Sesi bergambar selepas makan........ Sori, tak sempat nak snap gambar masa makan hehehe. Semua tunjuk muka kekenyangan. Jeng3 yang baju merah tu lah Tunteja (sori ek, ni utk tatapan umum ye Teja). Yg membelakangkan kamera ni ialah kawan Akim yang bernama Langgak.

Hehehe kat belakang pun jadi gak nak bergambar.


Bergambar sebelum berpisah. Terima kasih kepada Abg RAM sekeluarga kerana sudi membelanja makan malam. Budi baik kalian sekeluarga tak akan kami lupakan.


P/S : Sehingga ke hari ini aku masih lagi tak percaya yang aku dapat berjumpa dengan penulis pujaan ramai dan aku antara segelintir di antara mereka di luar sana yg menggemari hasil karya beliau hehehehe tak caya ni.

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin