[#KajunAjakSembang] - Indah Diri Jua Peribadi

Morning RAMians!
Wah, bersemangat ya Kajun tengok gambar-gambar yang dikongsi teman-teman admin dalam FB dan IG.
Bukan setakat dengan Anding Ayangan dan Malam Gala Sedekad RAMFC, terbuntang kejap mata tengok Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) bergambar dengan pelakon kegemaran Kajun.

Wahhhh, kan bestnya kalau beliau pun hadir ke Malam Gala Sedekad RAMFC nanti kan?
Mesti memori telefon Kajun penuh je nanti.
Eh, berangan itu percuma ya adik?
😉😉😉😉

Seingat Kajun kan, sudah banyak kali juga nama beliau dan beberapa pelakon lain disebut-sebut sebelum ini seandainya cerita Sunan difilemkan.
Eh, tenang tenang.
Kajun bukan cuba 'create the scene' tau?
😅😅😅😅
Cuma teringat semula topik yang sememangnya hangat dan paling gemar dibincangkan sesama RAMians.
Dan anganan masing-masing walaupun berbeza, tapi bukan calang-calang hebatnya ya?
Kajun pun ada beberapa nama dalam senarai Kajun yang punya tarikannya yang tersendiri.

Namun begitulah seadanya fitrah kita.
Setiap daripada kita pasti inginkan yang terbaik untuk watak Sunan yang indah itu.
Indah luaran, apatah lagi dalamannya.
Impikan sesiapa yang memegang watak itu, juga perlu berperibadi sebegitu.

Bagi Kajun, watak Sunan adalah suatu fantasi yang berjaya 'dihidupkan' oleh Tuan RAM.
Ramai antara kita yang terkesan dengan sahsiah dan tingkah Sunan.
Sehinggakan kita seakan terpesona walau hanya membaca naskhah itu.

Namun, betapa sempurna macam manapun Sunan di mata kita, 'Sunan' tetap satu watak khayalan yang indah.
Kena sedar bahawa ia tidak wujud sama sekali.

Akan tetapi, tiada salahnya andai segala keperibadian hebat Sunan kita terapkan dalam diri sendiri.
Tiada salahnya andai kita jadikan tingkah Sunan menangani 'kehidupannya' secara berhikmah sebagai panduan dalam urusan seharian kita.

Kerana, Sunan adalah fantasi.
Tetapi, kita adalah realiti.
Dan kita yang akan meneruskan hidup ini sehingga suatu masa yang ditentukanNya.
Dan terpulang kepada kita untuk mencorakkannya dengan seni yang indah, mahupun sebaliknya.
Benar, kita memang tidak dan mustahil akan sempurna.
Tetapi kita boleh cuba untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya demi diri kita sendiri.

Kajun doakan, semoga setiap RAMians punya keperibadian indah yang mengesankan dan akan membawa manfaat kepada insan sekeliling kita, dengan izinNya.
Selamat berhujung minggu!

Share:

0 Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini.

Blog Widget by LinkWithin