[#KajunAjakSembang] - Anding Ayangan, Mu Tunggu Kajun!

Salam penuh kasih sayang buat semua RAMians.
Kajun doakan semoga semuanya berbahagia dan gembira di samping yang tersayang walau di mana jua kalian berada.

Nampaknya, ada yang telah mengukir senyum hingga kejang rahang ya?
Manakan tidak, Anding Ayangan telah memunculkan dirinya.
Semestinya buah tangan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) kali ini menjanjikan satu dimensi baru untuk kita terokai.
Oh, seronoknya perasaan!

Buat yang memesan dengan RAMFC Store, sabar ya?
Admin bertugas sedang menyiapkan tempahan kalian bagi memastikan buku juga cendera mata buat kalian disediakan dalam keadaan molek dan terbaik.
Dengan izin-Nya, kalian semua akan dapat menatap naskhah ini dan perasaan gembira itu bertambah dengan 'button badge' edisi terhad itu.

Tapi Kajun nak minta bantuan tau?
Kalau dah ada antara RAMians yang dah membaca nukilan terbaru Tuan RAM ini, kita simpan-simpan dulu ya?
Ya, ya!
Kajun tahu banyak kejutan yang indah-indah yang ada dalam buku ini.
Tapi, apa kata kita tunggu sedikitttttt sahaja lagi masa untuk berkongsi dengan teman-teman lain.
Kajun faham sangat betapa peritnya perasaan yang menunggu.
Jadi, kalau dah ramai yang dah baca, barulah seronok sedikit nak diajak bersembang.
Kan?

Baiklah, Kajun pun sudah nak lelapkan mata.
Esok, dengan izin-Nya Tuan RAM akan berada di Karnival Karangkraf lagi.
Sesi beliau dijangkakan bermula jam 11.
Jadi, kita jumpa di sana ya?
Jaga diri semua dan semoga yang indah-indah jua melingkari hari kalian.

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin