Novel kreatif membentuk minda

Photobucket

Kita dapat menimba banyak pengalaman orang lain dengan membaca. Apa sahaja bentuk atau genre buku, saya amat pasti semuanya bermanfaat kepada manusia, pastinya ianya turut bergantung kepada apakah niat asal kita membaca.


Membaca bagi saya amat penting. Ada orang membaca kerana ingin menimba pengetahuan untuk tujuan peperiksaan dan ada yang membaca kerana untuk memenuhi masa lapang. Namun bagi saya membaca adalah satu aktiviti yang mesti ada bagi setiap rakyat Malaysia.


Salah satu cara untuk memperoleh ilmu adalah melalui pembacaan. Namun begitu, harus diingat bahawa membaca bahan-bahan bacaan yang berbentuk picisan atau sastera murahan akan menjadikan kita terpesong dari jalan yang benar dan tergelincir dari lunas-lunas budaya baik yang dapat membina sahsiah diri.


Saya ingin memfokuskan ulasan saya kepada novel-novel kreatif yang ditulis oleh penulis yang amat saya minati, Ramlee Awang Murshid. Saya kira tidak keterlaluan sekiranya saya katakan Ramlee telah berjaya membuka satu arus baru dalam penulisan novel dalam bahasa Melayu. Novel berbentuk thriller dan misteri yang matang itu telah diselitkan dengan unsur-unsur murni dalam Islam serta nilai murni masyarakat Malaysia.


Suka saya nyatakan di sini bahawa novel berbentuk demikian mempunyai penggemar di Malaysia.
Sudah sekian lama pasaran negara dibanjiri dengan novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat. Usaha murni Ramlee, yang amat berjaya, harus diteruskan dan diikuti oleh penulis-penulis yang lain.

Novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat sudah semestinya, antara lain, memuatkan nilai-nilai budaya barat yang kurang sesuai dengan masyarakat timur, terutamanya masyarakat Malaysia. Walaupun tidak dinafikan ada unsur-unsur kemanusiaan sejagat dalam karya-karya kreatif dari barat, namun demi untuk menyampaikan mesej mereka, ada sesetengah (bukan semua) penulis barat lebih cenderung menerapkan propoganda barat yang kadang-kadang terlalu bobrok dan hodoh.


Dengan berkata demikian, saya tidak menolak satu isu bahawa pembaca yang matang dapat menyaring unsur-unsur kurang sihat/propaganda yang cuba hendak disampaikan oleh penulis barat. Apa yang penting bagi saya ialah kita membaca dan dalam masa yang sama menimba atau meminjam pengalaman orang lain; yang kurang elok atau berniat jahat kita jadikan sempadan dan panduan, yang baik kita ambil dan praktikkan dalam kehidupan.


Justeru, amat perlu novel-novel kreatif dalam negara disuburkan lagi dengan kehadiran karya-karya seumpama yang dihasilkan oleh Ramlee, supaya kita dapat mempelbagaikan genre novel di Malaysia.

Share:

1 Ulasan

  1. salam. just to add, memang membaca sgt pntg dlm hidup kita. dr sudut agama apatah lg. saya kadg2 tidak faham mengapa kedudukan novel kreatif tidak dilevelkan setaraf dengan novel sastera. saya doakan harapan abang ramlee agar karya beliau dijadikan rujukan untuk pelajar akan tercapai. mungkin ada dr sudut tatabahasa yg perlu sedikit diperbetulkan, namun in my opinion, novel kreatif lebih menonjol dlm msyrkt. buktinya, kita lihat lah bgmna dr sehari ke sehari, alaf21 semakin gah di arena penerbitan. wpun mungkin alaf21 mengeluarkan byk produk, i mean, buku2 motivasi, agama, resipi, namun saya rasa alaf 21 lebih gah sebagai penerbit novel kreatif. andaikata ada yg menuding jari mengatakan penulis alaf21 sebagai eceran, dengan award yg pernah dimenangi oleh abg ramlee, kak aminah mokhtar, dr tuah iskandar dll, hal ini sebenarnya pendapat yg salah. apa yg pastinya, secara jelas novel2 kreatif sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat. dengan isu2 yg diketengahkan dalam setiap novel, ianya dpt menjadikan kita lebih menghayati hidup kita, lebih menghargai apa yg ada di sekeliling kita. apa yg saya respect ttg karya abg ramlee, idea beliau melampaui apa yg kita org biasa2 fikirkan. sehinggalah kadang2 terasa kita sendiri seperti di alam novel tersebut. siap menjelma di alam mimpi lagi tu. satu lg, abg ramlee sering mengetengahkan isu2 semasa yg terjadi di sekitar kita, misalnya tsunami, kerajaan ayah pin, kes kanak2 hilg dll. walaupun semua ini digambarkan dr kaca mata beliau, namun sepanjang sama mula membaca novel sedari sekolah rendah, inilah yg pertama kali terjumpa seorg novelis yg lain dari yg lain. yg jelas, wpun berlatarkan thriller, setiap novel diwarnai dgn resipi kasih sayang kekeluargaan dan cinta sesama manusia. hal inilah yg menjadi keistimewaan karya beliau dan menjadikan saya memberi 5star untuk setiap novel beliau. benar kata beliau dlm sinar harian, yg lelaki lebih memahami dunia lelaki, dan hal ini melahirkan watak sunan yg begitu dikagumi. saya amat berharap, novelis lelaki yg lain dlm genre thriller, murad arshad, zaifuzaman ahmad dan novelis sci fi, fadli alakiti akan terus menyinar bersama alaf21. one more thing, saya baru je abis baca karya ilani mysara, kuseru namamu. macam ada chemisty dgn bagaikan puteri. dan akhir skali, harapan saya agar igauan maut dpt diterbitkan semula mungkin sebagai novel nostalgia. jika badai semalam, ranjau sepanjang jalan, jalur sinar di celah daun dan tukcai masih bleh mendapat tempat di hati pencinta novel, inikan igauan maut karya abg ramlee yg karyanya amat dinanti2 oleh beribu mgkin berjuta peminat karya beliau. sekian, pendapat yg tidak seberapa dari saya.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin