Hatiku Di Harajuku memang mendebarkan

Hatiku Di Harajuku mempunyai ciri-ciri di atas. Saya senang dengan novel Hatiku di Harajuku; plot-plot yang pendek dan mendebarkan, banyak aksi, banyak teladan dan saya boleh mengenali budaya samseng Jepun melalui watak-watak dan kejadian yang berlaku di persekitaran kegiatan kumpulan Yakuza, juga budaya samurai.
Sebelum saya membaca novel ini, bertahun dahulu saya telah membaca sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk “Cloud of Sparrows”. Mengapa saya menyukai Cloud of Sparrows? Pertamanya kerana penulisnya orang Jepun, Takashi Matsuoka, keduanya kerana ceritanya berkisar di Jepun.
Okey, berbalik kepada Hatiku Di Harajuku. Novel ini membuatkan saya menyelongkar rak buku saya, dan menjumpai sebuah buku bertajuk Konspirasi Jepun yang dikarang oleh Marvin J. Wolf. Sudah lebih kurang 13 tahun buku ini terperap di rak buku, namun tidak tergerak untuk membacanya. Buku Konspirasi Jepun versi bahasa Melayu ini diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu, tahun 1989, dan diterjemahkan dari versi asal bahasa Inggeris oleh Mansor Ahmad Saman.
Novel Hatiku Di Harajuku memang menarik dan mendebarkan!
Tags:
Ulasan novel
0 Ulasan
Sila tinggalkan komen anda di sini.