Tulis@RAMFC: Dialog/Monolog Mariam, Luna & Haryani – Hanya BertepukSebelah Tangan oleh Elle Syeila


Mariam, Luna & Haryani
Kenapa Saifuddin sedikit pun tidak memandang kita. Apakah paras kita ini semua kurang menarik. Apa kah kita tidak menonjol. Sedangkan Ratna pernah dipengaruhi Syaitan dan selalu membuat durja di dunia ini.Kenapa Saifuddin tidak memilih antara kita walaupun hanya sebagai penganti Ratna?
Haryani



Aku berangan menjadi puteri, lalu terdampar di dunia yang lebih awal. Sebelum itu aku sentiasa memperlekehkan cinta. Lelaki bagaikan bayang-bayang sahaja bagiku. Hidup ku hanya sahabat dan keluarga.
Sehingga aku bertemu saifuddin di dunia yang lebih awal itu. Aku terpesona dengan kejantanan, keimanan dan ketaatan dia yang hanya kepada Allah sahaja. Di dunia ku, jarang sekali dapat ku menemui susuk sebegitu. Jika ada pun, kemungkinan dia adalah hanya lelaki akhir zaman yang memakai baju dari kulit kambing dan bertopengkan keimanan.
Tangkasnya dia di pentas lawan, baiknya akhlak tidak bertepi dan taatnya dia kepada suruhan Yang Maha Kuasa membuatkan aku tersipu malu dengan diri sendiri. Dan aku hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta tidak berbalas walaupun hampir dinikahi. Tidak mungkin kerana kami dipisahkan dengan batas waktu yang jauh ku tinggalkan dan lebih kebelakang dari usia ku yang sebenar.
Bayangkan dia lelaki pertama menulis ayat-ayat yang memujaku seperti puteri. Masakan aku tidak mendambakan dia. Masakan? Mana mungkin? Hati mana yang tidak tertawan. Namun jodoh di tangan Allah, aku harus redha. Namun hati tetap berdegil, lalu aku menegas menutup pintu hati untuk lelaki yang lain.
Bodohkah aku? Ya aku bodoh! Sedangkan begitu ramai sang teruna ingin memiliki. Bukan tiada lelaki yang baik. Sedangkan Dani sehingga terdampar di bumi seberang kerana aku tidak membalas cintanya. Masih hati ini hanya untuk kau Saifuddin.
Saifuddin jika kau lelaki yang wujud di duniaku, aku pasti menjadi milikmu.
Bagaikan tasik  mempunyai naga
Ko tangkas memegang senjata
Dalam diam kau bertakwa
Menjadi harapan kepada bangsa
Agamamu menjadi pedoman
Melawan  dan menawan lawan
Bagaikan putera tapi tidak dimahkotakan
Kau jadikan ku puteri seperti yang kuimpikan
Kau Bagaikan Sang Pendeta dari syurga
Terus bertaktha di hati ini
Luna



Dia pengubat kesedihan ku. Setelah lama aku kesepian, aku bagai menemui penawar cintaku yang telah mati bersama suamiku. Perilakunya yang soleh itu membuat hatiku tidak keruan. Aku ingin sekali berada bersama dengan dia siang dan malam.
Aku mengekorinya ke mana-mana. Seperti orang yang gila bayang aku jadinya. Aku memastikan keselamatan nya terjamin. Terlukanya dia terlukalah aku. Walaupun aku dilarang oleh Ayahanda namun hati ini tidak tega melepaskan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan.
Akhirnya hati ini hancur juga bila dia menikahi Ratna. Aku tidak tersangka dia memilih perempuan puaka itu. Kenapa Saifudin? Kenapa Sunan? Kenapa perempuan itu? Sedangkan dulu, haryani tidak kurang elok itu tidak dinikahinya, kenapa dia harus menikahi perempuan neraka ini? Oh tidak.
Aku saksi segala peristiwa dalam hidupnya. Aku cemburu melihat dia melayan Haryani begitu baik. Aku pelik dia menjaga Ratna bagaikan Ratna tidak pernah melakukan kesalahan. Apakah manusia ini buta? Atau aku yang buta. Buta dalam menilai erti cinta yang sebenar.
Kemudian perempuan durjana itu mati. Ha memang patut pun. Tapi aku turut berasa kesedihan Saifuddin. Aku merasa bersalah. Aku merasa bahawa aku perempuan yang tidak baik mencemburui Ratna ketika dahulu. Oh Saifuddin maafkan aku. Aku sepatutnya lebih segera sampai menolong mu pada masa itu, namun nasi telah menjadi bubur. Tidak ku sangka seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri.
Kesian Sunan ku lihat. Kemudian tiba-tiba dia menghilangkan diri entah ke mana? Lama sungguh. Aku merayau-rayau mencarinya. Ketika itulah aku melihat Buanda Kayangan Puteh. Tidak kusangka perempuan itu masih hidup. Namun dia telah bertukar rupa. Sungguh aku melihat kekuasaan Allah.
Namun hatiku tetap gembira kerana Sunan tidak mengetahui yang isterinya masih hidup. Peluangku masih terbuka luas. Ya, aku berikrar menjadi penganti Ratna.
Saifuddin muncul semula tapi dia sangat berbeda. Dia kurang upaya. Tidak segagah dulu. Dia Nampak sedih. Kenapa Sunan? Aku disini Sunan. Di sini?
Ayahanda menjadi tempat mengadu, aku tidak teguh melihat Saifuddin begitu. Lalu aku memujuk ayah menyelamatkan Saifuddin. Di tempatku ini Saifuddin terlantar dan diubati oleh kaumku. Dia pulih semula dan aku gembira. Aku berharap dia akan merasa cintaku ini selepas dia pulih.
Rupanya cinta Sunan kepada Bangsa, Negara dan Agama lebih tinggi. Dia mahu pulang berjuang mempertahankan tanah airnya yang telah pun dijajah.
Di sana ku tahu seorang perempuan kristian sedang menunggunya juga dengan cinta kepada dirinya. Haruskah aku berebut lagi. Tidak mungkin aku tewas kepada perempuan yang tidak seagama dengan Saifuddin.
Sekali lagi api cemburu membara, rupanya Catalina telah bertukar menjadi Mariam?! Apakah kuasa yang ada di dalam Saifuddin yang menyebabkan perempuan itu bertukar. Tidak mungkin! Perempuan ini bukanlah baik sangat. Kedatangannya dalam hidup Saifuddin penuh dengan niat jahat. Saifuddin kenapa kau menerima nya sebegitu mudah walhal dia telah menyeksa mu semasa susahmu. Kenapa Sunan begitu mudah memaafkan? Adakah kerana kata-kata kau pegang itu ‘Sebagai Manusia Aku Sayang Pada-Mu’? Oh Saifuddin.
Aku dapat merasakan aku akan tewas lagi. Namun aku tidak akan memudahkan Mariam untuk memiliki nya sebegitu sahaja. Perjalanan jauh bersama Saifuddin membuatkan aku memahaminya. Dia seorang yang setia, Cintanya hanya kepada Allah S.W.T dan kasihnya hanya kepada Ratna Si Ratu Sulaman. Lalu aku membiarkan sahaja Saifuddin mengambil langkah menemui semula Ratna yang telah menjadi makhluk ngeri dilihat orang. Aku pasrah setelah aku melihat Mariam berteguh hati berpisah dengan Saifuddin.
Biarlah Saifuddin bersatu dengan yang hak. Sedangkan aku mula melihat ada yang masih menyimpan hati kepada balu pahlawan polip ini. Aku menerima cintanya seadanya. Akhirnya aku merasa nikmat yang Tuhan berikan kepadaku. Hidup sebagai pasangan yang direstui oleh Allah.
Mariam



Aku dikahwini oleh seorang yang setaraf denganku. Mana mungkin aku menerima cinta orang kebanyakkan. Dan  aku berpegang teguh kepada agamaku. Aku dilayan bagaikan puteri raja. Aku boleh meminta apa sahaja dengan memetik jari.
Tiba-tiba aku dirundung malang, suamiku tewas di medan perang. Berbulan ku menunggunya pulang, namun berita gila ini yang ku terima. Nikmat perkahwinan yang tidak sempat kurasai kerana suami menyahut seruan negara, kini bertemu mati. Aku merasakan ia juga, aku juga mahu mati. Aku tidak percaya kepada tuhanku lagi. Apakah erti semua ini? Bila bahagia yang ku nanti, petaka pula yang hadir menemani.
Oh hidup penuh sengsara, siang dan malam aku menangisi hidupku ini sehingga aku bertemu wanita berhijap yang mengelarkan dirinya Mariam. Oh siapa Mariam? Dia nampak tenang sahaja. Oh Mariam mula memberikan aku petunjuk menemui dia. Kelembutan dan kasih sayang Mariam membuatkan aku ingin mencarinya. Lalu aku mengikut petunjuknya untuk mencari lelaki bertanduk dua bakal membawa ku bertemu dengan Mariam.
Lelaki bertanduk dua yang ku layan seperti hamba tiba-tiba membuatkan jiwaku mula terusik. Walaupun menjadi tawanan dan hamba sahayaku, lelaki ini masih teguh dengan agamanya. Siang malam mulut berkumat kamit memuji kebesaran yang Agung. Hatiku yang keras mula menjadi lembut. Sementan aku melihat dia tidak kurang kacaknya.
Mungkinkah lelaki bertanduk dua bakal penganti suamiku? Namun lelaki sukar didekati. Terdapat penghalang untukku bersatu dengannya. Ya mungkin agama dan taraf. Mungkin jiwa tidak mungkin bersatu. Aku meneruskan perjalanan mencari Mariam dari petunjuk lelaki bertanduk dua….lama-lama mariam yang ku cari adalah diriku sendiri.

Setelah mengenal kebesaran Allah, aku mula mengubah diriku keranaNya. Dengan bimbingan Saifuddin aku mula menjadi wanita solehan dan seorang mukmin yang sejati. Aku cuba mengintai peluang untuk bersama Saifuddin. Aku juga tahu Luna, makhluk bersayap juga menaruh hati kepadanya. Daripada Luna aku mengetahui Saifuddin pernah beristeri. Lalu aku mengerti, cintanya kepada arwah isterinya masih kukuh.

Perjalanan pulang yang jauh bersama Saifuddin pulang ke tanah air membuat aku lebih banyak belajar tentang cinta. Rupanya cinta sesama insan tidak penting melainkan cinta kepada Ilahi. Dari bertepuk sebelah tangan lebih baik aku belajar mencintai yang Esa.
Rasanya diri lebih disayangi selepas itu. Aku berterima kasih kepada Si Laksamana kerana mengenalkan aku kepada cinta yang Agung iaitu cinta kepada Ilahi.
Mariam, Luna & Haryani
Lalu kami memahami, bukan kami yang memilih mencintai siapa dan dicintai. Kami harus belajar mencintai yang Esa dahulu. Barulah kami mengenal cinta yang sejati.
Sekian.
Setia @ PDKL|101112| 0339

Nota:
Seingat ketika ini, siri Laksamana Sunan telah masuk ke buku ke lima. Nukilan ini diterbitkan dalam projek buku khas RAMFC bertajuk 'Sailang' dan bersempena 5 tahun RAMFC.

Berminat mahu kongsikan karya anda pula di website RAMFC. Karya perlu bertemakan 'FanMade' atau 'FanArt' dimana dipengaruhi karya-karya RAM. Kisah peminat gila pun kami terima. Hantarkan karya anda ke admin.ramfc@gmail.com bersama maklumat berikut nama penuh, facebook atau instagram ID dan no telefon.

Kalau ada bajet, kita buat buku sempena Sedekad RAMFC.

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin