Tombiruo, Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir

Photobucket

Saya tidak ingin menyentuh mengenai watak, plot atau tragedi dalam novel-novel ini. Yang ingin saya perkatakan ialah kecintaan Ramlee dalam watak Ejim atau Amaruddin terhadap hutan Keningau ciptaan Tuhan di Sabah. Ianya juga benar bagi hutan-hutan lain yang ada di seluruh dunia.

Dari mula trilogi ini, melalui novel pertama Tombiruo, Ramlee telah menerapkan nilai murni dalam memelihara warisan hutan supaya ianya kekal untuk tatapan generasi mendatang. Hutan ciptaan Tuhan tidak wajar dicemar oleh pelbagai bentuk kecemaran yang dilakukan oleh manusia.

Hutan, bukit dan gunung merupakan tulang belakang bumi yang menjadi akar tunjang supaya bumi atau tanah tetap teguh tidak musnah. Perkara memelihara alam sekitar ini memang menjadi kewajipan manusia untuk menjaganya, kerana ianya juga hidup.

Dalam kitab suci al-Quran pun Tuhan ada menyebutkan perihal pentingya hutan, bukit dan gunung dipelihara dari segala bentuk pencemaran, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk yang lain.

Surah An-Nabaa’, ayat 7, Allah berkata, “dan gunung-ganang untuk pengaman (pasak)”.

Surah An-Naml, ayat 88, Allah berkata, “Dan kamu lihat gunung-ganang itu, kamu kira ia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti berjalannya awan. (Begitulah) ciptaan Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan kukuh dan rapi. Dan Dia Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Inilah intipati utama trilogi Tombiruo.

Share:

1 Ulasan

  1. Salam,
    Tahniah untuk penghasilan karya-karya ini.
    Semoga terus berkarya yang sepertinya.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin